Salam semua, saya selamat tiba di bandaraya Kuala Lumpur jam 7 malam tadi setelah bercuti Hari Raya selama 5 hari di kampung halaman isteri di Kedah. Mengambil keputusan untuk bertolak ke Kedah hari Sabtu lepas selepas jam 3 petang adalah satu keputusan yang bijak kerana berjaya menghindari kesesakkan orang ramai yang berpusu menuju ke utara tanah air untuk beraya di sana.
Berbuka di jalanan adalah tradisi saya dan keluarga tak kala pulang beraya di utara, dengan membawa bekalan dari rumah. Selalunya kami berbuka puasa dengan cara yang paling simple tanpa bersesak di RnR yang sudah tentu akan berebut dengan orang ramai yang bertolak dalam jangka masa yang sama seperti saya. Selalunya kami berhenti di stesen minyak atau pun hanya di tepian jalan yang di rasakan selamat untuk berhenti.
Berbalik kepada isu pemandu di negara kita yang sikapnya tidak pernah berubah adalah berkisah sewaktu saya pulang ke Kuala Lumpur hari ini. Bertolak sekitar jam 11.30 pagi, saya merasakan masa ini adalah yang paling sesuai untuk pulang dan mengelak kesesakkan di lebuhraya dengan pulang lebih awal walaupun cuti masih berbaki 2 hari.
Alhamdulillah, telahan saya agak benar kerana bilangan kereta yang menyelusuri Lebuhraya Utara Selatan tidak lah sebegitu padat berbanding yang saya dengar semalam (Khamis), yang penuh sesak sepanjang berpuluh KM khabarnya. Jika ada pun tadi, tak kala hujan lebat apabila semua kenderaan memperlahankan kenderaan mereka untuk langkah keselamatan kerana jalan yang licin.
Tetapi masih ada pemandu yang seolah tidak pernah sabar dengan mengambil langkah mudah dan merbahaya memotong di lorong kecemasan yang saya sendiri melihatnya naik risau seandainya ada kenderaan yang di letak di lorong tersebut sewaktu kecemasan dengan pemandangan yang agak kurang jelas kerana hujan lebat, sudah pasti berlakunya kemalangan.
Di tambah lagi had laju memandu di lebuhraya 110 km/jam, seolah tidak di hiraukan oleh pemandu yang merasakan mereka "Raja Lebuhraya" yang memandu melebihi had laju. Di sini bukan hanya kereta besar yang sudah tentu mereka rasakan besar, tetapi saya lihat sekecil kereta Kancil pun memotong kenderaan saya yang sedang dipandu selaju 120 km/jam dalam keadaan memotong kenderaan lain.
Setengah pemandu tanpa sabar menaikkan lampu tinggi di siang hari memberi amaran bahawa mereka dalam keadaan laju dan mahukan anda cepat memberi mereka laluan. Jika kenderaan VVIP seperti itu, hati saya tetap menyumpah juga kerana saya juga membayar cukai jalan serta cukai pendapatan dan saya sendiri dalam kelajuan hendak memotong. Apa salah tunggu saya potong dahulu, inikan kereta orang biasa?
Setiap kali memandu melalui Lebuhraya Utara Selatan, sikap pemandu sebegini yang membuatkan saya rimas dan mendambakan keadaan yang lebih selamat untuk memandu, tetapi menjadikan saya mudah juga menghamburkan kata-kata yang kurang manis kerana sikap pemandu di Malaysia yang tidak pernah berubah untuk menambah statistik kemalangan di jalan raya setiap kali musim perayaan. Wassalam.
nak background shout pilihan sendiri . . jom tengok sini http://ohsemut.blogspot.com/2011/08/tawaran-free-pilihan-background.html
BalasPadampaling suka kalau drive pada waktu malam...keadaan sudah tenang,jaan pun dah kurang sibuk....saya suka memandu,jadi kurang la masalah ngantuk kerana memandu,tapi kaau ngantuk saya berenti tidur sekejap di hentian...
BalasPadammemang geram......panas sy membacanya. memang segelintir pemandu di malaysia ni kurang asam. yang suka masuk lorong tanpa lampu signal pun tak suka jugak. macam susah sangat je nak petik lampu tu?
BalasPadamkerajaan habis begitu banyak wang untuk kempen kesedaran tapi ramai yang masih tak ambil pengajaran atas apa yang berlaku.
BalasPadamSikap pentingkan diri selalu memang selalu memakan diri tapi yang lebih parah jika orang lain jadi mangsa.
Bukan nak timbul isu - Jangan anak-anak jadi mangsa | Semekar Kasih
mmg tidak pernah berubah...
BalasPadamplg menggerunkan apabila pemandu memandu dengan bahaya, ciluk sana, celah sini.. bahaya diri dan plg penting pengguna lain..
bila hendak berubah? iks isks iks
Mereka langsung tak jadikan iktibal bilangan kematian yg selalu meningkat dari tahun ketahun.
BalasPadamBila sudah ditimpa musibah nanti..barulah hendak berubah agaknya..
BalasPadamAssalam..
BalasPadamMemang panas hati kalau ada kereta yg potong kiri..selalu jugak terkejut. Lagi satu,pemandu yang tak sabar mengejar maut,macam dia hebat sangat..
hari ini saya akan memandu juga, walau perjalanan tidak jauh mana, tetapi akan mengharung lebuh raya dalam 2 jam. Moga Allah melindungi perjalanan saya... :)
BalasPadamtu punca byknya berlaku kemalangan bila menjelang musim perayaan, sikap pemandu kita
BalasPadamhati2 memandu
susah nak lenturkan buluh kalau dah tua :)
BalasPadamShahrusite Blog's latest post...Aidilfitri dan Teknologi
salam
BalasPadamkalau jalan negeri
lagi la kacau dengan segala macam motosikal budak2 yang memang tak hiraukan orang lain
perubahan hanya bila DAH terkena
salam,
BalasPadamagak tertarik dgn entri ini,tapi kadang2 kita punya silap pun kita xtahu, betul sikap pengguna jalan raya kat malaysia perlu berubah (termasuk diri kita sendri) tapi berubah mcm mana? yg tu kita perlu tahu, perlu cari. Kadang-kadang, kita buat salah kita xsedar, dan salahkan org lain. semua org akan berpikiran mcm nie kita rasa kita sahaja yg betul.
disini sy nak bincang beberapa perkara, apa punca jem berlaku di highway? selalunya jem berlaku sebab exsiden, sebab exsiden yg selalu sgt2 sy jumpa langgar belakang, puncanya?
mengenai kenderaan yg bagi lampu tinggi itu, sy xberapa setuju dgn saudara, sebenarnya perjalanan akan lagi lancar jika kenderaan lain pikir kenderaan lain. Human factor sgt penting, setiap org perlu tahu mengenainya. bagi sy kereta tu buruk mana pun, kalau dia nak laju, perlu jalan, kita beri jalan, kenapa kita perlu marah dia? kita perlu block dia? sikap mcm nieh jugak la menyebabkan jem berkilo2 kat belakang, akhir skali exsident langgar belakang, tambah lagi berkilo2 dibelakang..
mengenai cilok, potong kiri, kita pikir balik hal kat ats, kenapa diorg buat mcm tu? sebab lane memotong (kanan sekali) sudah jadi lane paling slow..ini xkan berlaku kalau kita bagi jalan pada yg perlu.pikir2kan lah..kadang2 rakyat malaysia xpaham, semua pentingkan dirisendiri, tapi kita xleh terus salakan org lain, salahkan diri sendiri dulu.
mengenai signal, sy sgt2 setuju, dan nasihat sy berhati sy penah lihat kemalagan melibatkan perkara nie, nak ke lane kanan, signal xbagi terus masuk sahaja, lorry pun boleh hancur dilanggar 4x4 dari belakang. kepada pengguna2 jalanraya, hati2 ketika hendak memotong bus dan lorry. selalu sgt sy jumpa org yg mcm nie.
sy hanya insan yg juga buat salah seperti anda semua, disini just sy nak kongsi apa yg dari pandagan mata sy, setiap kali sy memandu, sy memikirkan kenderaan lain juga, sebab sy syg kereta sy ( kalau kereta kita sys, mestilah family dan org lain pun penting bg kita)
nak memandu, pandulah dengan berhemah, caranya kita pikir kita, kita jagan lupa org lain disekeliling kita
sy minta maaf kalau ada tersalah apa2....selamat hari raya
Rasa lucu bila ramai yang menyalahkan pihak polis apabila berlaku banyak kemalangan yang meragut nyawa sepanjang musim perayaan. Sejak bila lah pula pihak polis bertanggungjawab di atas nyawa kita...
BalasPadam