Himpunan Sejuta Umat : Perlukah Kita Hadir?





Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan diadakan pada 22 Oktober di Stadium Shah Alam merupakan satu perhimpunan yang dianjurkan oleh gabungan hampir 1000 badan bukan kerajaan Islam. Ianya diadakan bagi mencapai perkara-perkara berikut:
1-Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

 2-Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
 3-Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

 4-Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
5-Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
 6-Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

NOTA:  Pihak polis telah mengeluarkan permit kepada penganjur Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu ini kerana yakin perhimpunan akan berlangsung dengan aman serta mengikut peraturan yang ditetapkan dalam permit. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata acara itu yang dijadualkan dari pukul 2 hingga 6 petang juga diadakan di dalam stadium dan tidak membabitkan perarakan. Jadi apa kata anda?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Oktober 19, 2011

10 Komen:

  1. msia negara demokrasi...mereka yg nak berhimpun buatlah dgn cara yg sebaik2nye... berhimpun di stadium adalah yg terbaik berbanding di jalanan...tabik utk kdn beri permit

    BalasPadam
  2. apa yang baik aku sokong je cuma terasa kita hanya banyak dok melaong dan terpekik sana sini..tindakan tak ambil pun..no action kata orang putih..

    BalasPadam
  3. realitinya akhlak orang melayu islam teruk tul, kalo berhimpun dengo ceramah agama untuk baiki akidah dan akhlak eeelok juga

    BalasPadam
  4. Jangan pijak padang,nanti rosak rumput.Padang nak guna final Piala Malaysia..

    BalasPadam
  5. sokong orang Muo hehe...dan btol juga kata MD tu....bagi yg ada kelapangan elok hadhir!

    BalasPadam
  6. Mudah2an begitulah. Tak payahlah berhuru hara.

    BalasPadam
  7. sokong MD...

    negeri sembilan gua nak lawan terengganu nanti kat final PM keh3

    BalasPadam
  8. Kalau isinya tak sia-sia, ada baiknya.. tp kalau setakat nak gah dengan jumlah yg dtg tapi xde pengisian hati, sia-sia aje..baik pi kuliah agama :P

    BalasPadam
  9. salam
    jangan ada yang ambil kesempatan
    nak buat kacau nanti

    BalasPadam