Bagaimana Mendapatkan Baucar Buku RM 200 Sempena Budget 2012 ?



Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 lalu. Baucar tersebut adalah untuk pembelian buku–buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.

Syarat Permohonan Baucar Buku RM200
  • Semua warga Malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara
Tarikh Dan Lokasi Tuntutan Baucar
  • Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan

Baucar buku RM200 yang akan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilengkapi ciri keselamatan bagi memastikannya tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan.

Panduan Permohonan
Untuk mendapatkan panduan dan cara permohonan secara lebih lanjut, sila layari Garis Panduan Permohonan Baucar Buku RM200



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Disember 18, 2011

14 Komen:

  1. salam
    kalau la pegawai yang sambung belajar juga dapat
    kan bagus
    hehe

    BalasPadam
  2. salam... semalam mahasiswa menjerit jerit ditepi jalan....saya melihat mereka ...mereka sedang mendurhaka

    BalasPadam
  3. semua hanyalah utk PRU
    setiap lapisan masyrakat merasa
    agar rakyat termakan budi dgn kebaikan ini

    BalasPadam
  4. @tehr
    W_salam..
    sepengetahuan saya pegawai yang sambung belajar pun layak kan?
    cuba tanya universiti tempat beliau
    sambung belajar..walau hanya sambilan.. saya rasa mereka layak

    BalasPadam
  5. @Panglima Muda

    W_salam..
    saya terlepas pula aksi tersebut..
    mungkin mereka tersalah faham atau
    propaganda atau mainan politik pihak tertentu

    BalasPadam
  6. @Anak Ulu Cheka

    Koi setuju dengan aok..tapi ini adalah duit kita untuk rakyat..kerajaan sedia ada tengah bermurah hati tu..maka kita ambil..jangan lupa, undi adalah rahsia :)

    BalasPadam
  7. Org berbudi kita berbahasa.. org memberi kita merasa :)

    BalasPadam
  8. @akuanakpahang

    Rezeki jangan di tolak
    musuh jangan di cari :)

    BalasPadam
  9. Salam
    Harap tahun 2013 ada lagi program baucer rm200 ni. sebab teman plan lanjutkan study tahun 2013. :-)

    BalasPadam
  10. @ahmad kamil

    W_salam..
    susah nak cakap tu..bergantung
    pada keputusan PRU13 nanti saudara..
    apa kata anda..?

    BalasPadam
  11. baik banyakkan buku kat perpustakaan je

    BalasPadam
  12. @esempoi

    Pandangan yang perlu di ambil perhatian Kementerian nih..saya
    setuju sangat dengan anda

    BalasPadam
  13. semoga pelajar gunakan baucar sebaik mungkin, bukan buku je nampaknya boleh dibeli, peralatan pelajaranpun boleh.
    betul tu, harap tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

    BalasPadam
  14. @Denaihati

    Harapan saya juga..tak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan menjual beli pula baucar ini

    BalasPadam