Keputusan Malaysia 0 - 2 Syria : Keletihan





Meskipun tampak keletihan ekoran sembilan daripada pemain yang beraksi dalam perlawanan akhir ketika menentang Indonesia di Sukan SEA diturunkan pada malam ini, barisan anak didik Ong Kim Swee tetap berjaya memberi tentangan sengit kepada pasukan pelawat. Walaupun diasak sejak awal minit pertama, Harimau Muda tetap tenang menyerap setiap asakan lawan yang cuba bermain dengan corak pantas.

Pada minit ke-27, Ahmad Fakri Saarani menjadi pemain negara pertama dilayangkan kad kuning kerana mengasari Mohammed Fares yang turun menrima nasib serupa sebelum itu akibat mengangkat tinggi kakinya ke arah muka Wan Zack Haikal Wan Noor. Kehadiran semula Wan Zack selepas pulih daripada kecederaan di sebelah sayap kanan juga banyak membantu serangan.

Cubaan terbaik Harimau Muda hadir menerus Fakri yang melepaskan rembatan deras yang menuju tepat ke arah penjaga gol, Ibrahim Alma. Malaysia sempat melancarkan bertali-arus ke arah kubu lawan, namun pertahanan lawan cepat menutup ruang. Thamil Arasu dan Wan Zack sempat menukar peranan mereka daripada pemain sayap ke bahagian serangan.

Wan Zack terus menjadi duri dalam daging buat pertahanan Syria dan Solaiman Solaiman memilih tindakan kurang bijak dengan menjatuhkannya selepas terperangkap dengan helah pemain negara. Wan Zack hanya dapat menggelengkan kepalanya selepas tandukannya tersasar hasil daripada sepakan percuma Fandi Othman sebelum tamat babak pertama.

Baru empat minit bersambung, K. Gurusamy dilayangkan kad kuning ketika pemain negara bekerja kers untuk mematahkan serangan lawan. Kem Malaysia kemudian tersentak apabila  tandukan Solaiman Solaiman memecah kebuntuan permainan pada minit ke-53. Ong Kim Swee kemudian cuba menghidupkan bahagian tengah dengan memasukkan D. Saarvindran bagi menggantikan K. Gurusamy.

Para pemain Syria bijak menggunakan simpati pengadil dengan melengah lengahkan permainan berikutan aksi para pemainnya yang sering terbaring kesakitan di atas padang. Tidak sampai beberapa saat diusung keluar, mereka sudah cergas untuk meneruskan perlawanan.

Kim Swee sempat ditegur kerana beliau cuba mempertikaikan situasi itu. Barisan depan Malaysia bergelut untuk memburu gol penyamaan ekoran jentera tengah yang kerap melakukan hantaran jauh. Wan Zack Haikal sempat membuatkan penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil bersorak, tapi serangan seperti itu lebih mudah dipatahkan dengan kelebihan susuk fizikal mereka.

Pada minit ke-88, kelekaan Muslim Ahmad dihukum apabila pemain gantian, Nassouh Nakkdahli mudah menolak masuk gol kedua untuk menjadikan kedudukan 2-0. Para pemain Harimau Muda termasuk pemain Syria kemudian datang ke arah penyokong sebagai tanda terima kasih kerana menghidupkan perlawanan sebelum para pemain negara mengelilingi stadium.

NOTA : Malaysia kini berada di tangga ketiga Kumpulan C, satu anak tangga di atas Bahrain selepas tewas dua perlawanan awal kerana perbezaan gol. Seterusnya, Malaysia akan bertemu Bahrain pada 27-11-2011 jam 8.45pm di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, November 24, 2011

15 Komen:

  1. salam, setelah berhempas pulas di Indonesia, tak cukup rehat....kita kalah...namun tetap memberikan mutu permainan yg tinggi.

    BalasPadam
  2. @Abhamz

    Betul tu Bro..tenaga muda
    masih belum mampu mengatasi
    jadual perlawanan yang ketat
    sebegitu..apapun harapan mereka
    berjaya menang dengan Bahrain
    nanti.

    BalasPadam
  3. salam
    benar sangat la mereka dah letih
    harap2 dengan bahrain nanti mereka boleh lawan dengan baik

    BalasPadam
  4. @tehr

    W_salam..
    ermm..kena makan tongkat ali
    dengan madu budak-budak nih..
    tak gitu Bro..?

    BalasPadam
  5. boleh dimaafkan tu
    keletihan
    dia orang pun orang jugak kena rehat

    p/s: tambah lagi telur ayam kampung separuh masak tu sifu

    BalasPadam
  6. @Anak Ulu Cheka

    Ha ha..betul tu weh..?
    mana nak cari telur
    ayam kampung di bando
    nih..semua ayam suntik
    je..he he

    BalasPadam
  7. bukannya kita tidak hebat .. tapi mereka lebih hebat.

    BalasPadam
  8. Oklah laa tu jgn sampai terjadi pesta gol
    :)penatlah gamoknya tu blake yak :(

    BalasPadam
  9. semoga segera hilang lelah mereka si harimau muda

    BalasPadam
  10. @al-lavendari

    Betul tu kehebatan mereka mengatasi
    team kita yang memang dah hebat..
    :)

    BalasPadam
  11. @akuanakpahang

    Ye lah Yassin..
    kalah 2-0 idoklah
    memalukan sangat..
    setidaknya ada juga
    berlawan

    BalasPadam
  12. @a kl citizen

    Moga lelah mereka
    cepat kebah..

    BalasPadam
  13. Jangan samakan kedudukkan ranking dunia Syria dan Malaysia memang jauh beza tetapi ia tidak menghalang percubaan bahagian hadapan mengempur pihak lawan.

    BalasPadam
  14. penat sangat tengok diorang semalam..second half..terus berubah game..bape jam je dapat rehat..kecian plak..

    BalasPadam
  15. 1st half maintain lagi.. 2nd half.. nampak sangat dah kurang tenaga.. harap ahad ini dapat kalahkan bahrain

    BalasPadam