Salam semua, baru sahaja selesai pembentangan Belanjawan ( Budget) Negara Malaysia 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen sebentar tadi. Budget yang benar-benar mesra rakyat, antaranya pemberian bonus setengah bulan gaji lagi buat kakitangan awam serta pemberian subsidi RM 200 kepada pembelian buku-buku buat pelajar di Institut Pengajian Tinggi.
Yuran persekolahan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah kini adalah percuma dan setiap pelajar di peruntukkan pemberian RM100 seorang sebagai kos sara hidup setahun. Ermm..satu yang mengejutkan semua pihak termasuk saya sendiri. Di sini sesiapa yang mempunyai anak ramai, agak beruntung kerana dapat mengurangkan beban mereka dalam zaman yang serba memerlukan wang kini.
Satu yang paling saya suka sekali, apabila kerajaan memperuntukkan RM 500 setiap isi rumah yang berpendapatan kurang RM 3000 sebulan. Walaupun saya mungkin tidak tersenarai, tetapi di sini kita nampak, rakyat yang pendapatan bawah RM3000 sebulan sudah tidak mencukupi untuk menyara kehidupan berkeluarga di masa sekarang.
Kenaikan potongan EPF oleh majikan sebanyak 12% ke 13% adalah satu langkah yang bijak kerana, wang simpanan dalam EPF adalah salah satu simpanan hari tua buat para pekerja semua. Jika pihak majikan di beri pelbagai pelepasan cukai dan kenaikan 1% caruman majikan kepada pekerja sudah cukup membuktikan peranan majikan kepada kebajikan pekerja mereka.
NOTA : Pada anda semua yang ingin mendapatkan teks penuh Belanjawan ( Budget) Malaysia bagi tahun 2012 bolehlah mendapatkan salinan anda dengan memuat turun di SINI.
Bajet denyut nadi rakyat kabornya.
BalasPadambajet PRU tu :)
BalasPadamKoi keje swasta.
BalasPadamseronoknya siapa yg bakal dapat bonus tu. Rezeki2..
BalasPadamsalam
BalasPadamada orang kata bajet gula2 ni
tak tahu la nanti ada kesan kerosakan pada gigi atau tidak
Org keje swasta tengok n dengar jela kn....
BalasPadammemancing ikan
BalasPadam