Demi Moore Bercerai Dengan Ashton Kutcher





Khabar angin keretakan rumahtangga yang menimpa pasangan suami isteri Demi Moore dan Ashton Kutcher akhirnya berakhir dengan perceraian. Demi Moore telah mengumumkan mengakhiri perkahwinan mereka yang telah berjalan enam tahun.

Aktres berusia 49 tahun itu mengatakannya dalam sebuah pernyataan pada hari Jumaat 18-Nov-2011. Beliau mengaku perceraian ini sangat menyedihkan dan satu keputusan berat yang terpaksa dipilihnya.

"Sebagai seorang wanita, seorang ibu dan isteri, ada nilai-nilai tertentu dan sumpah suci yang saya pegang, dan dalam suasana inilah saya telah memilih bergerak maju dengan kehidupan saya," ujar Demi Moore seolah mengisyaratkan kecurangan yang dilakukan Kutcher.

Demi Moore menambah lagi, keinginannya dalam masa yang sukar ini untuk bersendirian dan mengharapkan semua orang menghormati privasinya. Seketika selepas pengumuman Demi Moore, bekas suami keduanya berusia 33 tahun  lantas mengeluarkan pernyataan peribadi di Twitter.
"I will forever cherish the time I spent with Demi. Marriage is one of the most difficult things in the world and unfortunately sometimes they fail."
Moore dan Kutcher berkahwin pada September 2005. Hubungan pasangan itu menjadi berita utama dalam media seluruh dunia. Demi Moore juga pernah berkahwin dengan aktor Bruce Willis selama 16 tahun sebelum bercerai.


Sumber: PEOPLE



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, November 18, 2011

13 Komen:

  1. slm en.zul...
    breakfast ape hrni??

    hurm...kalau tgk di E! news mmg dah lama rumah tangga mereka ada mslah..kononnya ashton ada perempuan lain....

    BalasPadam
  2. @zella y

    W_salam Zella..
    sibuk juga pagi nih..moga anda juga sihat hendaknya..


    Bersuami muda sangat.. hensem lak tu...ramai perempuan yang mencari
    peluang padanya..dan beliau pun tak tahan dugaan

    BalasPadam
  3. Sungguh sedih berpisah ketika usia emas kerana ketika ini sokongan suami amat diperlukan pada usia sebegini.

    BalasPadam
  4. salam
    apa khbar sahabatku...

    mula2 kawin lama benau 16 tahun,cerai
    ni kawin 6 tahun cerai lagi..agaknya pasni kawin 6 bulan cerai jugak ker

    BalasPadam
  5. 16 tahun kwin tempoh yg amat lama syg tol ek.cerai macam tu jer huhu...tu dema ni ...

    BalasPadam
  6. Kisah2 sebegini selalu juga berlaku pada artis2 tempatan ... sebagai artis dugaan memang banyak ...

    BalasPadam
  7. dugaan utk artis tak kira di sana atau di Msia sama sahaja

    BalasPadam
  8. sudah sampai masanya...

    BalasPadam
  9. Salam Zul , kata org gitulah bila jodoh dah habis....

    BalasPadam
  10. salam
    tak tahu kisah mereka ni
    apa pun, perkahwinan perlukan kesetiaan dan rasa tanggungjawab

    BalasPadam
  11. itulah senario artis tak kira kat malaya ke atau dunia ni
    sama je

    BalasPadam
  12. Assalam..
    Dah namanya pun artis....

    BalasPadam
  13. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam