Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah yang akan diagihkan mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula pada 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012
Setiap permohonan akan diperiksa dengan teliti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kelulusan diberi. Dengan rekod yang ada pada LHDN dan BNM, sebarang ketirisan apatah lagi mereka yang memberi maklumat palsu boleh dipenjara tiga tahun dan didenda seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.
Mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 adalah golongan yang tidak membayar cukai pendapatan, jadi golongan ini tiada dalam rekod. Hanya golongan yang benar layak sahaja akan mendapat bantuan ini. Sasaran pendaftaran seramai 5.2 juta isi rumah mampu dicapai dalam tempoh sebulan dengan gabungan kerjasama LHDN, agensi-agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat.
NOTA : Pada yang pernah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pernah membayar cukai sebelum ini, janganlah nak suka-suka Daftar BR1M ini, dan cuba menipu pula. Saya risaukan, kerana wang RM500 tak pasal-pasal nanti ada yang kena dakwa dan di masukkan ke penjara. Jadi, berilah peluang pada mereka yang benar-benar layak sahaja okey?
Assalam...
BalasPadamHubby saya memang tak layak...saya boleh daftar tak? hehe..
memang nak kena ni...
@iza
BalasPadamW_salam..
suami anda sudah melebihi syarat kelayakan saya rasa beliau tak layak..baik jangan nak pandai-pandai..tak mau la nanti ada seorang rakan blogger yang ke "dalam" pula..he he
Adik ipar mengadu kerana ada yang menjual borang BR1M dengan harga RM2.
BalasPadam@akubiomed
BalasPadamRM 2 okey lag Bro..ada setengah tempat dah mencecah RM50 satu borang..memang melampau
As salam...
BalasPadamKerana RM, Ramai Menipu...
@Cik SHiNJU
BalasPadamW_salam..
gitulah gayanya Yun
mengambil barang yang bukan
hak pun berdosa juga kan..?
inikan menipu..popaleh la :)
Betul tu, kang sebab 500 je da kena masuk penjara..Bagilah pada yg benar2 layak..
BalasPadamsalam
BalasPadammungkin juga lhdn nak cari rekod pendapatan orang ramai
hehe
apa pun, tak baik menipu ni
berdosa
camana ya.. suami x pernah daftar LHDN tp kakyong pernah.. tp sejak tak kerja ni , memang la xde income , so nak bayar apa nyer..
BalasPadambusiness suami pun cukup2 makan kami & dpt byr loan rumah jer.. tu pun pernah rumah kami hampir nak kena amik dgn bank.. :(
@qellissa
BalasPadamSetakat nak cari RM500 mungkin mudah
bagi kita yang sememangnya berpendapatan melebihi syarat yang di kehendaki jadi sebaiknya beri pada yang memerlukan dan benar layak
@tehr
BalasPadamW_salam..
mungkin ada mee dalam pinggan berudang la tu..he he..LHDNM sambil menyelam minum air..mungkin ada kebaikan pada yang liat nak daftar..
@kakyong
BalasPadamW_salam..
kalau anda yakin anda layak dan sudah tidak berpendapatan..dan suami berniaga sendiri..tapi kurang dari RM 3 K..teuskan memohon..saya pasti ada budi bicara dari pihak LHDNM
@zulkbo sudah 5 tahun x mbayar cukai sbb x bekerja..
BalasPadamsaya sebenarnya malas nak amik port sgt.. jika boleh cari rezeki cara lain. Tapi bapa mertua saya ni yg beriya2, siap2 marah2 saya & ingatkan saya jgn lupa tolong isikan... sbb dia pun tahu, hidup kami mcm mana.. org lain boleh berganti kain baju tiap tahun, tp tdk kami.. anak2 saya tiap tahun ade kawan yg belikan baju2 raya (dah 3 tahun pun)..
tp x delah saya nak mengharap sgt.. hanya nak sejukkan hati org tua.. nanti kalo tak di isi.. mbebel pulak dia.. hihiii... jika ade rezeki kami, Alhamdulillah..
benar sungguh, kalau tipu maklumat n dapat RM500, mcm kita ambil hak org.
BalasPadam@kakyong
BalasPadamTerserahlah kepada pihak Puan
untuk membuat keputusan..bila
dah melibatkan keluarga mertua
susah saya nak komen lagi :)
@Denaihati
BalasPadamTu kalau dapat sambil menipu..
kena yang kantoi..tak pasal
masuk "dalam" pula nanti
Pandai betul kerajaan BN...nak pancing undi bagi rm500...lepas tu bila menang kaut berjuta-juta....tapi tak apa...orang bagi kita ambil...time undi pandai2 kau orang ..:)
BalasPadamsy ada ipar yg perbelanjaan bulanan utk rumah+2kereta berjumlah lebih kurang 3 ribu. sy tanya kalau dia dah ambil duit RM 100 utk anaknya yg nak masuk darjah 2. jawabnya "lama dah ambik. bagi kat tgn dia terus..tak tau la apa dia belanja.." parents yg berduit amik duit RM 100 tu & bagi kat anak sebagai duit poket belanja suka2. lepas tu dia bg tau dia nak apply yg RM 500 ni...ada juga manusia yg mcm ni...niat dah lari...halalkah cara pentadbir mentadbir duit negara sebegini.padahal byk lagi bantuan yg perlu diberi utk golongan yg betul2 perlu. kesian pembayar2 cukai...yg berjasa kpd rakyat adalah pembayar cukai...tapi kerajaan dpt nama...
BalasPadam@hidupKu khalifah ..
BalasPadamW_salam..
sebagai warga emas yang tidak bekerja
saya rasa mak mertua anda layak..silalah mencuba
@Anonymous
BalasPadamRezeki jangan di tolak..hak kita tu..bab undi pandai-pandailah :)
@Anonymous
BalasPadamPada awal lagi saya dah rasakan cara pemberian ini tidak berapa telus..tapi kita tengoklah kesannya di masa hadapan nanti..setakat ini dah kerajaan nak kasi..kita ambil dulu..duit kita sebenarnya..gunalah sebaiknya :)
patut gomen bagi 1k, nama pun one-off apa ke jadah 500ciput yg bleh d buat dgn condisi high cost of living?
BalasPadampatutnya rakyat buka mata pandang ke depan..bkn terus terbeliak kesukaan bla gomen ckp mau bg 500'jer'.. dorg 'pusing blakang ketawa besar atas ketaksuban..ye ke ketaksuban? ke kebengongan?? rakyat hasil umpan ciput yg dpropagandakan' itu kn duit kita challenge tgok ble bg x klu minta 1k?? mau bertambah-tambah kilatnya pulau atas kepala najib tu..
Macamane ngan gaji 1 family x smpai 2K,anak 6 org...bini xkeja...tp dpt surat x layak (nk kate isi xlengkap??...bkn susah pon isi borang,s/b anak sume ade)...adik aku yg bujang xde tnggungan pon bole dpt...member opis laki bini keja anak sorang leh dpt RM500...pelik2!...motif apekah ini????
BalasPadamPada yang dok kejar BR1M tapi boleh pulak dok komen2 artikel dalam blog2 orang lain, eloklah you all buat blog sendiri jugak, sebab kalo blog you all tu 'hidup' walaupun tak 'hebat/gah', insyaallah blog pun boleh bagi 'BR1M' tiap2 bulan.
BalasPadam