Malaysia Juara Hoki Piala Sultan Johor Mengalahkan Australia 3-2





Malaysia muncul juara edisi sulung Piala Sultan Johor dengan menewaskan Australia 3-2 menerusi gol emas kapten pasukan, Noor Faeez Ibrahim selepas empat minit masa tambahan di berikan pengadil.

Skuad Projek 2013 ternyata teruji kekuatan mental dan fizikal mereka, setelah ketinggalan dua kali. Australia mengakhiri separuh masa pertama dengan mendahului 1-0 menerusi gol Dylan Wotherspoon.

Malaysia yang dibarisi pemain bawah 21 tahun itu kemudian menyamakan kedudukan menerusi penyerang, Fitri Saari pada minit ke-43 dengan gerakan solo yang berjaya memperdayakan beberapa pertahanan lawan. Tetapi Jack Wallace kembali meletakkan Australia pada minit-59.

Penjaga gol, Hazrul Faiz berada di tahap terbaik dengan beberapa kali menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi lagi. Noor Faeez kemudian menggegar Stadium Taman Daya apabila menyudahkan pukulan sudut penalti pada penghujung perlawanan.

Permainan yang dilanjutkan ke masa tambahan menyaksikan Nor Faeez menjaringkan gol ketujuh peribadinya dalam kempen itu sekaligus memusnahkan impian Australia.

Dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, Korea Selatan juga mengatasi India melalui jaringan gol emas selepas perlawanan terikat 3-3 dalam masa sebenar perlawanan (Maxis Sports)

NOTA : Berita yang benar mengembirakan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama menantikan kebangkitan skuad hoki negara yang semakin tenggelam timbul kebelakangan ini. Tahniah buat skuad hoki bawah 21 tahun bimbingan jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang ternyata mantop kali ini. Harapan saya skuad hoki negara kembali bersaing di persada hoki dunia selepas ini.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, November 13, 2011

15 Komen:

  1. salam.
    kita hoki mmg kurg sengat huhu klu sukan lain mmg blh d banggakan lagi heee,,,

    bro dan kluga sht ker?

    BalasPadam
  2. ayuh gemilagkan suka ni semula heeeee.. asyik badminton jer huhu..

    BalasPadam
  3. tahniah malaysia
    rasanya lama dah skuad hoki x menng apa2 kejuaraan

    BalasPadam
  4. Tanniah kepada skuad hoki Malaysia. Saya pun tahu ketika bersarapan pagi di hotel telah diberitahu kawan mengenai berita kemenangan skuad hoki Malaysia.

    BalasPadam
  5. memang berdebar tengok..
    last minit dapat gol.. rugi member taknak gi stadium plak smlm, pasti lebih syok..dah dekat je dgn rumah sewa

    BalasPadam
  6. Salam Zul, tahniah juga datas kehebatan dan kesungguhan mereka.

    BalasPadam
  7. @suri

    W_salam Suri..
    alhamdulillah..
    semuanya sihat..
    harapan anda dan
    keluarga juga sihat

    BalasPadam
  8. @Anak Ulu Cheka

    Memang dah lama bab hoki
    nih..selalu kena belasah
    je skuad senior Malaysia
    patut dah ada pelapis nih

    BalasPadam
  9. @akubiomed

    Saya lambat tahu
    dan lambat updated
    la Bro..he he..

    apapun janji menang kan
    alhamdulillah..

    BalasPadam
  10. @padin

    Rugi tu Bro..dah dekat tu
    ermm Taman Daya dekat rumah
    lama abang saya di JB

    BalasPadam
  11. @akuanakpahang

    W_salam Yassin..
    begitulah gayanya..kesungguhan
    dan semangat membuahkan kemenangan
    akhirnya..alhamdulillah.

    BalasPadam
  12. tahniah!!!moga² kejayaan seperti berterusan!!

    BalasPadam
  13. salam
    wah, ni dah cukup baik ni
    dah lama kita tak naik nama dalam hoki
    moga dapat kekal seperti ini
    tahniah kepada mereka

    BalasPadam
  14. sangat berharap pasukan hoki naik balik, dah lama sanagat tenggelam

    BalasPadam
  15. kejuaraan sulong bagi piala hoki johor.... yang pertama sekali diadakan... sempattengok siaran ulangan dia... masa2 dah last minit.. gol... memang hebat lah pemain malaysia.. ikutkan australia lagi banyak attack...

    BalasPadam