Salam semua, kebelakangan ini isu umat melayu islam yang terpesong dan tergelincir akidah mereka sehingga berbangga menjadi golongan gay dan berkahwin sesama jenis secara terang-terangan. Terkini Ariff Alfian Rosli, pelajar dari Malaysia yang terkandas pembelajaran di Dublin, Ireland akhirnya mengalah dengan tuntutan nafsu sehingga sanggup berkahwin sesama jantina di sana.
Mereka seolah bangga pula melakukannya tanpa memikirkan lagi soal agama islam yang melarang keras seorang lelaki menyerupai wanita malah haram hukumnya berkahwin sesama jantina. Bukan agama islam sahaja yang melarang keras perkahwinan sebegini, saya percaya semua agama di dunia sekalipun melarangnya.
Melihat pada 3 gambar di atas, jika benar lelaki yang berbaju melayu bertengkolok tersebut adalah Ariff Alfian Rosli, ternyata beliau begitu gembira dengan apa yang beliau lakukan tanpa menoleh belakang lagi. Ibarat kata pepatah melayu sudah berpatah arang, walau beliau mungkin terlupa bahawa beliau sebenarnya salah haluan.
Masih ada ruang dan peluang buat beliau, doa dari saya agar beliau cepat tersedar dari kesilapan yang di lakukannya dan bertaubat. Pintu taubat Allah masih terbuka buat beliau selagi masih ada nyawa di kandung badan . Insan mana yang tidak melakukan kesalahan, semoga Allah membuka pintu hatinya.
Sumber foto: beautifulnara.com
salam
BalasPadambetul tu, siapa yang tak pernah buat salah
dan jalan untuk pulang memang sentiasa terbuka luas
selagi hayat dikandung badan
@tehr
BalasPadamMelihat pada gambar beliau masih bangga sebagai seorang melayu sebab tu dia berbaju melayu siap bertengkolok lagi..tapi..beliau mungkin terlupa agama yang dianutinya..moga beliau tersedar..
Dunia semakin hampir ke panghujung..
BalasPadamSemoga beliau mendapat hidayahNya..
BalasPadamSemoga Allah bukakan pintu hatinya untuk kembali ke pangkal jalan.
BalasPadamSemoga dia mendapat hidayahNYA
BalasPadamTidak guna kita memaki hamun bak kata bro adalah lebih baik membimbing beliau kembali ke pangkal jalan.
BalasPadamAssalamu'alaikum Zul
BalasPadamMudah-mudahan dengan doa daripada ramai orang pintu hatinya terketuk semula dan kembali kepada fitrah.
entahla. aku tak leh terima benda-benda camni..
BalasPadamSallam,
BalasPadamSama2 kita berdoa semuga Allah membuka pintu hatinya untuk sedar kesilapannya dan kembali kepangkal jalan secepat munkin. Amin.
Aduhhh !! ... tak boleh tahan nengok gambar lelaki cium lelaki ... nampaknya duania semakin sempit...
BalasPadamItulah reality kehidupan manusia dan keadaan ini sedang meresap di negara Malaysia dan ia amat membimbangkan.
BalasPadamPemikiran manusia sungguh komplex dan naluri yang tidak konsisten mungkin kurangnya pegangan agama ....
BalasPadamKalaulah haiwan pandai berkata-kata mereka pasti berkata " nama je manusia bijak tetapi songsang" aduhhh malaunya kita ni ....
BalasPadamYa Tuhan, jauhilah bala ini daripada anak2 ku ...
BalasPadamBahaya betul laa...org suh pi belajar...dia belajar mende lain plak kat sana...susah bila iman tiada didlm dada...
BalasPadammengundang bala dari Allah
BalasPadamSemoaga beliau menerima taufik dan hidayah drpNYA.
BalasPadamAskm. semoga dia sempat bertaubat.
BalasPadam@Denaihati
BalasPadamW_salam..
begitulah hendaknya..amin
Everything in this world happens because Allah make it happen...be it good be it bad...
BalasPadamermmm apelah nak jadi
BalasPadamSetiap manusia pasti hadapi dugaan, dan ini adalah satu dugaan buat keluarga Ariff Alfian. Saya berdoa agar keluarganya tabah menghadapi saat-saat begini disamping diringankan beban ini.
BalasPadamAriff, bertaubatlah, kerana Allah maha pengampun.
Betapa hancurnya hati Ayah dan Ibu melihat anak harapan mereka jadi begini. Baliklah kepangkal jalan. Betaubatlah. Janganlah cemarkan kesucian ugama kita. Pelajarilah dan fahamilah Alquran dengan dengan mendalam dan bersungguhan. InsyaAllah hidup takkan jadi begini.
BalasPadammgkin ini salah 1 agenda org kafir utk mnjatuhkn Islam dn imej ngara, apa taknya, org yg anjurkn event tu mgkin sngaja suruh ariff tu mengenakan pakaian kbangsaan kita spaya 1dunia tahu ngara kita ni dh xada akhlak, xada tamadun n xada asas agama yg kukuh, cuba tgk btul2 gmbar yg paling atas tu, ape ade atas meja? holywater kut? mgkin dia dh diberi air tu dn trus lupa ajarn Islam, mnkin jgak si ariff tu dipedaya, apa2pun kita sokonglh usaha slamatkn dia drp kesesatan ni
BalasPadamBenda ni bukan baru tapi berlaku sejak Nabi Luth lagi dan amalan ni diteruskan oleh generasi sekarang.Moga beliau segera bertaubat.
BalasPadamdunia akhir zaman,bertaubatlah
BalasPadamAriff Alfian Rosli terus diburu oleh pihak media dari seluruh dunia...
BalasPadamRujuk Entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/12/isu-panasss-arif-alfian-rosli-terus.html
Alhamdulillah.....Melayu Boleh...Islam boleh!
BalasPadam