Amalan menuntut pusaka dengan mendaftar masuk (log in) ke sistem komputer bakal menjadi amalan lazim satu masa nanti, apabila semakin banyak kata laluan Internet dimasukkan ke surat wasiat.
Hasil kajian itu diterbitkan ketika ramai pengguna menyimpan pelbagai barangan berharga, termasuk filem, video dan muzik, dalam dunia maya melalui pelbagai perkhidmatan seperti Hotmail, Facebook, iCloud dan Flikr.
Hampir satu pertiga menganggap, nilai itu memadai untuk diwariskan kepada orang tersayang dan 11 peratus pula sudah menuliskan kata laluan Internet mereka dalam wasiat masing-masing.
Tanpa kata laluan dalam wasiat, semua harta berkenaan akan hilang. Kajian menunjukkan, 25 peratus daripada 2,000 orang dewasa menyimpan harta mereka yang bernilai lebih 200 Pound Sterling (RM986) di dalam talian.
Kajian itu dilakukan syarikat komputer Rackspace, mendapati 53 peratus responden menyimpan “harta” dalam perkhidmatan Internet. Rackspace juga menganggarkan warga Britain mengumpulkan kira-kira RM11.3 bilion wasiat digital setakat ini.(DM)
NOTA: Ada logiknya juga pada sesiapa yang selalu menggunakan perbankan online, agar segera mewasiatkan kata kunci ke laman web bank anda, contoh Maybank2U atau sebagainya. Ini memudahkan pembahagian harta, dan bagi saya sendiri setakat ini tidak mempunyai harta yang di simpan di laman siber untuk di warisi oleh kaum kerabat apabila saya tiada lagi (kecuali blog ini). Bagaimana dengan anda? Segeralah menulis wasiat anda itu, kerana mati datang menjemput tanpa kita ketahui bila masa dan ketikanya.
menarik info ni.
BalasPadamt kasih en zul :)
kome kalau setakat nak wasiat login tu adalah tapi isinye x de
BalasPadaminfo yg menarik tq
Betul kalau ada bender yang mana mungkin jadi rebutan pihak lain elok juge diwasiatkan... koi setakat tak de bender yang boleh jadi rebutan kalau ada sikit2 moga deme reti membahagikan sesama sendiri esok yak :)
BalasPadamSaya dan Ajman pernah membincangkan hal ini. Bayangkan blog yang memberi sumber pendapatan bagaimana hendak diwariskan kerana di Malaysia tidak ada lagi mekanisma wasiat harta siber. Bagi pasangan yang mempunyai akaun siber sudi berkongsi login id dan kata laluan kepada pasangan mereka?
BalasPadammmg byk kebaikannya..risau nnt kalau kita pergi..tak ada yg tahu password..hehe..stkt ni belum fikir utk mewasiatkan apa2..
BalasPadamsalam
BalasPadamboleh juga kalau nak wasiatkan blog
tapi macam tak ada nilai je
hehe