Gerhana Bulan 10 Disember 2011 : Aktiviti Dan Panduan Solat Gerhana



Tanggal 10 Disember 2011, kita akan berpeluang menyaksikan fenomena alam tentang kebesaran Allah, gerhana bulan. Fasa gerhana ini dijangka bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap (dikenali sebagai umbra) barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam. Tanda kebesaran Allah jua, pada mereka yang berfikir.

Solat sunat sempena gerhana bulan juga akan diadakan di Masjid Negara Pada 10 Disember 2011 ni. Menurut Penolong Pegawai Perhubungan Awam Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara, Azri Zainal Abidin berkata, program itu bermula pukul 7 malam hingga 10 malam.

Program ini akan diadakan di Dewan Solat Utama Masjid Negara, orang ramai dijemput hadir ke program tersebut sebagai tanda kesyukuran dan menginsafi kejadian alam kurniaan Allah. Maklumat lanjut mengenai program itu boleh anda dapatkan dengan melayari laman web rasmi Masjid Negara.

Pada anda yang tidak berkesempatan melakukan secara berjemaah di masjid dan ingin melakukan solat gerhana bulan pada hari tersebut secara sendirian dan memerlukan panduan mengerjakannya, bolehlah ke LINK ini. Semoga amalan kita semua diberkati Allah jua.

Selain itu dalam satu lagi aktiviti, Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) juga menjemput orang ramai untuk bersama-sama menyertai Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh ini. Maklumat berkenaan program ini adalah seperti berikut:

    TARIKH : 10 Disember 2011 (Sabtu)

    MASA : 7:30 malam hingga 1:00 pagi

    TEMPAT : Planetarium Negara Kuala Lumpur



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Disember 05, 2011

17 Komen:

  1. tengok kat rumah je kot =)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  2. Boleh melihat fenomena ini dengan mata kasar?

    BalasPadam
  3. @Anastasyea Aida

    Ermm..kalau tak hujan nampak
    la kut kan..?

    BalasPadam
  4. @akubiomed

    Gerhana bulan rasanya boleh je kalu nak tengok secara direct..bergantung pada cuaca malam tu lah :)

    BalasPadam
  5. jgn tengok je, tengok biar lantas pada penciptanya

    BalasPadam
  6. Salam Zul , terima kasih berkongsi info TQ.

    BalasPadam
  7. skodeng dari rumah je...

    BalasPadam
  8. salam zulkbo,
    insya allah . Mudahan berpeluang bersama dlm prgram cerapan ini .

    Terima kasih dan mhn share.

    BalasPadam
  9. Assalam...
    Ingatkan 10 muharam...Hmm, lagi 4 hari. Harap2 tak terlupa...

    BalasPadam
  10. harap2 dpt tgk kat rumah.. kali ni awal.. teringat yang baru lepas (may/jun) kot, time pkl 2-3 pagi.. x berani nak keluor ke laman pun sbb suami pun dah tidur.

    BalasPadam
  11. salam
    dah banyak kali juga terlepas gerhana bulan ni

    BalasPadam
  12. nk tnya .. smua tmpt boleh nmpk ke gerhana ni ?

    BalasPadam
  13. @Anonymous

    Yang itu saya kurang pasti..seperti selalu..kalau gerhana bulan pasti boleh lihat dengan mata kasar saya rasa :)

    BalasPadam
  14. @tehr

    W_salam..insyaallah
    kali ni tak terlepas kut..solat gerhana pasti boleh di lakukan

    BalasPadam
  15. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah,dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam