Seharusnya Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram, Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait,sebenarnya mempunyai sentuhan anak Malaysia. Wan Nazri Wan Aria, 31, merupakan jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.
Katanya, menara itu memerlukan 'lightweight steel structure' untuk menyokong jam gergasi itu, dan di sini kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar dari syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab itu.
Uniknya, 14 tenaga pakar dari Premier Composite Technology itu juga terdiri daripada kumpulan anak muda dari Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia yang datang ke sini untuk mengerjakan haji dan umrah.
Dengan ketinggian 601 meter, ia merupakan menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara-menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.(Bernama)
NOTA : Satu kebanggaan buat beliau dan negara Malaysia amnya, bilalah berpeluang ke sana melihat dengan mata kepala saya sendiri keindahan jam gergasi tersebut?
hebat anak tempatan
BalasPadamInsya Allah akan sampai jua ke sana
Assalam...
BalasPadamMoga2 suatu hari nanti En. Zul dapat ke sana...Amin..
Assalamualaikum...
BalasPadamMoga saudara sihat hendaknya..
Sewaktu saya di sana dulu jam tu belum ada lagi..
siapa kata anak malaysia tak hebat...cuma selalu x di beri peluang di tanah air sendiri...sedangkan di luar negara bakat mereka lebih dihargai
BalasPadamDiberi peluang dan kepercayaan InsyaAllah oranv kita boleh buat ma am org lain jugak.
BalasPadamTeringin juga nak melihatnya.
Antara kejayaan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia :D
BalasPadamInsyallah satu hari nanti akan dapat melihatnya dengan lebih dekat.
Post Terbaharu Saya - Kata Nama Khas Yang Mengelirukan
Cuma harap2 apabila dah terkenal, jgn lupa diri sudah le...
BalasPadamPernah dengar tentang juruteranya dari Jerman, anak Melay rupanya. Bangga...
BalasPadambukti anak Malaysia turut cemerlang di dunia..
BalasPadamharap ramai lagi individu seperti ini..
salam
BalasPadambukan hanya menara jam je, bro
keseluruhan bangunan juga sangat cantik
insya-allah kita akan dapat melihatnya nanti
salam..
BalasPadambangganya menjadi anak malaysia sbb anak2 malaysia semua berbakat.. memang cantik bangunan tu..
insyaAllah, sama2 kita doakan moga niat yg baik akan dipermudahkan.. aminn..
Salam en Zul..
BalasPadambangga kita bila ada anak malaysia yg menyumbangkan tenaga dan kepakaran dlm sesuatu yg membanggakan bangsa...
Sudah tentu ia menjadi kebanggaan apabila anak Malaysia di persada antarabangsa
BalasPadamorang melayu memang kreatif cuma banyak yang dihalakan pada tempat yang tak sepatutnya
BalasPadamhehe..nama abgku ade trcatat.. tahniah along..! :)
BalasPadam