Gambar Sekitar Gempa Turki 23-Oktober-2011 : Ramai Terkorban



Panik dan ketakutan menyelubungi mangsa ketika gempa 7.2 magnitud di timur Turki mengorbankan 138 orang setakat ini, apabila banyak bangunan runtuh.

Angka korban dijangka meningkat ketika anggota penyelamat giat mencari mangsa di bawah runtuhan dan tiba di kawasan perkampungan. Gempa bumi itu melanda pada 1.41 petang (1041 GMT)

Puluhan ribu orang meluru keluar ke jalan raya untuk menyelamatkan diri sambil menjerit atau cuba menghubungi sanak saudara menerusi telefon ketika bangunan pejabat kediaman retak atau runtuh.

"Ramai terperangkap di bawah runtuhan. Mereka sedang menderita," kata Datuk Bandar Daerah Celebibag, Veysel Keser.

Celebibag terletak berhampiran kawasan paling turuk dilanda bencana itu, Ercis, berhampiran sempadan Ran dan antara zon gempa bumi. - AP








SUMBER: National Post ,Reuters, AP



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Oktober 24, 2011

12 Komen:

  1. turki letak di tengah2 kawasan gempa..antara asia & europe...simpati pada mangsa..

    hujung tahun cmno eh nak pi turki..huhu

    BalasPadam
  2. peringatan untuk kita semua juga... moga mereka tabah hadapi dugaan Allah

    BalasPadam
  3. Teruk kemusnahan yang melanda negara Turki. :-(

    BalasPadam
  4. innalillahi waina ilaihirojiun...

    BalasPadam
  5. Allah Hu Akbar..
    petanda bumi ini milik Tuhan..

    BalasPadam
  6. salam isnin
    sebenarnya kt mana kita duduk tak slmt huhu.benda klu nak berlaku kat mana2 jer huhu..bila plat bumi bergerak, letusa gunung brpai semua kemungkinan blh berlaku huhu.

    BalasPadam
  7. dunia musnah akibat tangan2 manusia juga..

    BalasPadam
  8. dan manusia itulah akan menanggung akibatnya

    BalasPadam
  9. Kuasa Allah tidak dapat kita halang. Dunia semakin menjadi2
    bencana alam namun mereka masih tamak mengejar harta dunia dan menghancurkan umat Islam....

    BalasPadam
  10. Salam Zul, Pasti ada hikmahnya tersendiri dan Allah lebih mengetahui.

    BalasPadam
  11. salam
    memang peringatanNYA sentiasa ada di mana2
    turki ni anggota NATO ni

    BalasPadam