Busuk hati dan hasad dengki inilah yang dikenal pasti sebagai punca orang Melayu tertinggal dalam bermacam-macam sektor ekonomi berbanding bangsa lain contoh bangsa Cina mahupun India dan Benggali di Malaysia hari ini. Mengapa sampai jadi sebegitu agaknya? Adakah kerana faktor genetik atau faktor lainnya?
Hasad dan dengki juga adalah satu penyakit jiwa yang boleh menimbulkan perasaan sedih dan dukacita, keluh kesah dan kelelahan yang tidak putus, perasaan marah dalam hati tidak berkesudahan, malah menjadi penyakit yang boleh merosak atau membahayakan tubuh, melemahkan kekuatan, menyakitkan badan malah menjadikan seseorang cepat menjadi tua.
Selain itu, hasad atau dengki juga adalah rasa tidak senang melihat kesenangan orang lain, terutama saudara seagamanya yang berbahagia mendapat nikmat Allah dan sekali gus mengharapkan supaya orang itu kehilangan nikmatnya. Oleh kerana didorong perasaan dengki, pendengki berusaha supaya orang yang hidup senang menjadi susah.
Maka timbullah niat dengki dan busuk di hati untuk menjatuhkan pesaingnya sehingga ada yang sanggup mendapatkan khidmat bomoh dan pelbagai perkara khurafat. Mereka terlupa bahawa islam melarang keras bersekongkol dengan amalan khurafat sebegini dan tergolong antara dosa-dosa besar. Nauzubillah minzalik..
Berbanding dengan bangsa lain contoh bangsa Cina (pengalaman saya), kalau berniaga dan ada pesaing, mereka akan mencari jalan untuk menjadi lebih baik dari pesaingnya. Malah mereka sanggup mengeluarkan belanja besar, semata-mata untuk mempelajari apa kelebihan yang ada pada pesaing mereka dan bukan cuba menjatuhkan pesaing tersebut.
Sempena tahun baru Hijrah 1433 ini, buat semua bangsa Melayu yang berniaga, harapan saya buanglah sifat dengki dan busuk hati anda. Tak ke mananya harta duniawi ini. Selembar kain putih sahaja perhiasan kita di alam barzakh nanti, itupun kalau nak dikebumikan nanti tidak di wasiatkan agar dikafan dengan kain putih berjenama pula. Wallahualam.

salam... betul tu
BalasPadamsatu realiti atau mentaliti orang melayu
BalasPadamyg sukar dihapuskan
setuju......
BalasPadamsetuju dengan entri ini.dan amat menarik.dan hal ini amat ketara. :) saya selalu nampak mentaliti sebegini.
BalasPadamISU : Emas & Provokasi
org melayu mmg tak suka cuci hati.hitam dan bila mundur mula salahkan org lain.sedangkan mereka lupa mana blh capai kejayaan tanpa perpaduan.sedih
BalasPadamsaya pun orang melayu. sedang dan selalu cuba menjernihkan hati sendiri :)
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamMoga saudara sihat hendaknya..
Tiada cara lain hanya dengan kita berhijrah iaitu berhenti dari melakukan segala perkara yang Allah haramkan dan laksanakan yang wajib dan sunat, barulah sifat-sifat baik itu wujud dalam diri kita semua.
Salam, penyakit PHD - Hasad dengki dan lama duduk di hari orang melayu kita gamaknya ini punca utama kenapa org kita payah nak maju :(
BalasPadamsalam
BalasPadamselalunya sikap negatif la yang terlebih diikuti
macam tak reti nak cari sikap yang posotif
Mahu mendidik diri agar menjadi bangsa melayu yg boleh dibanggakan dunia
BalasPadamSalam Maal Hijrah.
BalasPadam***Terima kasih kerana menyokong entri ckLah yang lalu...
@Panglima Muda
BalasPadamKalau saya melayu tegur sesama bangsa harap boleh diterima..tak mahu sehingga bangsa lain pula yang menegur kan..malu wehh..
@Anak Ulu Cheka
BalasPadamBoleh je kalau kita nak berubah..
asalkan ada kemahuan di hati..
@Fendy
BalasPadamTerima kasih setuju dengan pandangan saya..
@Lydia Miza(Aidyl Azim)
BalasPadamPerkara yang sama saya hadapi sebelum ini..memang sedih bila di ingati..
@a kl citizen
BalasPadamSaya setuju anda memnag melayu..sama lah kita kan..moga kita menjadi bangsa yang maju dan berjaya :)
@Abd Razak
BalasPadamW_salam wbt..
alhamdulillah..moga saudara Abdul Razak begitu jua hendaknya..dilimpahi Allah kesihatan yang baik..
Terima kasih pandangan saudara..amat saya hargai..kita semua perlukan "Hijrah"
@akuanakpahang
BalasPadamW_salam Yassin..
terima kasih bersetuju dengan koi..gitulah gayanya..harapan kita semua berubah untuk menjadi bangsa yang lebih berjaya di masa hadapan
@tehr
BalasPadamW_salam Bro..
cas negatif lebih dari positif..
confirm tak sihat untuk kesihatan kan Bro..inikan rohani kita..memudaratkan jangka masa panjang
@mekar
BalasPadamAlhamdulillah..
sesamalah kita berhijrah
demi kebaikan..tuntutan
dalam islam sebenarnya..
@@xiiinam
BalasPadamW_salam wbt..
dan selamat menyambut maal hijrah buat Akak dan keluarga..
ermm..samakan..sapa kata hati kita tak sama..he he
Nak kata genetik.. Mungkin juga.. Bangsa lain juga ada PHD nya.. Tapi kurang sikit dari bangsa Melayu. Mungkin itulah yang dinamakan manusia. Sentiasa tak cukup dan terlalu tamak dengan dunia.
BalasPadamsalam, hijrah jiwa dan raga krn Allah SWT semata-mata...barulah diterima, InsyaAllah...
BalasPadampenyakit turun temurun orang kite, mudahkan dpt elak n jauhkan.
BalasPadamitulah yg peliknya org melayu suka sgt berdengki sesama melayu & pelik juga org indon yg beragama islam pun turut berdengki & berdendam dgn kita yg beragama islam..dgn bangsa lain x pulak.
BalasPadampengalaman depan mata sendiri...berlaku di pasar smart johor bahru bersebelahan kiri carefour...ada la dua orang mak cik ni cari kacang hijau...ada dua kedai duduk bersebelahan, satu milik orang melayu dan satu orang cina...melayu jual sebungkus rm2.00 1 kg, cina pulak rm3.00 1kg,kualiti barang kdua kedai sama je...tpi yang hairannya, makcik berdua ni tetap pgi kdai *&%$ dan berbaik mesra dengan peniaga cina tersebut...sya beranikan diri tanya pada mak cik tersebut, "knapa mak cik x masuk kdai melayu tu,kan ke dia jual lagi murah? mak cik tu selambe je jawab.."buat ape aku nak tolong melayu? kalau aku tolong dan beli dari dia boleh ke aku jadi lebih senang dari dia???......saudara/saudari fikirlah sendiri....
BalasPadam