Disiplin Blog : Jangan Ada Yang Ambil Hati Pulak Ye?


Salam semua, kalau sesiapa yang selalu singgah di zulkbo.com pasti perasan saya ada meletakkan 12 links ke blog rakan blogger di side bar. Sebelum ini, saya memang tak letak langsung,  kerana links ke blog hanya akan melambatkan loading blog saya. Loading blog adalah sesuatu yang paling saya titik beratkan selama berblogging. 

Semuanya ini, adalah 12 blog yang menghasilkan backlinks tertinggi di blog saya. Tidak kiralah links masuk atau pun keluar berdasarkan sumber Webmaster Tool oleh Google. Kekerapan mereka komen di blog saya atau saya sendiri komen di blog mereka menghasilkan semua backlinks tersebut. 

Sebagai tanda penghargaan kepada mereka, saya meletakkan links mereka di side bar blog saya. Itupun ada backlinks yang saya dapati hanya bersifat sementara dan ianya akan menurun pada setiap masa. Maka saya hanya mengambil 12 sumber banklins  tertinggi sahaja untuk saya letakkan di sana.

Sebagai pengguna SEO Doctor di dalam pelayar internet Mozilla saya, catatan penghasilan SEO flow amat saya ambil kira. Sebolehnya saya mahukan 100% seperti yang terdapat dalam gambar di bawah. Walaupun saya tahu, ianya juga bergantung pada kelajuan internet yang saya gunakan selama ini .





Saya bukannya pakar SEO yang pandai menggunakan helah (trick) atau pelbagai lagi, kebanyakan saya hanya buat secara manual . Tidak kiralah apa yang Google nak bagi pada blog saya, PR berapa atau  blog saya berada di SERP (carian hadapan Search Engine) atau tidak, saya tetap jaga disiplin loading blog saya.

Jadi buat masa ini hanya 12 links keluar blog rakan-rakan yang dapat saya letakkan di blog utama ini dan selebihnya saya letak di  blog list  saya. Dah ada lebih dari 500 blog di sana, walau tak semua yang dapat saya lawat setiap hari kerana kesibukan kerja dan tugasan lainnya dan saya pasti kalian semua faham kan?

Maka, terjawablah teka-teki mahupun pertanyaan rakan-rakan blogger yang kerap singgah di sini berkenaan links tersebut. Harapan saya, jangan pula ada yang ambil hati ye? Dalam blogging ni, selain penulisan yang baik menghasilkan trafik yang bagus, disiplin blog juga perlu kita utamakan (pandangan peribadi saya). HAPPY BLOGGING buat semua.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, November 29, 2011

43 Komen:

  1. SEO Doc hanyalah memeriksa blog memenuhi kriteria atau tidak. Cabaran utama adalah perkataan keyword killer bukan mudah hendak mendapat kemahiran ini. :-) Happy blogging

    BalasPadam
  2. saya nak taget mendisiplinkan diri untuk rajin² update..hehe

    BalasPadam
  3. semua tu blogger2 hebat..hihi..nice..

    BalasPadam
  4. Salam Zul, tak de hal tu biasa aje.. yang pentng HAPPY BLOGGING dan ceria sokmo :)

    BalasPadam
  5. assalam
    auc ade tersenarai terima kasih boh
    kome bab SEO ni kantoi
    terima kasih berkongsi maklumat :)

    BalasPadam
  6. hehe betul kata bro, selain isi kandungan entri, loading juga perkara penting.. taknak membunuh mood pembaca di sebabkan loading berjam -jam, hahaa

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Tak jadi masalah saudara, saya tetap juga singgah di sini..:)

    BalasPadam
  8. loading page merupakan isu yang paling utama bg bloger...so pepandai le nak hidup...hehehe

    BalasPadam
  9. Assalam...
    Tak ada yg kecil hati kot...walaupun tak tersenarai tapi en Zul tetap rajin singgah ke blog lain..

    BalasPadam
  10. @akubiomed

    Memandangkan saya tidak pandai TRICK sebenar SEO, penggunaan SEO Doc benar membantu saya mencari kekurangan yang ada pada blog saya :)

    BalasPadam
  11. @cikgu Naman

    Ha ha..aim dan target
    mesti ada tu Bro..baru
    disiplin berblog kan..?

    BalasPadam
  12. @zalin onceitalk

    Anda juga blogger hebat..tak kiralah siapa pun yang menulis KITA ADALAH BLOGGER..he he

    BalasPadam
  13. @akuanakpahang

    W_salam Yassin..
    moleklah kalau gitu aok faham
    takut ada yang tak faham
    terasa hati la pulak kan..?

    BalasPadam
  14. @Anak Ulu Cheka

    W_salam wbt..
    Wordpress bukan ada SEO plug in?
    tak perlu nak jaga SEO Doc ni dah..
    he he..terima kasih selalu singgah dan komen di sini AUC

    BalasPadam
  15. @padin

    Blogger yang dah lebih setahun blogging pasti faham bab loading blog nih..kalau tak reti2 lagi baik jangan blogging lah..tulis FB je..he he

    BalasPadam
  16. @Abd Razak

    W_salam wbt..
    Alhamdulillah..sihat saya di sini..moga saudara juga begitu..

    Terima kasih sudi singgah dan
    komen di blog saya saudara
    Abdul Razak..komen anda saya
    hergai :)

    BalasPadam
  17. @Yastro

    Betul tu saudara Yas.kalau
    tak faham2 juga baik berenti
    dari blogging..tukar main FB
    je..he he

    BalasPadam
  18. @iza

    W_salam..
    alhamdulillah..jika ramai yang
    memang faham bab nih..saya suka
    ke blog anda dan komen kerana macam
    ada kesamaan antara blog kita

    BalasPadam
  19. Saya pula tak tahu pasal SEO langsung cuma ingin memperbaiki disiplin update 1 entri satu hari itupun kekadang termiss juga hehehe ... membalas komen perkara ke-2 dan blokwalking perkara ke-3. itu je yang saya reti buat lain-lain skil tak tahu.

    BalasPadam
  20. salam zul..
    Buat lah mana yg terbaik utk kita asalkan x menyusahkan org lain..bab nak jaga hati kdg2 kita mmg x mampu nak puaskan hati semua org

    BalasPadam
  21. @zulkbo
    memang byk weh
    sampai x tau mana hok bestnya :)

    BalasPadam
  22. salam
    memang tak boleh nak puaskan hati semua orang
    cukup kalau hanya semua boleh rasa gembira

    BalasPadam
  23. kalau ada hidangkan kopi o suam di sini, saya tak akan kecik hati ... :)

    ah, sebenarnya, terpulang pada si tuan punya, tiada hati yang perlu dikecikkan kerana kehendak dan keperluan blogging itu tidak sama antara satu sama lain.

    tak kisah. yang penting, silaturrahim terbina atas persefahaman.

    BalasPadam
  24. terima kasih diatas perkongsian ini En Zul.
    Saya pun kira masih setahun jagung dalam arena blog ni. Harap dpt bimbingan dr En Zul dan blogger2 lain. :-)

    BalasPadam
  25. Salam en.zul..

    lame tidak singgah ke sini , amy x pandai pasal seo , en ozzy pernah bagitahu tapi sampai skg masih x faham...huhu!

    BalasPadam
  26. @Benjy

    Semoga berjaya dengan disiplin yang di rancangkan tu Bro..blog anda pasti success satu hari nanti..dah banyak blog rakan yang sering komen di sini berjaya saya perhatikan.

    BalasPadam
  27. @ozzy

    W_salam Ozzy..
    terima kasih..memang cuba yang
    terbaik buat blog sendiri kan..?
    yang lain di kemudiankan :)

    BalasPadam
  28. @tehr


    W_salam..
    begitu lah gayanya Bro..
    kita tak akan pernah puas..
    dan tak mungkin membahagiakan
    semua orang..tapi cuba sehabis
    baik :)

    BalasPadam
  29. @a kl citizen

    Alahai Cikgu Normah..
    nak minum kopi ke..?
    boleh aje..terima kasih
    singgah dan komen anda
    amat dihargai :)

    BalasPadam
  30. @ahmad kamil

    Anytime Bro..
    rajinlah singgah si sini
    pasti akan ada ilmu sedikit
    sebanyak dalam blogging..saya
    suka kongsi insyaallah :)

    BalasPadam
  31. @Amy Syaquena

    W_salam Amy..
    teknik SEO ada di mana-mana blog..
    sesekali Google dan baca blog luar
    negara..banyak ilmunya tentang SEO
    nih :)

    BalasPadam
  32. saya nak daftar jadi anak murid sifu zul yek? :-)

    BalasPadam
  33. @blog-tips-kurus

    Kalau berdaftar kena bayar..
    he he..jadi datang je selalu
    ~FOC~

    BalasPadam
  34. terima bang zul.. ada la pulak... tapi sekarang nih dah kurang sikit jalan2 dan komen... mood dan masanya dah mencemburuinya.. hapy blogging semua... peace yeow..

    BalasPadam
  35. @Zik

    Tak pe Zikr..utamakan
    mana yang penting dulu
    :)

    BalasPadam
  36. Faham bro. Kalau ada kelapangan, singgahla blog saya pula. :D

    BalasPadam
  37. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  38. Posting anda selamu masuk ke kotak emel saya. Maaf kerana sentiasa terlambat kini untuk berkunjung. Selamat majujaya buat saudara.

    BalasPadam
  39. Salam.
    Saya tak ambik hati pun. hehehe

    BalasPadam
  40. Terima kasih Zul di atas informasi yang berguna kepada saya yang sedang mempelajari teknik SEO...

    BalasPadam
  41. wah..tak sangka ada nama blog sy di situ..terima kasih!!!

    BalasPadam
  42. Nice...more info from this blog..tq

    BalasPadam