Salam semua, memang ramailah yang mencari borang BR1M ni walaupun sesetengah tu ada yang tak layak pun sibuk nak cari. Mencuba nasib agaknya? Nasihat saya, jangan nak buat pasal kalau ada niat nak menipu. Nanti kerana RM 500, tak pasal ke mahkamah dan silap haribulan masuk ke penjara pula.
Kisah borang BR1M ini bukan sahaja menarik perhatian blogger menulis entri berkenaannya. Termasuklah saya sendiri kerana, kalau nasib baik entri anda di carian hadapan Google, trafik masuk mencanak. Tak caya cuba tengok blog Kak Yan ni, ermm..alhamdulillah, rezeki rakan blogger dan saya tumpang gembira.
Ada kisah menarik bab carian Google ke atas borang BR1M ini. Satu hari tu, adik perempuan saya yang sudah berkahwin dan berniaga sendiri, beliau sendiri tercari-cari borang BR1M ini di internet. Tiba-tiba beliau call saya " Abang Zul, Wawa cari di internet, jumpa borang ni di blog Abang Zul". Tersenyum saya kerana ada juga fardhu kifayah yang saya lakukan.
Lagi kisah borang BR1M ini, khabarnya ada pihak yang sampai mengambil kesempatan di atas keperluan orang lain sehingga menjual borang BR1M ini. Dari RM2.00 sehingga mencecah RM50.00, alahai..memang dasar manusia lintah darat yang suka mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
Bukan itu sahaja, khabarnya borang ini ada yang palsu? Sampai macam tu sekali? Manusia jenis apa yang sanggup buat begitu? Untuk pengetahuan semua borang BR1M di edarkan oleh kerajaan secara percuma. Anda boleh dapatkan salinan tersebut di LINK
ini dalam bentuk
PDF. Seterusnya anda bolehlah terus mencetak(print) borang tersebut. Di
mana nak hantar borang-borang ini?
Borang-borang yang telah lengkap diisi beserta dengan sesalinan kad
pengenalan dan sesalinan slip gaji bagi yang bekerja makan gaji,
hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan
Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat
cawangan LHDN. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500.
salam
BalasPadampetang tadi ada jumpa sepupu kat kampung
katanya borang dah isi
hehe
@tehr
BalasPadamW_salam..
alhamdulillah..harapan layaklah
beliau ye..RM500 tu kalau kena
cara guna..banyak sekali menafaatnya
haiii x layak dehh.. layak tunggu bonus je 19 ribulan nieh
BalasPadamsiapa yg layak?rasanya saya pun layak kot?
BalasPadam@aimaniman
BalasPadamAlhamdulillah..
rezeki juga tu..
RM berapa agaknya?
@Lydia Miza(Aidyl Azim)
BalasPadamHubby anda kerja minyak dan gas kan?
rasanya dah tak layak tu..semoga hidup
bahagia selalu Cik Puan LM
tengok je
BalasPadamx layak
bukan rezeki kita
betul jgn cari penyakit
tak layak buat cara x layak
salam..syukur blik mk mertua adik ipar yg bagi. Insyalah akan d htr pada mggu ni gak heeeee
BalasPadamorg yg mengambil kesempatan mmg org yg tdk bertanggjwb ..eii dah kena hukum dek court bru sedar..
BalasPadambanyak yang cuba menipu...
BalasPadamSudah isi tapi belum hantar.. haha!
BalasPadamSalam Zul, yup pastikan yang ori! :)
BalasPadamramai yang amik kesempatan ni
BalasPadam@Anak Ulu Cheka
BalasPadamTapi khabarnya ramai yang
nak mencuba dan berjaya
walau menipu..goner ter?
@suri
BalasPadamSemoga berjaya...
rezeki yang di tolak
:)
@jedi
BalasPadamRamai khabarnya..lepas nih
banyak pula la yang kena charge
di mahkamah kalau kantoi
@relevan
BalasPadamAok dah gaji pegawai pun nak
apply lagi ke weh..maruu..he he
@akuanakpahang
BalasPadamW_salam Yassin..
koi setuju..dah ada di laman web
Kementerian Kewangan..print je
terus :)
@wandisini
BalasPadamMemang ramai..tunggulah kalau
ada yang kantoi..tak pasal nanti
menjawab pulak...he he
salam singgah sini ye bro zul
BalasPadammak x layak, so mmg x tercari2 borang ni..
BalasPadam@a loqman
BalasPadamW_salam..
terima kasih singgah
dan komen Bro..nanti
saya ke blog anda :)
@Mak lagenda
BalasPadamMal Lagenda kaya..saya
tahu..pinjam sikit ?
:)
Surat khabar tempatan pun ada menyiarkan borang BR1M yang asli.
BalasPadam@akubiomed
BalasPadamYe ke..?nasib la sapa yang tak beli
suratkhabar tu..apa pun boleh dapatkan di sini :)
klu isteri kedua layak ke....
BalasPadamisteri kedua yang duduk sendiri dan bekerja.. layak ke...
BalasPadam@Anonymous
BalasPadamBolehlah mencuba..kalau
pendapatan rasa kurang
RM3,000 :)
Salam,borang dah diisi dah hantar kat lhdn,dn di chop serta dikmebalikan slip tu pada kita....soalnya,camana kita nak tahu yang kita dah lulus permohonan tu.. Ke dah dikira lulus bila slip tu dah dichop ..??konpius.
BalasPadam@Anonymous
BalasPadamHari ini tarikh tamat permohonan..
kalau dah hantar tu akan di beritahu seandainya anda layak dapat..surat akan di hantar..cara mendapat wang..saya tak pasti,samaada di masukkan ke akaun bank anda atau di beri cek..tunggu lah ye?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam...saya merupakan seorang pelajar dan telah mempunyai isteri,isteri saya tidak berkerja,layak ker saya untuk mohon BR1M ni?kalau nk pos jer borang BR1M blh x?kalau blh nk pos di alamat mane
BalasPadam