Yang Berbau Cuba Atasinya



 
Salam semua, betul ke orang kata kalau bau badan sendiri kita kata wangi melainkan orang lain yang menghidunya akan menilai kita.? Bau mungkin berbeza antara seorang individu dan individu lain. Apa yang kamu bau sebagai wangi, mungkin berbau busuk menurut rakan-rakanmu. Jadi, kamu harus lebih peka terhadap persekitaran dan gunakan tip-tip berikut:
  • Tukar baju dengan kerap dan jangan biarkan baju basah mengering pada tubuh kamu. Bawa pakaian ekstra sekiranya kamu akan bersukan.
  • Pakai baju yang longgar diperbuat daripada bahan yang ringan. Ia akan mengelakkan kamu banyak berpeluh.
  • Mandi dengan kerap. Jika kamu mandi sekali sehari, ia tidak mungkin mencukupi. Mandi sekali pada waktu pagi dan petang. Ia akan membuatkan kamu berbau wangi dan segar.
  • Gunakan deodoran dan kolon wangi. Kolon yang berbau ringan boleh disembur dengan jumlah sedikit. Jangan over sembur sampaikan sakit hidung dibuatnya!
  • Gunakan deodoran dan semburan kaki yang wangi. Ia berguna untuk mengelakkan bau kaki yang busuk. Soda penaik juga boleh menyerap lembapan dengan baik. Kamu boleh memilih untuk menggunakannya sekiranya kamu tidak berpeluh banyak.
  • Basuh baju kamu dengan sabun yang wangi. Biar ia kering sepenuhnya sebelum pemakaian. Ia akan memberikan kamu bau wangi dan bersih sepanjang hari.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, September 01, 2011

9 Komen:

  1. selalu jumpa org camni kalau masuk dlm lif bau kusss semangat macam nak pitam weh
    tapi dia selamber je

    BalasPadam
  2. jika badan berbau rasanya tuan badan mesti dapat bau:)...atau mungkin buat tak kisah.Sekarang ni macam macam pewangi ada dijual kat kedai...ada yg mahal dan ada yang murah..jadi tepuk dada tanya slera lah ya:)

    BalasPadam
  3. Common sense je semua ni tapi masih orang abaikan. Malas.

    BalasPadam
  4. Salam Zul, Moralnya kena berwangi-wangian sikit baru suasanan ceria yak :)

    BalasPadam
  5. salam cik zul..
    em,bg sy kita sendiri tahu macamana bau badan kita..jadi,bersiap siagalah..jgn smpai org melarikan diri..huhu

    BalasPadam
  6. macam2 cara ada tapi ada juga segelintir yang buat tak kisah. Memang tak tahan dibuatnya..

    BalasPadam
  7. SALAM SYAWAL,
    BUAT JANGAN TAK BUAT ! TAK KIRALAH YG BERBAU SEMACAM ATAU YANG TAK BERBAU KOSONG MACAM !

    BalasPadam
  8. salam, selamat hari raya..

    BalasPadam
  9. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam