T-Cafe Jual Nasi Dagang Di Australia



Makanan tradisional Terengganu, nasi dagang bakal menembusi pasaran di Perth, Australia apabila Yayasan Usahawan Terengganu (YPU) membuka kedai makan T-Kafe di sana, awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata, selain nasi dagang, pelbagai jenis lagi makanan tradisi Terengganu akan dijual di sana.

"Kita akan menjual otak-otak, paih, keropok dan lain-lain lagi kerana di sana terdapat ramai orang Melayu yang kita percaya makanan ini akan mendapat sambutan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohamed berkata, di Australia, terdapat lebih kurang 40,000 orang Melayu dan ini satu peluang bagi YPU untuk memasarkan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) keluaran Terengganu melalui T-Kafe itu.

Beliau berkata T-Kafe itu juga akan menjual barangan kraf buatan Terengganu seperti tekstil dan kraftangan serta air roselle selain makanan tersebut.

"Kita tiada masalah untuk mendapatkan bahan untuk membuat nasi dagang kerana beras dan ikan tongkol untuk lauk nasi dagang senang didapati di sana," katanya.(BERNAMA)
NOTA : Nasi dagang adalah kegemaran saya, walaupun saya bukan berasal dari Terengganu. Sebab itu rasa teruja sahaja hendak panjangkan kisah ini, walaupun saya tahu ramai orang Melayu Malaysia yang tinggal di Australia . Belum berkesempatan ke sana, pernah mencadangkan pada Mrs saya untuk bercuti di sana, tapi Mrs saya jenis yang tak suka berjalan, maka selamatlah RM..he he.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Oktober 21, 2011

4 Komen:

  1. blom sampai perth, tapi kalu kat canberra tu memang payah la, pakat makan kebab je...

    BalasPadam
  2. salam
    nampak jauh merantau nasi dagang kita ni
    tahniah kepada yayasan usahawan terengganu

    BalasPadam
  3. Ketika mendapat latihan di Australia dahulu pada hari akhir sebelum balik ke Malaysia kami telah di bawa makan malam di Restoran Malaysia di Australia.

    Alangkah gembiranya kami kerana dapat bercakap bahasa Melayu dengan rakyat Malaysia yang buka restoran di sana. Yang paling best kami dapat masakan asli taste Malaysia :-)

    BalasPadam
  4. Jika ada kemahuan, tentu di situ ada jalan.. Rezeki ada di mana2..

    BalasPadam