From Hero To Zero : Keputusan Malaysia 2-3 Bahrain (Video)




Pasukan Bahrain mengalahkan skuad Malaysia, 3-2 pada perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 (Zon Asia) bagi Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad. Perlawanan yang mulanya di kuasai oleh pasukan Malaysia di separuh masa pertama, menyaksikan Bahrain seolah hilang harapan apabila pemain tengah mereka di layangkan kad merah seawal separuh masa kedua.

Mendahului 1-0, pasukan Malaysia semakin ghairah mencari gol untuk terus menjarakkan kedudukan, akhirnya mendapat gol kedua hasil lantunan bola yang sukar di jangka penjaga gawang Bahrain. Gol tersebut benar-benar disambut sorakan gemuruh penyokong Malaysia di Stadium Bukit Jalil.


Gol kedua Malaysia yang di sambut sorakan gemuruh Stadium

Akibat kealpaan barisan pertahanan Malaysia,  pemain Bahrain berjaya mendapat satu gol hasil dari kelam kabut di depan pintu gol Malaysia apabila pemain Bahrain dengan cantik melakukan aksi " bicycle kick" ala Pele . Gol tersebut benar-benar menaikkan semangat pasukan Bahrain.

Perlawanan memasuki ke minit 80, akhirnya Bahrain mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol Malaysia. Hasil tendangan kencang dan cantik,  mereka berjaya menembusi pintu gol Malaysia untuk gol penyamaan. Kesannya pemain pasukan Malaysia seolah hilang rentak permainan.

Kealpaan barisan pertahanan Malaysia dihukum oleh pemain tengah Bahrain untuk gol kemenangan berpunca dari hantaran lintang yang cantik gagal di selamatkan Khairul Fahmi sebelum di sambar oleh pemain Bahrain untuk gol ketiga mereka. Keputusan Malaysia 2- 3 Bahrain.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, November 27, 2011

22 Komen:

  1. report yg bagai.. tp bab lalai & hilang fokus tu memang sukar nak diterima.. utk jd pemain worldclass, x leh lalai & hilang tumpuan..

    BalasPadam
  2. @kakyong

    Alahai sedihnya..baru nak melompat menang lagi..akhirnya tersungkur kita..memang betul bola bulat..tapi kalau kaki "melekat", menjadi..apa nak buat bukan rezeki..kempunan lagi nak ke Olimpik..hanya keajaiban sahaja bisa merubah keadaan.

    BalasPadam
  3. opss.. baru terperasan.. komen mula tadi typo.. yg betul "report yang bagus" bukan bagai.. hihi

    ada harapan ke utk dpt poin (peluang) 3 match yg akan dtg

    BalasPadam
  4. @kakyong

    Ye ke..?saya pun tak perasan..ermm..apa pun harapan masih ada..cuma berbekal keajaiban juga lah kalau kita berjaya ke Olimpik nanti.

    BalasPadam
  5. SALAM,
    MALAS NAK CAKAP .... DALAM MASA 6 MINIT JE !

    BalasPadam
  6. suka tengok penyokong yang tetap setia w/p tak penuh stadium

    BalasPadam
  7. harimau masih kekenyangan
    makan lauk burung garuda masak merah tu...

    memang ajaib tadi kome masuk tandas sekejap
    keluar dah 3-2
    ajaib bagi Bahrain

    BalasPadam
  8. mula2 mmg yakin yg kita leh menang, tp bila tgk Bahrain dapat 1st gol, mula rase cuak sbb nampak player kita mula macam hilang fokus dan longgar markingnye...

    akhirnya terpaksa telan hakikat bola tu bulat, dan ada yg menang dan kalah..malam ni bukan malam kita...huhuhu

    BalasPadam
  9. salam
    bila nazmi keluar
    semua dah nampak tak menjadi
    memang perit kita nak lepas kelayakan ni

    BalasPadam
  10. hilang fokus ye? pengajaran.. tapi semua gol cantik! ;)

    BalasPadam
  11. serius bola nazmi cantik, sedih juga bila kalah sebab kita dari awal dah leading dah, tp xpa, sebab bila lihat balik malaysia sudah ada banyak peningkatan

    BalasPadam
  12. salam, semakin hari semakin baik....cuma jgn leka

    BalasPadam
  13. Sallam,

    Sekurang2nya mereka dah berjaya,
    Cuma mereka cepat hilang fokus,
    munkin sebab terlalu over comfident.
    Walau apa pun "Malaysia Boleh"

    BalasPadam
  14. Aigoooo..
    ni memang sedihh bang,
    syu hatiiiiiiiiiiii ~

    Eh?
    1. Tolong buang semua janji?
    2. Nasihat untuk aku?

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum.

    Kasihan. Hehe

    BalasPadam
  16. sy suka bila Malaysia kalah lawan ngn ssesiapun..tak tau nape..mungkin sbb sy rasa Malaysia ni terlalu sombong..hehehe

    BalasPadam
  17. @adele

    Pulak dah..??
    ermm..macam tu nak kata
    apa erkk..?sabor je lah
    :)

    BalasPadam
  18. @ashrafi

    W_salam..
    apa nak buat bukan rezeki
    Malaysia kali nih..tunggulah
    4 tahun lagi kut..?

    BalasPadam
  19. @LIPISLADY

    W_salam..
    setuju..memang over
    confident bila mendahului
    saya puji cara Bahrain
    yang tak mahu mengalah
    tu walau ketinggalan 2-0

    BalasPadam
  20. Sedih pada ketika dihadapan selesa dengan 2 gol diragut oleh Bahrain yang ambil peluang dengan beberapa tonggak utama dikeluarkan pada separuh masa ke 2.

    BalasPadam
  21. @akubiomed

    Orang rumah yang tak suka bola pun dah mula menonton bola kali nih..dan terasa sakit hati bila tengok gol-gol jaringan Bahrain tu..adehhh!

    BalasPadam