Hari Kanak-Kanak Se-Dunia : Mari Hayatinya



Salam semua, tiada yang lebih indah melainkan zaman sekitar menjadi kanak-kanak. Zaman di mana, semua kebergantungan kepada ibu dan ayah. Apa yang kita ketahui zaman ini bangun tidur, makan dan main sahaja. Bila perut lapar kita menangis, minta di manja ibu dan ayah, berlari ke sana-sini bermain pelbagai permainan. Maka, bila dewasa kini, anak-anak kita pula menggantikan tempat kita. 

Kasih sayang kita kini, ditagih mereka pula saling tak tumpah seperti kita kecil dahulu. Jadi, kasihilah kanak-kanak  seperti yang sepatutnya, kerana mereka insan yang lemah dan perlukan tunjuk ajar dari anda. Sempena hari kanak-kanak sedunia yang di sambut setiap tahun pada bulan Oktober, mari kita hayati mengapa hari ini di sambut setiap tahun di seluruh dunia.

Latar Belakang

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).


Objektif Sambutan

Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober


Lagu Tema Hari Kanak-Kanak SeDunia 
di dunia ini
kau berikan kami
pengertian, perlindungan
tidak kenal bangsa atau rupa
semua tidak berbeza

dipersada kini
kau teguhkan kini
perpaduan, kedamaian
kami tersenyum, kami gembira
hilang duka dan derita

curahkan belaian mesra
berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cinta
sesama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang

Yang Maha Kuasa
restuilah hamba
ketenangan, keyakinan
tabah menjalani perjuangan
dengan penuh keazaman



Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Oktober 16, 2011

6 Komen:

  1. any Sabtu? oooo... hehe! saya pon kanak-kanak! (>.<)

    BalasPadam
  2. salam
    kanak2 juga ada hak di dunia ni
    sedih bila tengok mereka dipergunakan untuk mengemis

    BalasPadam
  3. human trafficking - child abuse - kid slavery : moga Hari Kanak-Kanak sedikit sebanyak memberi ruang dan peluang kpd dunia utk turut sama menyedari akan keadaan dahsyat ini...

    BalasPadam
  4. rindukan zaman kanak2 dahulu.. walaupun melalui kesukaran hidup.. tetapi tetap ceria kerana masih belum mengerti apa2..

    BalasPadam
  5. Kalau tidak silap semasa kecil dahulu ada anugerah Hang Tuah untuk kanak-kanak tapi tidak pasti masih ada lagi anugerah tersebut

    BalasPadam
  6. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam