Video Dan Gambar Letupan Perlanggaran Keretapi Dan Lori Tangki Di Kota Kinabalu






Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini sembilan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.

Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau. Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkan kereta api berkenaan melanggarnya. Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan,sementara pemandu kereta api berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama lima kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas. Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.

Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia Busri Asad, 39, berkata beliaunampak beberapa orang penumpang keluar melalui tingkap keretapi sejurus selepas pelanggaran berlaku. "Saya juga melihat orang-orang berlari ke bahagian belakang keretapi. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.(mStar)


NOTA: Simpati buat mangsa dan keluarga mangsa kemalangan dahsyat ini. Kemalangan sebegini jarang berlaku di negara kita, mungkin kecuaian pihak tertentu telah menyebabkannya. Jadi kita tunggulah nanti apa hasil siasatan yang di jalankan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, November 01, 2011

9 Komen:

  1. salam
    sepatutnya ada lintasan berpagar tu
    heran pulak macam mana boleh berlanggar ni

    BalasPadam
  2. Menakutkan juga ni bila nak melalui jalan keretapi di KK. Mungkin pagar keselamatan tidak ditutup semasa keretapi ni lalu.

    BalasPadam
  3. Salam Zul, bila berbicara soal kecuaian macam2 perkara boleh terjadi simpati pada mangsa yang terlibat.

    BalasPadam
  4. agak pelik di situ kenapa tidak ada laluan berpagar tue ye, inilah kalau kita cuai seminit saja macam2 perkara buruk boleh berlaku...

    BalasPadam
  5. memang terkejut dengar berita ni tadi..

    BalasPadam
  6. kalau nampak keretapi dr jauh .. jangan la cuba² lintas. biar pergi dulu, baru lintas. tu lebih selamat sbb malang memang tak berbau ..

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  7. Takziah kepada mangsa yang terlibat dengan kemalangan ini :-(

    BalasPadam
  8. aduh..sian orng kg aku..huhuhuh..

    BalasPadam
  9. mmg biasa dah bg penduduk kat sana utk melintas secara haram.. mmg slalu nampak sbb dlu sy pernah belajar kat KK...

    BalasPadam