Bila Tungau Ayam Hinggap Di "Burung"


Salam semua, kenal kah anda dengan tungau ayam? Juga di kenali sebagai hama ayam, tersangat halus dan sukar di lihat dengan mata kasar. Berwarna kemerahan dan suka menghisap darah manusia..jeng..jeng..jeng.

Tungau ayam ini boleh hinggap ke tubuh manusia dengan cara terbang dan tempat yang paling di sukainya adalah bahagian tubuh yang lembut isinya. Antara yang paling popular tempat kesukaannya adalah "burung" manusia.



Bercerita bab "burung" ini pasti ada yang tertanya-tanya BURUNG apakah itu? Ni ha.."burung" kesayangan Awang, kata orang tua-tua. Bahagian paling sulit orang lelaki ada masanya akan menjadi lembut isinya dan di sukai tungau ayam untuk menghisap darah.

Inilah yang terjadi pada hero saya yang seorang ini, Ilham. Berpunca dari bermain pasir di rumah Tok Wan nya di Jengka, tak kala pulang beraya Qurban tempohari. Timbunan pasir pula sememangnya tempat ayam-ayam bertenggek sambil membuang hampas perut.

Dari awal saya ada berpesan padanya, kemungkinan ada tungau ayam di situ. Jika duduk di bandar susah nak jumpa pasir ni, jadi di gunakan peluang yang ada di kampung untuk bermain pasir sepuasnya tanpa pengetahuan ayahnya.

Bahananya, si "burung" kesayangan beliau membengkak, dan ada petua orang tua-tua untuk mengurangkan bengkak akibat tungau ayam ini. Jika dahulu sewaktu saya kecil (pernah kena juga..he he). Ayah saya akan menyapu minyak tanah (kerosin) di bahagian yang bengkak itu.

Tapi sekarang rupanya dah ada cara baru, Ridsect penghalau nyamuk di gunakan. Anda tahulah, tungau sehalus itu sukar di lihat dengan mata kasar. Kena pula ia telah terbenam ke dalam daging yang lembut itu. Naik kecil mata saya mencarinya.

Maka di spray lah si "burung" kesayangan Ilham dan di biarkan selama 15 minit sebelum di basuh dengan sabun dan air suam kuku. Adehh..nak kena jaga nih! Menjelang malam, maka  gugurlah tungau dari tempat ia menghisap darah.



NOTA : Video Zul Khair Ilhami, juga di kenali sebagai Ilham sewaktu berusia 8 bulan, sekarang dah besar, 6 tahun 6 bulan usianya. Dah tahu malu nak mengadu hal sensitif pada Umminya. Bila dah kena tungau ayam tu, sibuk berkisah nak khatan pula lepas nih. Temberang saya padanya, orang dah khatan tungau tak gigit "burung"..he he.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, November 10, 2011

35 Komen:

  1. Hehe.. patutlah kena. Abahnya pun kena juga dulu :D

    Post Terbaharu Saya - Mozilla Firefox 8.0

    BalasPadam
  2. heee...tungau betina tu kotttt

    tima kasih bagi tip... bahaya juga guna spray gitu

    BalasPadam
  3. @cemomoi

    Mula mikir bahaya juga
    tapi Tok Wannya cakap
    memang dah gitu cara
    terkini..tapi jangan
    biar lama sangat, takut
    melecet pula nanti..

    Spray pun sebaiknya
    dalam jumlah yang kecil
    dan tidak sehingga
    ke bahagian lain.

    BalasPadam
  4. @Anif®

    Nasib baik ayahnya
    berpengalaman..tidak
    mahu ke klinik juga
    jawabnya..he he

    BalasPadam
  5. salam en.zul...
    semoga sihat2 selalu...

    mmg tunagu byk kat kmpg2 lg2 area2 reban ayam hehehe nmpaknya ade tips di sini..thanks for sharing...boleh guna spray ye...hehehehhe

    BalasPadam
  6. @zella y
    W_salam..
    alhamdulillah..
    sihat..harapan
    begitu jua anda
    Zella

    BalasPadam
  7. owh...baru tau pasal tungau ni...

    thanx 4 info ;)

    sy teringin nak khatankan baby newborn sy ni...katanya lebih mudah nak jaga .. ;)

    BalasPadam
  8. Dulu kecil-kecil selalu kena gigitan Tungau. Yang heran Tungau ini pandai cari tempat-tempat sulit untuk dijadikan port sembunyi.

    BalasPadam
  9. dulu2..kalau gaduh ngn abg sy,dia selalu pggil sy tungau..jahat betul.hehe

    masa kecik2 dulu,abg2 sy n sepupu lelaki sy selalu masuk bilik, mak saudara sy jd tabib utk buang tungau diorg..selalu sgt main kotor bila blk kg..haha.lawak sungguhlah

    BalasPadam
  10. Hahaha. Dulu masa kecik-kecik selalu ketawakan abang-abang dan adik-adik lelaki yang 7 orang tu. Sekarang, bila balik kampung, anak lelaki ckLah dan anak-anak buah lelaki (yang belum sunat)selalu menerima nasib yang sama.Masa main, tak ingat....

    BalasPadam
  11. Salam, Sakit kalau kena ketip dek tungga nei yang pelik macam dia boleh mengigit tempat yang terpilih sahaja :)

    BalasPadam
  12. hahahah...cam tu lah kalau balai ke kampung mesti ada kenangan.Anak aku pun biasa kena cam tu tapi lain sikit ubatnya..pakai daun sireh..alhamdulillah..cepat baiknya.Minta maaf tak sempat bekunjung ke J3 di Aidiladha.Kekangan waktu yang teramat sangat..kesana dan kemari tak henti2.

    BalasPadam
  13. Assalam..
    Saya belum ada anak lelaki..hehe.
    Hama ni memang merimaskan. Kita tak nampak tapi tahu jika dia merayap terutamanya di muka..

    BalasPadam
  14. Biasalah Broo tungau ni suka tempat yang gelap cam dalm bulu2 ayam tu gelap ... satu cara lagi yang B3njy guna ialah dengan menggunakan sabun ... letak sabun lama-lama di bahagian yang suspen ada tungau biarkan selama beberapa minit ... maka mabuklah tungau tu termakan sabun ... padan muka tungau tu ...

    BalasPadam
  15. tungau ni memang gatalll.. terima kasih dengan tips ni...

    BalasPadam
  16. masa kecik ade jugak kena tungau ni, dah x ingat camne buang. kalau biasa main pasir/tanah luar rumah, memang senang nak kena.

    BalasPadam
  17. kt kampung biase kena gitu...

    BalasPadam
  18. @Ummi Hanie

    Sama-sama..newborn?
    tak kecik sangat ke
    nak khatan tu..?

    BalasPadam
  19. ai....orang sabah ye! teringat dulu2 masa nak bersunnat......

    www.cayob.com

    BalasPadam
  20. sian dia.. memang sampai bengkak anu tu kalau kena.. lagi satu.. guna tangkai daun sireh pun boleh.. yang ada getahnya..

    cerita bab ridsect ni.. teringat le jiran yang guna ridsect sembur kat rambut anaknya yang berkutu. Berkesan juga..

    BalasPadam
  21. @akubiomed

    Nak idup Bro..kerjanya cari makan
    pandailah dia menyelinap di celah2..
    he he.

    BalasPadam
  22. @adele

    Tersingkap kenangan lama
    mengusik jiwa nampaknya
    Adele..he he..kesian kena
    gelar "Tungau" tak patut..
    huhu

    BalasPadam
  23. @@xiiinam

    Ramai juga yang menerima
    nasib yang sama ye..tak sangka
    pula..apa nak buat,dah gitu
    cara budak..main tak ingat..
    dah kena baru dia rasa kan..?

    BalasPadam
  24. @abadi romeo

    Tak pe Zul..lain kali
    kita jumpa..faham semua
    sibuk berkorban raya korban
    tu..

    BalasPadam
  25. @iza

    Insyaallah..
    akan Allah kurniakan
    seorang putera dalam
    hidup anda Iza..nanti
    baru dapat rasa pengalaman

    BalasPadam
  26. @Benjy

    Satu lagi petua..menarik!
    Terima kasih Bro berkongsi
    di sini.

    BalasPadam
  27. @Denaihati

    Ha ha..kena juga ye Bro?
    pengalaman tu..he he

    BalasPadam
  28. @cikgu isza

    Pulak..banyak kegunaan
    Ridsect ni rupanya ye..?
    ermm..nanti nak rekemen
    ke Mrs kalau berkutu..he he

    BalasPadam
  29. @akuanakpahang

    Gitulah gayanya
    bila dah jadi
    parasit nih..
    mencari jalan
    nak makan free
    je yak..?

    BalasPadam
  30. biasa ngat kena masa kecik2 dulu
    bukan sekatak tungau je, kutu babi pun boleh kena juga weh

    BalasPadam
  31. salam
    begitu je cara ubat rupanya
    belum tahu juga saya ni
    terima kasih

    BalasPadam
  32. @zulkbo
    Amin...amin..amin...harap2 masin mulut cik Zul..

    BalasPadam
  33. Atok i guna daun sireh bila cucu2 kene tungau. ...

    BalasPadam
  34. Cara paling senang nak bunuh tungau adalah dengan ubat spray nyamuk.

    Yang diperlukan
    1. Ambil 1 putik kapas
    2. Spray nyamuk

    Cara2 nya: Spray putik kapas dengan ubat nyamuk, kemudian sentuhkan putik kapas pada tungau tersebut, sertamerta tungau itu akan mati dan tertanggal dari zakar atau kerendut buah zakar.

    BalasPadam