Kata Laluan ( Password) Paling Popular 2011




Salam semua, kata laluan atau password dan penggunaan internet tidak dapat di pisahkan. Setiap orang pasti ada kata laluan (password)  untuk masuk ke sesuatu akaun contoh Facebook mahupun Google. Password yang kita gunakan selalunya bersumber dari apa yang paling dekat dengan kita. Ianya memudahkan kita untuk selalu mengingatinya .

Kekerapan menggunakan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun adalah perkara biasa. Cara terbaik untuk menggunakan kata laluan (password) adalah dengan di antara kata laluan anda, sebaiknya antara huruf kecil yang anda gunakan diselitkan juga huruf besar di antaranya. Begitu juga penggunaan angka tertentu bersama dengan kata laluan (password)  tersebut.

Kerana sikap terlalu mengambil mudah, banyak akaun pengguna yang berjaya di masuki oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berlakulah perkara yang tidak diingini seperti kecurian data. Di sini, disenaraikan kata laluan ( password) yang paling popular di dunia pada tahun 2011 hasil kajian oleh  SplashData:


1. password

2. 123456

3.12345678

4. qwerty

5. abc123

6. monkey

7. 1234567

8. letmein

9. trustno1

10. dragon

11. baseball

12. 111111

13. iloveyou

14. master

15. sunshine

16. ashley

17. bailey

18. passw0rd

19. shadow

20. 123123

21. 654321

22. superman

23. qazwsx

24. michael

25. football


Walau apa pun yang anda gunakan sebagai kata laluan (password) dalam kehidupan anda, jangan amalkan menggunakan nama sendiri seandainya anda mendaftar di sesuatu akaun. Ini kerana,  tanpa anda sedari anda mungkin menggunakan nama yang sama dalam akaun tersebut. Ianya akan memudahkan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk  meneka kata laluan (password) anda.

Banyak terjadi kes sebegini akibat terlalu mengambil mudah. Bagi saya sendiri,  walau menggunakan kata laluan yang paling mudah saya ingati, penggunaan "caplock" huruf besar di antara huruf yang lain sudah lama saya amalkan. Begitu juga dengan memasukkan angka di antara kata laluan tersebut.  Selamat mencuba.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, November 26, 2011

19 Komen:

  1. adehhh kantoi password koi hehehe

    BalasPadam
  2. @Anak Ulu Cheka

    Aok pakai kata laluan
    "SUPERMAN" ke weh..he he

    BalasPadam
  3. terima kasih Zul .Alhamdulillah semalam Cm dah ubah setting komen tu setelah baca n3 Zul tentang Setting Komen yg perlu approve dulu baru dapat baca.Memang leceh btol tp alhamdulillah semuanya dah ok..maklumlah orang vetean ni kurang arif ttg hal hal yg begitu:)

    BalasPadam
  4. kalau dah banyak password kdg² confuse yg mana satu..hehe

    BalasPadam
  5. Salam Zul, kalau mengikut ciri2 passwood yang baik pasti aksaranya lebih drp lapan dan campurkan sekali huruf dan angka jangan huruf semata-mata.

    BalasPadam
  6. Salam saudara...moga sihat hendaknya..

    Biasanya saya akan catat password dalam satu buku khas agar jika terlupa boleh buka tengok balik...

    BalasPadam
  7. keja gomen lagi banyak password nak kena buat selain emel rasmi terutama yang dok uruskan kewangan

    BalasPadam
  8. @makcikmanggis

    Alhamdulillah..
    saya gembira bila ada rakan bloggers mendapat sesuatu di sini..syukur sangat :)

    BalasPadam
  9. @cikgu Naman

    Saya setuju..saya sendiri pun
    satu kata laluan tapi saya pusing-pusingkan untuk lain-lain akaun

    BalasPadam
  10. @akuanakpahang

    W_salam Yassin..
    koi setuju sangat pendapat aok tu..terima kasih menambah apa yang kurang entry nih :)

    BalasPadam
  11. @Abd Razak

    W_salam sahabat..
    Alhamdulillah..moga anda juga sihat hendaknya..

    Memang detail sekali anda..saya pasti buku itu akan di jaga dengan rapi..kalau tidak bermasaalah juga kalau di temui pihak tidak bertanggungjawab.

    BalasPadam
  12. @cemomoi

    Koi cuba membayangkannya..memang banyak nak guna password kan..?

    BalasPadam
  13. Betul tu zulkbo saya cadanagn contoh terbaik seperti ini 'Saya$123' -> ada huruf besar, ada huruf kecil, ada nombor dan ada simbol. dengan cara ini password sukar di ceroboh oleh orang. tetapi jangan sampai kita terlupa, nanti jadi banyak kerja pula nak dapat semula password tu.

    BalasPadam
  14. Kata laluan macam ini menjerat diri namanya. Mudah ingat dan mudah dikebas orang.

    BalasPadam
  15. salam
    kata laluan yang pelik2 juga bahaya
    payah nak ingat
    hehe

    BalasPadam
  16. @akubiomed

    Kata laluan yang terlalu
    mudah dan semua orang pakai
    memang payah la..he he

    BalasPadam
  17. @tehr

    W_salam..
    saya ada cadangan..cuba guna
    kata laluan HANTU KAK LIMAH
    confirm orang tak tahu..he he

    BalasPadam
  18. Assalam...
    Saya ada 2 je kata laluan, pi mai pi mai tang tu...tak boleh dah, banyak sangat akaun berkaitan blog dan ping ni..

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama30 Jun, 2012

    tolong ajar secara detail jap

    BalasPadam