Borang BR1M Fotostat Tidak Di Terima LHDN



Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan untuk mendapatkan bantuan RM500 melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini menurut Timbalan Menteri Kewangan.

Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pemohon perlu terlebih dulu mempastikan borang permohonan yang hendak diisi adalah asli. "Kerajaan hanya akan menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini," katanya kepada pemberita.

Menurutnya lagi, LHDN mempunyai mekanisme untuk mengesahkan sama ada borang permohonan yang diterima adalah tulen atau sebaliknya. Kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak memohon bantuan itu. - BERNAMA

NOTA : Kementerian Kewangan telah pun bersuara, jadi pada pemohon yang berminat mendapatkan borang BR1M yang asli bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan dan muat turun borang di sana. Terbaik, pergi sendiri ke pejabat Kementerian Kewangan, cawangan atau agensi tertentu yang mengeluarkan borang BR1M secara percuma. 




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Disember 16, 2011

14 Komen:

  1. tu hal borang, duit macam mana pula tu?

    BalasPadam
  2. hisss macam2
    sekali kata boleh
    sekali kata tidak
    menyusahkan org kampung betoll laaa...

    BalasPadam
  3. Pelik. Kenapa borang BR1M disiarkan didalam akhbar tempatan kalau tidak boleh digunakan. Ini kenyataan yang mengelirukan orang awam.

    BalasPadam
  4. salam
    eh, tak boleh ke
    tak tau la pulak
    nampaknya yang dah hantar tu, kena isi lagi sekali la

    BalasPadam
  5. nampak sgt pihak media yg dapat salah informasi... dah terang2 media cetak dah keluarkan borang dalam surat khabar... sah, boleh gunakan.... kalo print sendri pun, sama gak mcm fotostat...

    BalasPadam
  6. @Anak Ulu Cheka

    Jika benar..memang menyusahkan
    ramai orang..

    BalasPadam
  7. @akubiomed

    Saya pun pelik juga nih..
    memang tak patut sepatutnya

    BalasPadam
  8. @tehr

    W_salam..
    saya pun kesian pada mak cik
    pak cik yang nak kena isi balik
    nanti..dah menyusahkan pula

    BalasPadam
  9. @Anonymous

    Saya setuju dengan anda..
    apa beza fotostat dengan print
    dari laman web mereka..lagipun
    borang ni bukan ada no siri

    BalasPadam
  10. Saya dan juga jiran2 sekeliling ni dah hantar borang yang kita orang fotostat kat kedai. Tak byk songeh pun pegawai2 LHDN tu. Malah sempat lagi saya minta borang kat kaunter.. Dan borang tersebut pun memang fotocopy punyer ler..

    BalasPadam
  11. Saya pergi ambil borang kat LHDN pun dia org fotostat...
    sbb borang dkt kaunter dh nk habis..
    klu x layan borang fotostat adakah kesalahan pemohon...
    mengarut lah semua nie...

    BalasPadam