Belanjawan 2012 Untuk Semua Rakyat Malaysia : Online Live Streaming




Salah satu perkara yang dinantikan ramai hari ini adalah pengumuman Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri kita, Najib Razak. Menariknya, selain daripada Twitter, kini saluran televisyen utama negara, RTM telah pun menyediakan sebuah halaman khas untuk para pengguna mengikuti siaran langsung Belanjawan 2012 terus melalui web.Ia dilihat yang mana RTM telah pun mula menguji halaman tersebut dengan menyiarkan siaran RTM1 terus melalui web. Menariknya, halaman tersebut turut sama dioptimasikan untuk para pengguna peranti iOS, dengan sebuah halaman khas disediakan untuk pengguna tersebut.
Belanjawan 2012, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, disifatkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "satu Belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia".

Menekankan pendekatan inklusif kerajaan, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata akan terdapat lebih ramai yang akan menikmati manfaat dalam Belanjawan sederhana dan berhemah pada tahun ini.

Intipatinya akan termasuk dasar-dasar baharu untuk menangani kos kehidupan dalam waktu-waktu sukar dan pada masa yang sama mengekalkan pendekatan bertanggungjawab daripada segi menjamin kedudukan fiskal dalam menguruskanekonomi.

"Belanjawan ini adalah mengenai kerajaan mengotakan janji-janji kami untuk menjamin keadilan sosial dan pada masa yang sama memastikan negara kita berada di landasan ekonomi yang kukuh yang akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan jangka panjang untuk semua.

"Ini merupakan Belanjawan transformasi yang sebenar untuk semua rakyat Malaysia, iaitu yang akan menentukan hala tuju kita ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi," kata Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya sebelum pengumuman Belanjawan, hari ini.

"Selaras dengan prinsip 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan - saya memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan defisit, tetapi tidak akan berbuat demikian dengan mempertaruhkan kebajikan rakyat biasa," katanya.- BERNAMA

NOTA : Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar hari ini, kenaikan harga barangan pengguna dan kos sara hidup yang semakin tinggi menjadikan kita semakin miskin. Kenaikan gaji di sektor swasta menunjukkan ke arah yang negatif dan saya sendiri merasainya, kalau hanya berharap pada pendapatan dari hasil duit gaji bulanan. Harapan budget yang akan di bentangkan nanti bukanlah satu retorik belanjawan 'gula-gula' pilihanraya, tetapi benar-benar dapat menjana kembali ekonomi negara dan semua golongan masyarakat merasai faedahnya. Dapatkan teks penuh Belanjawan ( Budget) 2012 di SINI.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Oktober 07, 2011

5 Komen:

  1. Ade live streaming pun kalau liputan
    internet kat MAlaysia ni masih pd tahap
    sama x guna gek...Hrap2 mende ni pun diberi penekanan...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Kita yang duduk di Malaysia ni ada baiknya tengok TV jer...melainkan mereka yang jauh di luar negara

    BalasPadam
  3. salam
    dengan broadband cap siput ni
    payah la nak tengok secara live streaming, bro
    nampak gaya kena ngadap tv gak ni

    BalasPadam
  4. Koi jarang nengok bajet2 ni.Mudoh tido weh....Esok tengok surat kabo je la.

    BalasPadam
  5. Disebabkan oleh kenaikan harga barang yang membebankan rakyat maka wujudlah Kedai Rakyat 1Malaysia yang diilhamkan sendiri oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.

    BalasPadam