Belalah Kucing Dari Bela Badak Air




Awal tahun ini, Els menjadi perhatian ramai apabila gambarnya menunggang Humphrey disiarkan berita. Menurut Els, Humphrey seberat 1,200 kilogram itu seolah-olah anak lelakinya sendiri.“Perangainya juga seperti manusia,” katanya.

Sabtu lalu Els, seorang peladang maut dibunuh badak air yang dibelanya sejak haiwan liar itu berusia lima bulan dan dilayan seperti anak sendiri. Marius Els dilaporkan dibaham berkali-kali Humphrey (nama badak air itu)  sehingga dia menemui ajalnya.

Media turut  melaporkan, mayat Els, 41, yang mempunyai kesan cedera serius ditemui terapung dalam sungai di kawasan ladangnya di Klerksdorp, wilayah Barat Laut Afrika Selatan.(Harian Metro)

NOTA : Moralnya di sini, bela lah binatang peliharaan yang munasabah. Binatang seperti kucing jika dibela tanpa teman pun boleh mengamuk, inikan pula anda yang membela seekor badak air. Badak air memang kelihatan comel dan manja di dalam iklan tv. Realitinya badak air adalah antara haiwan yang paling berbahaya di dunia. Dengan 2 batang gigi taringnya yang boleh menghancurkan besi, inikan kepala manusia.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, November 16, 2011

37 Komen:

  1. Anonymous one16 November, 2011

    Macam xder benda nak bela.

    BalasPadam
  2. assalam zulkbo

    Hobi yg mengarut. Yg bela ular sawa kat rumah tu pun kena berjaga2. silap2 masuk berita kena ngap dgn ular sawa

    BalasPadam
  3. bela kucing lagi selamat dan comel

    BalasPadam
  4. tak berjasa lgsg dibela sejak kecik ya...!

    BalasPadam
  5. Els tu yg masuk dalam video zonkers ke bro?

    bela 'blue-hyppo' je la. kiyut, tak membahayakan sebab anak patung je.. ;)

    BalasPadam
  6. salam en.zul...
    bz ke hrni?? semoga ceria2 selalu...

    btul tu en.zul...
    walau mcmane pon haiwan ganas yg dibelai dr kecil...yg dikatakan boleh jd mcm anak sendiri...haiwan masih tetap haiwan...ganas akan tetap ganas...betul x??

    baik bela kucing...mb kalau mereka ni boleh bela anjing....lebih selamat...dan comel..hehehhe

    BalasPadam
  7. dibuat cucr badak jadiknya kawan tu...

    BalasPadam
  8. Inilah yang dikatakan "Belaan makan tuan"....

    BalasPadam
  9. @zella y
    W_salam..
    sibuk juga Zella
    terima kasih singgah
    dan komen di sini..
    moga anda pun sihat
    dan dah makan ye..

    BalasPadam
  10. @tips
    Kerana kecomelan Blue Hyppo
    jangan di sangka Hyppo sebenar
    comel..he he

    BalasPadam
  11. @wachak
    W_salam Bro..
    National Geographic dulu
    ada menyiarkan kisah seekor
    ular sawa belaan nyaris memakan
    anak seorang tuannya ketika
    beliau sedang tidur

    BalasPadam
  12. saya bela virus ni je cukup lah, hahaha
    besar kosnya!

    BalasPadam
  13. Salam Zul bak kata pantun...
    Jinak2 merpati dikepong2 pun lari...
    Jinak2 si kucing dimanja dicakar jua...
    Jinak2 badak membawa maut :(

    BalasPadam
  14. dah tak pasal2 maut kan...

    BalasPadam
  15. kalu mint sushnya nak asak kt telinga yg tu bhya huuu

    BalasPadam
  16. pelik2 manusia ni kan...

    BalasPadam
  17. Bela kucing pun ada risiko untuk orang yang ada Asma dan ibu mengandung.

    BalasPadam
  18. @akuanakpahang

    Setuju sangat dengan koi
    perumpamaan aok tu Yassin

    BalasPadam
  19. @akubiomed

    Saya membandingkan antara
    dua haiwan yang di atas..
    antara kucing dan badak air..
    kalau ada kemungkinan lain..
    sebaiknya jangan bela binatang
    kalau kita ada alahan.bahaya
    boleh membawa maut secara diam

    BalasPadam
  20. @aku HIV positif

    Saya simpati dengan penyakit
    saudara..harapan saudara
    selalu tabah dengan dugaan
    besar Allah itu

    BalasPadam
  21. Assalam...
    A'a, baik bela kucing. Tapi saya lebih suka bela kucing kampung je, boleh tolong tangkap tikus. Kalau nak hilang pun, tak mengapa...hehe..

    BalasPadam
  22. huhu...memacam ragam mat saleh ni...mungkin dia nak sesuatu yg mencabar kot..

    BalasPadam
  23. huhu...risiko tinggi bela badak air...bela kucing komfem manja kan :D

    BalasPadam
  24. salam..
    macam2 la manusia skank.. kononnya nk cari kelainan la tu.. kalau sama nnti takder publisiti plak.. huhuu..

    BalasPadam
  25. salam
    kesian2
    aku bela kucing je
    semalam dah dapat 'cucu' 2 ekor
    hehe

    BalasPadam
  26. Sedih jua tu ... apahal badak air tu ... mengamuk ? ... mungkin ada sebab kot ... Betul juga kata Zulkbo tu ... kalau nak bela haiwan biarlah yang tak bahaya ... kalau haiwan tu mengamuk pun tak derlah sampai mati, paling kuat pun hilang tangan sebelah je ... hehehehe

    BalasPadam
  27. kadang-kadang bela manusia pun boleh ditetaknya, inikan bela si badak ..

    BalasPadam
  28. @Benjy

    Saya pernah lihat orang bela anak harimau..tapi sejinak harimau..bila besar tetap kena hantar ke zoo juga..jangan buat main..bila dia nak mengawan..mengamuk dia tak dapat.

    BalasPadam
  29. @tehr

    W_salam..
    wahh..tahniah dah
    dapat cucu cicit
    mesti meriah rumah
    he he..

    BalasPadam
  30. @a kl citizen

    Setuju dengan anda..kadang kala
    yang di sangka berakal..nafsu mengalah haiwan ternakan..

    BalasPadam
  31. @adele

    ermm..mesti manja
    macam Adele kan..?

    BalasPadam
  32. mamat Els ni xtengok national geographic ke. buaya pun takut badak air.

    BalasPadam
  33. @Denaihati

    Confirm dia tak
    tengok Bro..nasib!

    BalasPadam
  34. Aduhai..
    aneh betul bila minat jadi macam-macam >_<

    Saya di sini:
    Teratak jiwa

    BalasPadam
  35. betul, sangat setuju baik bela kucing jer..badak air lagi ganas dari buaya...

    BalasPadam
  36. Pernah berpeluang bagi makan badak air ni kat Zoo.. time tu kebtulan time makan.. Badak tu nganga luas,terus lempar makanan.. Gigi tajam..gerun tengok..So, tak mustahil kalau kena baham x selamat dah.. erkk..

    BalasPadam