Logik Tak Bawa Motor Sambil Dengar Telefon Bimbit?


Salam semua, hari ini ingin berkisah tentang rakyat Malaysia bila di jalan raya. Pernahkah anda jumpa situasi sebegini, penunggang motosikal sambil menunggang motor mendengar telefon bimbit? Orang Malaysia memang unik, terutama bila di jalan raya, tak mungkin ada situasi ini di negara lain.

Sibukkah dia, sampai hendak berhenti sebentar mendengar telefon bimbit beliau itu dan menjawab seringkas mungkin, kemudian kembali menunggang? Saya sendiri kehairanan kenapa ada orang yang sanggup membahayakan diri sendiri malah orang lain di jalan raya jika kemalangan.

Jangan ceritalah kalau bab pemandu kereta mendengar telefon bimbit sambil memandu, sudah sinonim di negara kita ini. Walaupun denda tanpa diskaun RM300 di kenakan jika tertangkap polis, budaya mendengar telefon di jalan raya tetap berterusan tanpa ada rasa bersalah di hati orang sebegini.

Apa salah di pasang, alat bebas tangan atau "hand free" sambil memandu dan mendengar telefon bimbit. Itupun kalau di ikutkan, konsentrasi pemanduan boleh terganggu dengan penumpuan lebih di berikan pada perbualan. Kemalangan boleh berlaku dan sudah tentu akan menyusahkan ramai pihak.


 
MY INSPIRATION




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Oktober 17, 2011

20 Komen:

  1. Penggilan telefon tu lebih penting daripada nyawa agaknya..

    Post Terbaharu Saya - Kata Nama Khas Yang Mengelirukan

    BalasPadam
  2. selalu jumpe~
    org malaysia kan sibuk selalu.. kejar masa
    sbb tu la terjadi perkara tu
    hehee

    BalasPadam
  3. Mat-mat motor tempatan mengunakan telefeon bimbit bebas tangan dengan menyelit telefon tersebut disisi topi keledar :-)

    BalasPadam
  4. Betul tu, orang kita ni, masuk jer dalam kertas, dah jadi habit, terus telefon sana, telefon sini. Masa belum naik kereta kenapa tak telefon puas2 ataupun guna jer, 'hand free' tu.

    Naik motorsikal sambal bertelefon bimbit lagi parah. Tapi yerlah Malaysia boleh.... jadi semuanya bolehlah kiranya...

    BalasPadam
  5. saya pernah jumpa..selamber je mereka kepit kat helmet tu..hehe

    BalasPadam
  6. hiss kalau dgr tepon bawak motor kira ok lagi
    ade trend baru pulak weh
    sms bawak motor huh lagi bahaya
    kome x dpt nak snap gambor ni
    acap kali dah jumpa sms masa bawak tepon ni
    sebab kome ada nak berlanggar dgn budak sms naik motor, punya la geram hissss

    BalasPadam
  7. ntahnya kekadang bukannya clear pon...

    BalasPadam
  8. Handphone dah jadi fenomena sekarang ni, susah mau cerita...

    BalasPadam
  9. salam..
    pernah terkena ngan orang macam ni.. saya tgh drive dan depan saya ada moto.. tuannya sibuk bercakap ngan telefon, topi keleder simpan dalam raga moto.. dah la bawa laju, duk pulak tgh2.. ble kita hon dia marah plak.. saya tak suka main hon tapi terpaksa sbb kete belaakng dah panjang berderet..

    BalasPadam
  10. salam en.zul...
    semoga sihat selalu...
    bz ke??

    hurm...slalu sgt nampak penunggang moto buat mcm tu....selit kat helmet...

    BalasPadam
  11. Salam Zul, Org malaysia kita mmg hebat sambil bawak motor terkadang pun boleh juga balas mesej mmg tak keharuan.

    BalasPadam
  12. slu jer org yg sy kenak buat lagu ni.berklai di ingatkan ingt ywa yg tersyang klu tak sygkan nywa sndi huhu..

    BalasPadam
  13. klu dah terhantk bru sakit aduh ..

    BalasPadam
  14. memang ada jer... termasuklah yang tengah komen nih..hehe

    BalasPadam
  15. Nak kata sibuk sangat dengan business....kadang-kadang budak-budak lagi tu...

    BalasPadam
  16. Assalam...
    rakyat Malaysia ni kan suka buat banyak kerja dlm satu masa...sbb tu la sambil bercakap sambil menunggang/ memandu..

    BalasPadam
  17. salam
    ada yang main sms lagi sambil menunggang
    lelaki perempuan sama je
    memang sangat merbahaya kepada semua

    BalasPadam
  18. bukan org m'sia je, pernah nampak pakistan jual kapet pun sama...he..he.

    BalasPadam
  19. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam