Steve Jobs Selalu Memandu Kereta Tanpa Nombor Plate




Selepas kematian Steve Jobs pengasas Apple, pelbagai misteri di ungkap oleh mereka yang rapat dengan beliau. Terbaru menurut Walter Isaacson, penulis biografi Steve Jobs di dalam bukunya, Steve Jobs memandu kereta tanpa nombor pendaftaran (plate).

Kereta Mercedes SL55 AMG bewarna silver ini, selalu kelihatan di tempat letak kereta orang kurang upaya di depan ibu pejabat Apple di California. Persoalannya, bagaimana beliau boleh memandu di jalanraya selama ini dengan kereta tanpa nombor pendaftaran?

Adakah beliau mendapat pengecualian istimewa oleh pihak berkuasa California atau ada sebab yang lainnya? Jika di California, seorang pemandu yang menggunakan kereta baru di kehendaki mendaftarkan nombor pendaftaran kereta mereka dalam tempoh 6 bulan dari masa pembelian.

Menurut Jon Callas, seorang Chief Technical Officer Apple, Steve Jobs  sememangnya selalu kerap menukar kereta dengan model yang sama dan warna yang sama, atas alasan keselamatan dan dalam tempoh 6 bulan tersebut beliau tidak perlu memasang nombor pendaftaran kereta.

Sumber: Yahoo News


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Oktober 29, 2011

10 Komen:

  1. salam.. info menarik ni.. maknanya setiap 6 bulan dia akan bertukar kereta la ya.. wahh mmg hebat lah.. ni mesti segala jenis kereta dia dah naik..

    BalasPadam
  2. tak sempat nak due date daftar plate dia dah tukar kereta lagi..

    BalasPadam
  3. begitulah selalunya org yg ternama dan berjaya
    ade sifat pelik yg menjadikan mereka lebih dikenali

    BalasPadam
  4. Banyak kereta dia ya! ckLah dah 3 kereta gunakan 1 nombor plat yang sama. Tapi, satu kereta satu masa ajelah mampunya...5 tahun baru mampu tukar!(dengan penambahan hutang. Hehe) :D

    BalasPadam
  5. Assalam..
    Hebat la dia,ada pengecualian..

    BalasPadam
  6. Kalau polis saman pun tak timbul kudis..harta tak terkira..

    BalasPadam
  7. salam
    tukar kereta setiap 6 bulan?
    rasanya dia boleh tukar hari2 juga
    huhu

    BalasPadam
  8. setuju, die mampu tukar kereta hari2.

    kalau kat M'sia tempoh 6 bulan boleh daftar, ramai org ambik kesempatan bila kena tahan ngan poilis asyik alasan yg sama je.

    BalasPadam
  9. dia ada banyak kereta ek...tak pasti, tapi mesti ada sebabnya

    BalasPadam
  10. Memang menanti buku biografi Steve Jobs.

    BalasPadam