Salam semua, semalam berakhirlah riwayat pemimpin paling lama di Libya, Muammar Gaddafi yang telah memerintah negara Libya selama 42 tahun. Kematian beliau yang di tunggu-tunggu oleh musuh politiknya kini menjadi kenyataan.
Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia.
Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat.
Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka.
Cuba anda lihat, apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Muammar Qaddafi selama pemerintahan beliau sebelum ini:
1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya.
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba.
4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi setiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.
5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.
7. Tidak ada bil elektrik di Libya.
8. Pendidikan adalah percuma
9. Kemudahan perubatan adalah percuma.
10.Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen perliter.
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain. (SUMBER)
NOTA : Realitinya, manusia terlalu mudah menjadi mangsa tipu daya dakyah barat, tanpa memikirkan kesan jangka panjang dengan bersekongkol dengan mereka (barat). Seperti yang kita ketahui, negara barat menggunakan alasan demokrasi hanya untuk memunggah hasil mahsul sesebuah negara contohnya Iraq selepas zaman Saddam Hussin yang kita saksikan tujuan mereka hanya hendak mendapatkan minyak Iraq sahaja. Dan kita lihat sehingga sekarang, Iraq tak lagi makmur dan aman kerana di perintah oleh sebuah kerajaan yang hanya lebih kepada boneka barat.
tak akan selesai punya mesti pas ni akan mjdi mgsa ngra2 lain pula
BalasPadammanusia bgni tak akan duduk senang pasti dia akan mmbuat onar
BalasPadampagi tadi ada dengar berita ni kat radio....
BalasPadamyg pastinya kemelut org Islam akan terus kucar kacir tanpa jalan penyelesaian
BalasPadamNampaknya berbanding "kebajikan" yang ditawarkan, rakyatnya memilih untuk "berdemokrasi"!
BalasPadamPost Terbaharu Saya - Public Ittikal - Dibuka Semula Untuk Pelaburan Melalui KWSP
kena bunuh ke....
BalasPadamInnalillah....
muammar xbetul tapi barat lgi tak betul!
BalasPadamp/s jika ada masa jemput baca komen2 rakan dalam isu yg en zul komen di blog saya semalam :)
tu le yang sedihnya, orang islam yang terpedaya ikut bersorak bersama-sama yahudi dan nasrani meraikan kejayaan dakyah mereka
BalasPadamtakkan berakhir selagi barat menguasai dunia..itulah kekangannya..
BalasPadamsalam
BalasPadambelum ada negara yang dibina oleh amerika dan nato dapat hidup aman bahagia
amerika mengambil kesempatan diatas revolusi arab dengan memainkan lebih banyak proganda macam biasa untuk menjatuhkan musuhnya, Muammar el-Qaddafi amat dibenci barat bukan kerana kelantangan dia bersuara tetapi kerana dasarnya yang kuat dan kebencian dia terhadap barat dan ekonomi kapatilisme
BalasPadamsalam..
BalasPadambaru saya tahu mana yang benar, mana yang tidak..
sebelum ni agak keliru juga..
Saya menjangka kerajaan yang baru agak goyah dan rakyat akan kesusahan.
BalasPadamrsnye kerajaan baru nanti akan jd mcm iraq...dl pun seblm kejatuhan sadam pun mcm nie jugak propagandanya...tp sampai skrg x kemana pun lg trk dr zmn sadam memerintah...tuk libya nie kalo dia jd mcm iraq pun padan muka dia...ada pemimpin yg lantang n tau uruskan ekonomi dia org sibuk2 sgt nak demokrasi...lps nie byr la interest,byr bil api,blh pajakkan umah n x dpt byr merempat la kat kaki lima...minyak2 dr libya mesti akan disedut keluar oleh amerika n sekutunye...ms mcm nie nanti aku akan kt pdn muka masyarakat libya yg bodoh...cuba lihat mn2 pemimpin yang x nak dgr arahan dr amerika n sekutu akan dichop sebagai pembelot negara n akan disingkirkan dgn cara yg hina...nie semua permainan politik kotor dr amerika n yahudi laknatullah...
BalasPadamI read something from here -> (sorry, don't want to copy paste, n its not my website too)
BalasPadamhttp://www.libyafeb17.com/2011/02/why-do-you-libyans-want-gaddafi-gone-here-are-some-reasons/