Tektik Terbaru Penyamun : Sembur Tayar Keluar Asap





Salam semua, ada satu tektik terkini penjenayah dalam usaha mereka hendak memberhentikan seseorang pemandu itu, dengan sedaya upaya menarik perhatian anda agar memberhentikan kenderaan dan keluar dari kenderaan anda. Kerana ini sebenarnya niat asal mereka sebelum merompak anda.

Penjenayah kini nampaknya selalu mengkaji kelemahan mangsanya. Sila berhati-hati apabila ada kenderaan yang menghampiri semasa anda memandu seorang diri dalam kereta. Penjenayah akan menyembur satu cecair ke arah tayar anda yang menyebabkan berlakunya kepulan asap kecil.

Apabila anda menghadapi keadaan itu, sila jangan panik. Bertenang dan tidak sekali-kali cuba segera memberhentikan kereta anda untuk memeriksa apa yang sedang berlaku. Ini adalah niat yang sengaja dicipta oleh pencuri ini untuk mendapatkan perhatian anda sebelum merompak anda.

Sebaik sahaja anda keluar dari kereta anda, mereka akan merampas barang-barang kepunyaan anda atau mungkin mendatangkan mudarat kepada anda. Oleh itu, jika anda  menghadapi situasi ini, sila memandu ke tempat yang selamat di mana khalayak ramai atau stesen minyak. Bagi kotoran itu pula,  hanya gunakan air untuk membersihkan.

Sila peka dan berjaga-jaga demi keselamatan anda sendiri, terutama kepada kaum wanita yang memandu sendirian di luar sana. Apa yang berlaku pun, cuba jangan keluar dari kereta anda sendirian. Ini adalah satu kes senario yang sebenar berlaku sebelum ini.

NOTA: Sumber asal dalam bahasa Inggeris yang telah saya terjemahkan dari laman sesawang Persatuan Pengguna Islam Malaysia.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, September 14, 2011

23 Komen:

  1. haishhh... mcm2 kes skrg berlaku..
    apa nak jadi dgn rakyat Msia.. adakah
    ini satu permainan mereka........ tetttttt

    BalasPadam
  2. macam-macam cara nak buat jahat..tapi kalau kereta dan berasap risau pulak kalau tak berhenti takut kalau betul ada masalah pada kereta.

    BalasPadam
  3. Macam-macam taktik untuk malakukan jenayah sekarang ni..

    BalasPadam
  4. tak tau le nak kata apa, sekarang ni jenayah semakin teruk macam da tak dapat dikawal..
    apa agaknya cara penyelesaian pihak berkuasa supaya kes jenayah di negara kita ni dapat dikurangkan..

    BalasPadam
  5. mereka nih malas, kerja nak senang je.

    BalasPadam
  6. Salam sahabat
    Terima kasih berbagi info ini.
    Ngeri betul dengan keadaan ini

    Sejahtera hendaknya seisi keluarga tuan rumah

    Umi

    BalasPadam
  7. Habih care deme gune yek.Berhati2 lah weh....

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Manusia semakin rakus...terima kasih untuk info ini..

    BalasPadam
  9. salam dan selamat pagi Zul...terima kasih untuk pesanan yg sangat berguna niEntah lah macam macam cara untuk merompak sekarang ni.Kadang kadang kita tak terfikir cara yang mereka gunakan:(

    BalasPadam
  10. asssalamualaikum,
    makin canggih blog ni nampaknya...

    kdg2 jadi tak terkata dgn pelbagai jenis ragam dan fitnah dunia akhir zaman

    BalasPadam
  11. Salam Zul, terima kasih berkongsi info yang
    berguna dan menarik ini... macam2 hal skg nie :(

    BalasPadam
  12. penjenayah sgt kreatif la skrg nie, abg zu
    l...huhuhuhuhhhh

    BalasPadam
  13. tima kasih atas peringatan nih

    manusia dah makin hilang kemanusiaan kerana kejahilan terhadap agama

    BalasPadam
  14. terima kasih kerana sudi berkoni info ini..
    ila fikir macam2 kes yang berlaku.. naik risau saya..
    semoga saya dan saudara seislam saya sentiasa dilindungi olehNYA..

    BalasPadam
  15. Bermacam-macam cara orang nak menyamun.Penyamun

    BalasPadam
  16. wah ini sudah mendatangkan bahaya kepada kita..artu pasal rompakan kat kedai makan makan yg ni dah episod baru plk mereka cipta

    BalasPadam
  17. rasanya keadaan sudah tak slmt lagi..mahu duduk rumah pon kekadang tak ok gak erm...

    BalasPadam
  18. slm en.zul...
    semoga sihat2 selalu...

    harus berhati2 dimana2 juga...dan doa selalu supaya telindung dr perkara2 xbaik... ;)

    risau btul dgn kejadian2 mcm ni....

    BalasPadam
  19. haizz
    macam-macam cara penyamun ni guna

    BalasPadam
  20. ishhh...macam2 cara org nak dpat duit mudah skg nih...makin lama rasa cm makin ramai lak penjenayah kt mesia nih...:(

    BalasPadam
  21. dah nama pun penyamun... memacam la taktik dia...

    BalasPadam
  22. salam
    memang kreatif mereka ni
    ada je idea nak kenakan orang

    BalasPadam
  23. Macam-macam taktik penjenayah hendak mengenakan mangsa :-(

    BalasPadam