Salam semua, 11-11-11 bersamaan dengan tarikh 11- November- 2011. Di mana kah anda hari itu? Lebih menarik juga waktunya 11.11 pagi 11-11-2011, ialah pada hari Jumaat, 15 Zulhijjah 1432 Hijrah. Pentingkah tarikh ini pada anda?
Yang pasti saya bekerja pada hari itu. Ketika jam menunjukkan 11.11 pagi pada 11-11-2011, berkemungkinan pada kebiasaannya saya dalam persiapan hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat. Jika sempat saya akan mengadap makan tengah hari dahulu sebelum ke masjid.
Pelbagai misteri di ceritakan di sebalik angka ini, saya pernah terbaca di laman web barat ada yang mengatakan syaitan akan melakukan sesuatu yang besar pada hari itu. Tidak di nyatakan pula apa yang besarnya? Ermm..yang nyata syaitan berada di mana-mana sekarang kan?
Tidaklah saya mempercayainya, tetapi ada di kalangan rakan islam sendiri yang mengatakan hari kiamat akan berlaku pada hari ini. Secara kebetulan juga ye, kerana hari Kiamat setahu saya akan berlaku pada hari Jumaat, wallahualam.
Jadi tidak kiralah apa yang akan berlaku dan akan anda lakukan pada hari ini, tarikh tersebut memang sesuatu yang unik. Rasanya pasti ada orang yang akan mengabadikan tarikh ini dengan peristiwa yang indah untuk di kenang.
Pasti ada yang memilih untuk mengadakan majlis pertunangan mahupun melangsungkan pernikahan pada tarikh ini . Tak kurang juga ada yang ingin berpindah rumah pada tarikh ini agar senang di ingati pada masa hadapan.
Buat pembaca semua, selamat menyambut tarikh bertuah ini. Satu tarikh yang unik, pasti kita tak akan ketemu lagi tarikh sebegini sepanjang hidup kita kan? Jadi hidup mesti diteruskan, selamat maju jaya pada yang memilih untuk memulakan perniagaan pada tarikh ini.
hurmmm...mendebarkan jugak ye?isshhh..minta dijauhkanlah...bnyak dosa saya nih..apa2pon,awl2 kita kena sentiasa bersedia...
BalasPadamMudahnya pengiraan sudah hari hendak kiamat. :-)
BalasPadamAssalamualaikum En Zul,
BalasPadamSalam Aidil Adha,
memang unik tarikh tersebut,
seratus tahun sekali saja,
kita akan jumpa tarikh itu,
Syaitan ni memang ada dimana2 saja,
dan kiamat kecil sentiasa terjadi,
setiap detik dan setiap saat.
Tarikh lahir saya juga seratus tahun sekali,
10-10-10, tahun lepas..hehehe..
Wassalam.
salam..
BalasPadamsetahu sy, kalau hari nak kiamat, kita sendiri tak tahu bila ia akan terjadi sbb masa tu dah tak ada org yg beriman langsung..apapun, tarikh ni mmg unik :D
SALAM,
BalasPadamBERSERAH KEPADA ALLAH SWT. HANYA ALLAH YANG TAHU
Tarikh unik. Tapi kalau bercakap pasal kiamat, barat lah yang selalu melebih2 sejak dulu lagi.
BalasPadamMaka jangan lah kita lupa dan alpa pada tanggung jawab kita..
BalasPadamcantiknya tarikh itu.. Jumaat hari best untuk berdoa.. :-)
BalasPadamtarikh tu adik ipar saya nikah.. kena tolong lah apa yang patut..
BalasPadamBila kiamat diluar pengetahuan manusai Allah sahaja yang mengetahuinya yak...
BalasPadammalas nak pikir...anggap je sebagai tarikh...
BalasPadamsama lah kita sembahyang jumaat 11.11.11 nanti...ekekek
Yang pastinya angka ini cukup menarik 11.11 am 11-11-11. Rasanya itu cerita2 aje kerana tak kanlah syaitan tu nak tunggu 11-11-11 baru nak buat hal ... hari ni pun boleh juga kalau dia nak ...
BalasPadamtu semua x penting
BalasPadamyang penting diri kita adakah bersedia utk menghadapinya?
kiamat kecil tu yg pasti dtg bila2 je
yg penting kita persiapkan diri kita
BalasPadamsegalanya mungkin, namun tanda-tanda besar masih belun ujud lagi, wallahualam.
BalasPadamAssalam..
BalasPadamMemang unik tarikh tu...dan yang paling unik adalah tahun ini.
Wallahualam.. Hanya Allah yang mengetahui..
BalasPadamPost Terbaharu Saya - Mitos Rokok Elektronik
Kalau macam tu nak mintak maaf ngan zulkbo siap2 la ya :)
BalasPadam~klcitizen~
minta maaf kalau ade salah dan silap. huhu
BalasPadamerm... mudah2an masih diberi ruang dan peluang oleh Dia untuk bertaubat sebelum dijemputNya... :D
BalasPadamassalam zulkbo
BalasPadamHanya Allah yg mengetahui. Jgn di ramal menggunakan nombor ni. Bahaya. Bleh tergelincir akidah
tarikh nih ramai yang ambil untuk majlis perkahwinan... huhu.. pasal kiamat tuh tak tahu menahu..
BalasPadam11 - 11 - 11 = -11
BalasPadamtidak kah anda terpikir bahawa
12 - 12 - 12 = -12 juga ?
renung2 kan lah dan selamat beramal.
kiamat tuhan saje yang tahu :)
BalasPadamnie semuakan ketentuan Allah.. Allah yg mencipta bumi dan alam2 di darat & laut. So, kte doa sje laa pde -Nya agar tiada ape2 pun berlaku
BalasPadam