Menangislah Sekarang Sebelum Menangis Di Kemudian Hari





Rasulullah SAW bersabda:
“Kalau kamu tahu apa yang aku tahu, maka kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis”

Bukankah Nabi pernah juga bersabda: “Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala.”Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam a.s yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.”
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :

“Kenapa engkau menangis?”

“Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,”jawabnya .

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :

“Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Masud r.a.berkata :
“Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”

Sabda Rasulullah SAW:
“Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, November 04, 2011

6 Komen:

  1. Salam hari jumaat Zul, terima kasih berkongsi dan mengingati perkara yang bermanfaat dgn kome.

    BalasPadam
  2. salam..
    terima kasih encik zul atas ingatan ni.. cuba untuk kurangkan airmata dari gugur kerna perkara yang sia2.. hebatnya jika air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH..

    BalasPadam
  3. semoga kita ketawa di akhirat dengan menerima amalan melalui tangan kanan

    BalasPadam
  4. salam
    menangis kerana DIA
    boleh menenangkan hati dan jiwa

    BalasPadam
  5. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam