Laman rangkaian profesional terbesar dunia, LinkedIn, kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan kegunaan kalangan profesional Malaysia yang mahu menjadi lebih produktif dan berjaya.Termasuk dalam tambahan baharu itu,sebanyak 12 pilihan bahasa untuk dipilih daripada laman sesawang.
"Penyediaan LinkedIn dalam bahasa tempatan akan mempercepatkan keseluruhan generasi baharu pengguna LinkedIn di dalam negara tersebut, sekali gus meningkatkan pengalaman keseluruhan komuniti," kata Cliff Rosenberg, Pengarah Urusan LinkedIn Australia, New Zealand dan Asia Tenggara.
Beliau berkata, idea untuk menambah Bahasa Malaysia ke dalam senarai ialah untuk menyampaikan nilai kepada golongan profesional dan dalam berbuat demikian, perlunya lebih bersifat tempatan dan relevan kepada masyarakat tempatan.
"Hampir 700,000 profesional di Malaysia telahpun memperkenalkan identiti profesional mereka, membina rangkaian masing-masing dan mendapatkan akses dan peluang ke atas LinkedIn," kata Rosenburg kepada pemberita pada majlis pelancaran Linkedin Bahasa Malaysia di sini, Rabu.
Ditanya mengapa mereka memilih Malaysia, beliau berkata, ia adalah berikutan kadar penembusan Internet yang tinggi di sini, dilihat daripada lebih daripada 17.5 juta pengguna Internet di dalam negara.Setakat 3 November, LinkedIn mempunyai lebih 135 juta ahli seluruh dunia dari 200 negara.-BERNAMA
NOTA : Saya ada terlihat di laman blog Denaihati logo LinkedIn, dan saya tertanya-tanya juga apa fungsinya. Hari ini saya faham, laman ini adalah satu laman untuk golongan profesional mengembangkan perniagaan mereka di laman sesawang. Apa kata kita mencubanya, mana tahu boleh membantu mengembangkan penulisan blog kita di seluruh dunia selepas ini, kerana berblog juga adalah satu perniagaan.
saya pernah dengar, tapi tak pernah cuba..nak try la..hihi..
BalasPadamsemakin mudah klu byk bhsa blh d rujuk..
BalasPadamslu guna google terjemahan jer heee
BalasPadamInbox saya ada menerima beberapa jemputan untuk menjadi ahli Linked tapi buat masa ini saya masih belum terbuka untuk menerimanya. Akaun Facebook pun saya tidak ada. :-)
BalasPadamProfesional Social Network ni.. :D Baik untuk kerjaya. Umpama resume online yang dinamik.
BalasPadamManfaatkannya untuk meningkatkan kerjaya dan membina rangkaian.
huh baru tau
BalasPadamtq :)
Salam Zul, Terima kasih perkongsian info di
BalasPadamatas.. tak tau sangat pasal bender nei...
salam..
BalasPadammenarik jugak ni.. saya pun ada juga kawan2 invite kat email.. tapi tak berminat sebab kurang jelas pasal LinkedIn ni.. skank baru faham.. tq..
salam
BalasPadambelum pernah ke laman ni
thanks
dah daftar dah..tp tak pandai guna..huhu
BalasPadamAssalam..
BalasPadamDah lama ada tapi terabai...