Yang Perempuan Bolehlah Mencuba BURKINI




Kini wanita muslimah tidak lagi perlu gusar untuk aktif dalam aktiviti berenang. Bikini yang disebut sebagai "burkini" membolehkan wanita muslimah menikmati waktu santai di pantai. Burkini, dibuat dari kain UV dan polyester yang kalis air. Ia meliputi seluruh badan kecuali kaki, tangan dan muka.

Seorang pereka Australia, Aheda Zanetti, memperkenalkan produk ini ke Eropah, Britain, Amerika Syarikat, Asia dan Timur Tengah. Zanetti menghasilkan Burqini setelah melihat wanita Islam semacam hilang minat untuk bersukan air kerana kod berpakaian mereka yang mendedahkan aurat sebelum ini.






NOTA: Nah, sekarang wanita muslimah tiada lagi alasan untuk berpakaian menjolok mata ketika berenang di pantai mahupun di kolam renang. Baju mandi sudah sinonim dengan keadaannya yang  menjolok mata dan terlalu mendedahkan aurat. Sebagai seorang muslimah, menjadi tanggung jawab anda memelihara aurat  walau di mana jua berada.  Selamat mencuba, beriadah sambil beribadah :)



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, September 15, 2011

16 Komen:

  1. setuju.sekurang-kurangnya mereka punya peluang untuk berenang

    BalasPadam
  2. mende ni dah okey, bagus gak tapi Gua rasa kena diperbaiki lagi design die...

    BalasPadam
  3. salam...

    sebenarnya ada je tempat renang yg khas utk wanita supaya terjaga batasan aurat.. memang lah rasa mcm tak aci je wanita Islam tak dapat merasa berenang di tempat awam mcm pantai ke, sungai ke..tp hikmahnya ,Allah jadikan wanita itu sempurna sifat malunya.. jadi sayanglah kalau hari2 biasa elok berlitup, time mandi manda, nampak plak bentuk badan yang menggiurkan tu..

    juz my 10 cent :)

    BalasPadam
  4. Salam Zul, satu pilihan yang bijak utk kaum muslimah kita sekiranya ingin beriadah sama.

    BalasPadam
  5. Islam tu mudah jgn kita mneyusahkan

    BalasPadam
  6. Assalam...
    Lama tak mai sini...dah bercat baru rupanya...bertambah seri....
    Elok la ada alternatif lain, tak la kumpul byk dosa bagi yg berpakaian tak cukup kain sebelum ni..

    BalasPadam
  7. salam en.zul...
    semoga sihat2 selalu...
    esk cuti x?? heheheh


    btul tu...bkn sj dpt menjalankan aktiviti dan menutup aurat sekali...

    BalasPadam
  8. salam..
    bagus la dah ada alternatif tuk kebaikan semua...
    aktiviti dapat di lakukan, aurat juga dapat di jaga..

    BalasPadam
  9. pic last tu nampaknya kena ciptakan juga pakaian untuk lelaki...

    BalasPadam
  10. Sekarang ckLah tak aktif berenang lagi. Masa zaman budak memang saaaaangat aktif. Pakai seluar katuk je, berenang di sungai dan parit. Hehe

    BalasPadam
  11. Burkini nih dah lama di cipta since 2 years back
    harganya sedikit mahal berbanding bikini..

    Memang selesa memakai dan tak risau kalau ada org pandang
    tak luak dan tak nampak apa pun.. lg satu syok jer masa
    snorkeling atau diving biasa... hangat jer badan

    BalasPadam
  12. Siapa kata aktiviti Muslimah terbatas selagi menjaga aurat boleh sahaja

    BalasPadam
  13. sy tak pandai berenang..asal masuk air mesti tenggelam..tak pandai nak mengapungkan badan..huhu

    em, skrg ni mmg tak ada alasan lg muslimah utk tak bersukan sbb dah byk pakaian yg menutup aurat yg memudahkan wanita utk bersukan :)

    BalasPadam
  14. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  15. salam;
    yalah islam tu mudah, yang penting akur dengan syara' n hukum hakam nyer, laksanakan yang wajib tinggalkan yang haram. tidak menyusahkan malah membantu masuk syurga.

    BalasPadam