Salam semua, ingin berkongsi kisah yang saya baca berkenaan seorang lelaki yang alat sulitnya putus di gigit tikus di sebuah hospital di India. Lelaki tersebut akhirnya mati kerana kehilangan banyak darah. Anda bayangkan, tahap kebersihan di sana sehingga tikus bebas berkeliaran di dalam hospital sehingga sampai ke tahap menggigit alat sulit lelaki tersebut. Satu lagi punca, berkemungkinan tikus tersebut terlalu lapar agaknya? Macam-macam boleh berlaku, jom layan kisah ini:
Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.
Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.
"Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita di India.Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.- Bernama
haru2
BalasPadamguane tikus sampai ke situnye gigitnye :)
Sallam,
BalasPadamMacam-macam,
lucu pun ada rasanya,
Sampai begitu sekali rendahnya
tahap kebersihan di hospital sana yee..
@Anak Ulu Cheka
BalasPadamHeran juga..dalam banyak mende..kat situ juga dia nak gigit kan..?
@LIPISLADY
BalasPadamApa nak buat, lapor sangat dah
tikus tu..tak sempat jumpa mende
lain dah..
sedih gila..sian laki tu wehh..
BalasPadamsalam
BalasPadampertama kali kes macam ni
memang malang tu
Saya pernah melihat tikus sebesar anak kucing lalu didepan kucing di sebuah hospital di utara Malaysia.
BalasPadamAllahu akhbar.. x terkata..
BalasPadam@akubiomed
BalasPadamalamak..sebesar kucing..kalau saya
pun lari nampak tikus sebesar tu..
@tehr
BalasPadamW_salam..
memang malang sekali..tak pernah dengar lagi seumur hidup saya tikus menggigit mende tu..ermmm..
minta dijauhkan bro
BalasPadam@apaajanews
BalasPadamBetul tu..minta di jauhkanlah..
Nauzubillah...
tikus ni nakkan kelainan dlm hidup die...
BalasPadamtapi malanglah utk mamat ni.
ha ha ha... tikus tu ingat peha ayam kot...
BalasPadamsebab tu lah dia makan