Lelaki Umur 99 Tahun Cerai Isteri 96 Tahun


Seorang lelaki Itali berusia 99 tahun akan menceraikan isterinya yang berusia 96 tahun setelah mendapati isteri beliau pernah mempunyai hubungan sulit dengan dengan lelaki lain pada tahun 1949.

Berpunca dari sekeping surat yang ditemui di dalam laci yang dipercayai kepunyaan kekasih lama isterinya pada tahun 1949. Setelah bertelagah mengenai isi kandungan surat tersebut, pasangan ini akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai.

Pasangan tersebut yang telah berumahtangga selama 77 tahun dan bahagia sebelum ini, mempunyai anak seramai 5 orang. Mereka juga di kurniakan 12 orang cucu dan seorang cicit.(www.telegraph.co.uk)

 
1949 Fiat-500 Topolino (tiada kena mengena dengan kisah)

NOTA : Moral dari kisah ini nampak gayanya, makin tua makin kuat cemburunya si suami tersebut. Kedua, yang si isteri pula, punya dah lama kahwin dan beranak pinak pun masih nak simpan surat cinta kekasih lama dalam laci..adeh! Ketiga, bawalah berbincang kan, manusia mana tak buat silap. Dah tua bangka masih nak bercerai, malu kat anak-anak dan cucu cicit je nanti.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Disember 30, 2011

8 Komen:

  1. Sallam,

    Moral kepada pasangan muda kita,
    kalau dah bersuami tu, apa juga kenangan
    lalu, buangkan kesemuanya jauh2 dari lubuk
    hati, jangan sampai ada jejak sedikit pun,
    barulah hati menjadi tenang dan rumahtangga
    boleh aman.

    BalasPadam
  2. Salam begitulah bila dah habis jodohnya... ada aje penyebabnya yak simpati jiga akan kes seumpama ini.

    BalasPadam
  3. Ini bahaya menyimpan surat cinta ketika berkasih dahulu sepatutnya sudah lama dibakor. :-)

    BalasPadam
  4. salam en.zul....
    mkn ape hrni??
    sy mkn keledek goreng...

    ha...makin tua makin cemburu ada juga baiknya...yg isteri pun buang2 lah surat2 scandal tu...hehehhehe

    BalasPadam
  5. salam
    sebab boleh jadi bercerai ni
    kadang2 macam tak logik je
    elok dibuang je kenangan lama tu

    BalasPadam
  6. Dulu leh simpan surat, zaman la msj sms boleh simpan sampai 77 tahun ka? hehe

    BalasPadam
  7. Assalam..
    Kuatnya cemburu...
    Macam mana boleh terjumpa surat cinta lama? adeh...

    BalasPadam
  8. dah tua pun nak bercerai-berai lagi..

    BalasPadam