Salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia meletup pagi ini mengeluarkan kepulan asap tebal dan debu yang tinggi ke langit, mencetuskan keadaan panik di kalangan penduduk di dua kampung sekitarnya.
Gunung Berapi Lokon yang setinggi 3,500 meter dari paras laut di kepulauan Sulawesi, Indonesia ini meletup sebanyak 3 kali semenjak jam 3 pagi waktu tempatan tadi, namun hanya letupan kecil walau gegarannya agak sederhana.
Letupan tersebut boleh kedengaran dalam lingkungan 5 kilometer dari Gunung Berapi Lokon. Seramai 10,000 orang penduduk yang berada di sekitar gunung tersebut akan di arahkan berpindah sekiranya perlu.
Sebelum ini, seramai 5,200 orang telah di pindahkan ke pusat pemindahan sementara sewaktu letupan kecil awal Julai tahun ini. Gunung Berapi Lokon kali terakhir meletup pada 1991 dan membunuh seorang pelancong dari Switzerland.
Indonesia yang terkenal dengan gelaran "Ring of Fire", di antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi ada berdozen gunung berapi yang aktif. Kali terakhir Gunung Berapi Merapi di pulau Jawa meletup pada tahun lepas membunuh 350 orang.
Sumber: AFP
Assalamualaikum Zulkbo,
BalasPadamSemoga mereka di sana tu tidak mengalami mala petaka yang teruk.
@Kunang-Kunang
BalasPadamW_salam Kak..
harapan saya pun begitu..tapi jika terjadi juga, semuanya dari Allah jua..kenalah kita redha
Salam, nasib kat negara kita tiada gunung berapi.
BalasPadam@akuanakpahang
BalasPadamW_salam..
gitulah gayanya Yassin..
syukur alhamdulillah..
Ya, saya juga mendoakan agar tiada mala petaka buruk yang terjadi pada saudara2 kita di sana
BalasPadamsalam
BalasPadamkuasa alam dan kuasa allah ni
tak payah la ada sapa2 nak melawan
berpindah je
ujian utk yg masih hidup
BalasPadamAssalamualaikum. Lamanya tidak berziarah di sini.
BalasPadamMengenai kejadian di atas, kuasa Allah menentukan segalanya. Kita ini pula perlu berjaga-jaga dan bersedia menghadapinya.
wallahua'lam.
salam, Alhamdulillah tiada ancaman seumpama itu di negara kita...
BalasPadamBenjy bersyukur kerana tidak dilahirkan di kawasan gunung berapi :)
BalasPadam@Benjy Walaupun negara Malaysia tidak didalam laluan lingkaran Api Pasifik masih lagi menerima kesan gegaran.
BalasPadam@akubiomed
BalasPadamTerutama yang sebelah Sabah dan Sarawak memang dekat dengan Sulawesi ni..pasti terasa gegaran kalau kuat.