Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah. Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.
Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakan mereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri. Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya. "Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40 petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu," kata Abdul Razak.
Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu. Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabila tuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi. Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut, sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.
"Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui. Bagaimanapun ini tidak melibatkan barang-barang lain yang berharga," katanya. Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini. Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
"Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM," katanya. Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletak kunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itu dari terus berlaku. (BERNAMA)
NOTA: Moralnya di sini, jangan cakap budak-budak kecil, penyamun betul pun suka masuk kalau mereka rasakan berpeluang mencuri. Sikap meninggalkan kunci yang boleh di jangka pencuri(bawah pasu contohnya), memudahkan mereka mencuri masuk ke rumah. Tapi bila bercerita bab budak berumur 7 dan 8 tahun dah pandai nak berbelanja wang di pasaraya sampai sanggup mencuri, saya agak pelik dan terkejut. Tanda-tanda penyakit moral sudah mula meresap ke jiwa kanak-kanak semuda ini. Agak menakutkan bila saya cuba membayangkannya. Apa komen dan pandangan anda?
Bahaya jugak main tinggal2 kunci ni.
BalasPadamApa nak jadi dengan budak 2 orang ni. Nampaknya kalau anak berbelanja lebih dari duit yang kita berikan kena berhati2 dan siasat.
Jangan main tinggal kunci ikut dan je.Dapat ke pencuri besor.Habis licin satu rumoh...
BalasPadamtv banyak siar siri mat giver, tak sorok pon dorang tahu camana nak buat... cuma mak bapa kena ambil peranan didik anak-anak masa tengok tv dengan harapan yang negatif tak dicontohi.
BalasPadamcuma taktik lama sorok kunci kat mana-mana tu memang tak patut diamalkan lagi dah
slm en.zul...
BalasPadambz ke hrni??
sorok kunci kat bwh pasu atau kat dlm kasut mmg taktik lama and mb bdk2 tu dah bolehtau taktik2 mcm ni...
dah parah....dah parah.....
BalasPadamkesan tak dibendung. kesan kurang didikan. kesan globalisasi.
salam..
BalasPadamterkejut gak ble tengok berita malam tadi.. 7, 8 tahun dah pndai mencuri tu.. sedih sangat..
Ibubapa kerja dan anak pula bersekolah. Ibubapa ambil sikap mudah tinggal kunci rumah untuk anak-anak balik sekolah supaya boleh masuk rumah.
BalasPadamnak kene tinggal kunci kat bank pas nie, abg zul huhuhhhh
BalasPadamaik camana akak kat Putrajaya terlepas dengar cerita ni..akak tak pernah letak kunci kat luar rumah.Pastikan anak anak ada kunci masing masing.
BalasPadamAssalam..
BalasPadamBudak2 tu macam bangga pulak boleh masuk rumah orang...
xboleh di bio kes gini, kena pantau selalu bebudak kecik ni!
BalasPadamhuh tu baru baru umur 7 8 tahun je
BalasPadamkalau besar nanti apa akan jadi
http://wanwidget.com/
BalasPadambahaya, kecil kecil pon sudah begini, x boleh salahkan mereka sahaja, dimana ibu bapa mereka
Hmmmm, anak.....anak!
BalasPadamdah selalu kata.. jgn dok percaya kat anak jer.. sekali sekala kena buat siasatan tergempar..
BalasPadam26 buah rumah ni bukan sikit, kira budak2 ni dah ketagih, bila besar nanti akan jadi profesional, haruslah dari sekarang dibimbing dengan betul sebelum terlambat. Masih boleh dilentur...
BalasPadamsalam
BalasPadamnampaknya makin terserlah kesilapan kita semua
tv, media dan masyarakat juga yang ambil mudah
mana boleh letak kunci macam tu je
ramai yang dah tahu cara tu
rasa taku ni gara2 tgok tv ni tu yag dema ikut jer tuh huhu
BalasPadamorg dulu klu mencuri wajib d potong tangan
BalasPadamapa nak jadi lah.....mana ibubapa budak2 ni...cubalah pantau skit apa yg anak dia buat..huhu
BalasPadamTahap yg membimbangkan dgn zaman anak2 skg nih...terlalu terdedah kpd media massa yg berebut2 nak jadi popular
BalasPadam