Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.
Bantuan "one off" atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.
Awang Adek berkata kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,".
Awang Adek berkata LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.
Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri. "Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa," katanya.
Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan.
Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama. Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.
“Soal isi rumah…seorang, tetapi sudah bekerja dan bayar zakat sendiri, saya rasa dia layak. Namun, ini kita akan pastikan kemudian dan masukkan dalam isu-isu yang perlu diperjelaskan,” katanya.(BERNAMA)
NOTA : Rezeki jangan di tolak, orang memberi kita merasa. Realiti negara kita memang kaya, kan ke molek jika tiap-tiap tahun pun begini. Harapan tiada berlaku penipuan pada pengagihan wang bantuan ini nanti dan juga tiada berlaku kenaikan secara drastik harga barang-barang keperluan pengguna pula nanti. Jadi tiada guna pula mendapat bantuan, jika harga barangan melambung naik dan hanya peniaga yang merasai faedahnya.
Yang pasti memang akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan..
BalasPadamMaklumlah "Rakyat" dapat bonus!
Post Terbaharu Saya - Bajet 2012 - Dari 12% ke 13%
yang layak pergilah memohon tetapi yang tidak layak jangan pula buat2 layak huhuhuuhh....
BalasPadamOrang kerajaan je ke dapatnye...
BalasPadamkena istihar harta kat lhdn dulu, tenguk tenguk terlebih RM 3 ribu. abis tu kita kena bayar cukai dululah...
BalasPadamtak banyak mana 3000 kalau seisi rumah tu...patutnya dasar setiap seorang la...
BalasPadam@ Nizam
BalasPadamsemua rakyat khabarnya..
janji berdaftar dengan
LHDN dan berpendapatan
kurang dari RM 3000
seisi rumah sebulan.
tapi belum dpt apa2 dah naik semua harga
BalasPadamcamner yek...
buruk siku betoii
Hurmmm..dptnya bantuannya rm 500 je tp kenaikan mcm2 brg skrg ni mengalahkan apa jer.
BalasPadamSo, dpt rm 500 pun tak memberikan apa2 kesan pun pd rakyat golongan bawahan!!
Setuju dengan lagenda , RM500 tidak memberi apa2 kesan pun kepada rakyat.. terutama golongan bawahan..
BalasPadamehehehe..mestilah ada yg ambik kesempatan....
BalasPadamSAYA PENCEN 60 LAH JAWABNYA JIKA SIHAT....ALHAMDULILLAH.
BalasPadamSAYA PENCEN 60 LAH JAWABNYA JIKA SIHAT....ALHAMDULILLAH.
BalasPadamsy tak berani nak op ke umur 60.. selalunya kalau ada benda baik yg diberi, pasti ada benda sebenarnya yg ditarik. kita tak perasan. cth macam cuti bersalin 90 hari. sebenarnya jumlah cuti 300hari sm spt dulu cuma dibenarkan ambik 90hari pd sekali bersalin.
BalasPadamSalam,
BalasPadamBestnya boleh dapat bantuan RM500 tu, suami sah2 tak boleh dapat bantuan tu, sebab dia kena pendapatan bawah 3K sebulan kan?
www.yanmieonline.com
dari tak kena cukai .. akhirnya kena cukai ... nak 500 je ..
BalasPadamkalau istihat mmg ada rm3k tapi yang nak di tanggung tu bukan takat satu rumah agak2 layak tak memohon. :) tanya ajjee...
BalasPadam*istihar (typo error ;)
BalasPadamSusah juga tidak ada mekanisma untuk mengangihkan RM500
BalasPadamDapat 500 pun jadilah drpd x dpt langsung..brg naik harga nak buat camana ..semua pun kena tp x semua yg merasa 500 tu kan...bersyukurlah.
BalasPadamSalam Zul, satu perkabaran yang di nanti2 oleh rakyat.. betul saya sokong jangan ada penipuan... permatauan cermat perlu dilaksanakan.
BalasPadamkurang beban kluga yg hdup besederhana.pling bagus masa depan, mkn minum pendidikan anak2 mrka akn terjamin tak gtu bro?
BalasPadamayuh mana yg kurug mmpu sahut cabaran ini
BalasPadamutk yg betul2 memerlukannya, mmg elok diberikan..
BalasPadamermmmmmmmmmm bonos
BalasPadamharap2 tk de lah yang main kabel2 pula nanti..
BalasPadamdah di kasi ambik jer.. isu harga barang naik rasanya bukan alasan... rm500 tu macam2 boleh buat... buat modal niaga air sirap tepi jalan ok jugak... kan dah lebih rm 500 boleh dapat... sekadar pendapat...
BalasPadamsalam
BalasPadamayam dah naik harga, bro
yang lain2 akan menyusul dengan kadar segera
huhu
Peluang untuk kita merancang masa depan. Walau nampak sedikit jika bijak menggunakannya ditempat yg betul pasti wang tersebut tak habis malah berterusan.
BalasPadamMACAMMANA PULA PENDAPATAN NYA .. RM3001.00 TAPI ANAK SEKOLAH 7 ORANG .... TAK DAPAT PULAK ... CAM NA TUUU ... TAK ADIL LAHHHHHH
BalasPadam