Sexual Harassment : Minta Pandangan


Salam semua,hari ini saya ingin berkongsi satu email dari peti email saya di zulkbo@yahoo.com yang datangnya dari Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM). Agak menarik email ini untuk saya kongsikan bersama pembaca di blog saya, agar akan ada pelbagai pendapat untuk di kongsi bersama, selain menjadi pengajaran buat kita semua.


Assalamu'alaikum semua,

Saya bermohon kepada sahabat2 di SIM dan sesiapa yang arif tentang bagaimana harus menangani perlakuan Sexual Harassment yang terjadi ke atas saya :'-((.

Organisasi tempat saya bekerja ini secara umumnya terdiri dari 2 peringkat - Management dan Staff.  Management Committee nya terdiri dari CEO dan GM dan mereka jugalah yang 'berkuasa' menentukan performance level setiap staff pada setiap penghujung tahun, maka tentunya ada unsur 'favouritism' dan 'bodekism'.  Sebagai seorang wanita, saya telah beberapa kali ditawarkan untuk masuk ke dalam golongan 'F&B (Favouritism&Bodekism) tersebut tetapi saya menolak secara halus, dan ianya berlanjutan sehingga setahun lebih.  Namun baru2 ini, keadaan meruncing :-(.

Seorang GM baru join ke Organisasi tempat saya bekerja pada awal tahun ini.  Pertama kali dia diperkenalkan kepada kami, dia terus "mengendeng2" dengan saya, hingga boleh duduk di hadapan meja saya sehingga 2 jam!  Dan kemudian dia mengajak keluar lunch (walaupun itu kali pertama dia dikenalkan kepada kami!) - pada hari itu, saya terpaksa berpura2 puasa untuk mengelak.

Gangguan darinya itu berterusan setiap kali saya bertembung dengannya.  Kalau tidak bertembung, dia akan call dan bercakap macam2, mengatakan saya "sexy / menarik etc etc", namun semuanya saya tangani dengan hormat dan tidak beremosi memandangkan dia seorang pegawai atasan dan saya tidak mahu dikatakan "perasan".  Tapi keadaannya semakin parah - daripada mengajak lunch (yang tidak pernah saya terima), kini mengajak "balik bersama2" pula! (itupun saya mengelak dengan pelbagai alasan).

Semakin saya mengelak, semakin dia berani.  Pada hari Jumaat sebelum bulan Ramadhan lalu, ketika semua orang dah balik dan bersiap2 untuk balik (termasuk saya), saya dipanggil balik oleh orang atasan saya (seorang GM lain) hanya untuk menambahkan SATU AYAT ke dalam proposal yang telah saya siapkan dan email kepadanya.  Ketika itu jam telah menunjukkan 5:35pm dan keadaan office dah lengang.  Saya terpaksa buat U-turn dan kembali ke workstation saya dan switch on kembali computer.

Dalam kelam-kabut nak siapkan kerja, that particular GM tiba2 muncul di sisi saya dan mengajak saya balik sama.  Saya terus nyatakan kepadanya saya "no thanks dan saya akan bekerja lebih masa", dan dia pun beredar.  Selang beberapa saat, ketika saya sedang memberikan full concentration ke atas kerja saya, tiba2 saya rasa ada tangan yang meramas bahu+lengan+kawasan2 berdekatan dengannya sehingga saya tergamam.  Saya terus berdiri dan menolaknya dan mengatakan, "No! Don't do this!". Tetapi dia malah menguatkan genggamannya :-(

Setelah meronta dan menolaknya, barulah dia beredar (with an evil look on his face!), dan kerana ketakutan dia akan bertambah berani, tambahan dengan keadaan office yang semakin lengang, saya berlari masuk ke dalam toilet (dan menangis..:'-((..)

Sehingga kini saya masih merasa trauma untuk ke office, dan dalam masa yang sama tidak berdaya berbuat apa2 kerana Organisasi tempat saya bekerja ini ada ciri2 "kuku-besi" dan CEO nya pula bukan Muslim.  Ada pernah berlaku kes Sexual Harassment yang hampir serupa sebelumnya tetapi tiada tindakan diambil kerana "pemangsa"nya baik dengan orang atasan, dan "mangsa"nya pula terpaksa berhenti kerja.

Saya mohon kepada sahabat2 semua, terutama yang arif tentang situasi ini, apakah tindakan yang perlu dan boleh saya ambil untuk mendapatkan pembelaan?  Saya pernah bertanya dengan seorang lawyer, dan dia bertanya sama ada ada terdapat CCTV yang merakamkan kejadian yang berlaku (dan membuatkan saya nak hempuk kerana kalau ada surveillance CCTV begitu, tak kan pemangsa tersebut berani berbuat onar!)

Saya mohon nasihat dan panduan2 sahabat2 semua.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

------------------------------------

Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)

NOTA : Masaalah gangguan sex di tempat kerja sudah lama menjadi isu di Malaysia ini. Lebih-lebih lagi tempat kerja yang bercampur gaul antara lelaki dan wanita, bujang mahupun yang sudah berumah tangga. Buat anda yang sudi, bolehlah memberi pandangan dan komen anda di kotak komen blog saya ini dan akan saya panjangkan kepada email beliau ini nanti. Terima kasih.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, September 10, 2011

19 Komen:

  1. erk gatal betol GM tuh.ish.x boleh dibiarkan kena laporkan pada pihak atasan

    BalasPadam
  2. susahlah klu pihak atasan x bleh membantu...bawak aje benda2 spt penyembur rambut ..klu dia kacau lagi sembur..tak pun bawa redsect...sembur mcm sembur nyamuk...klu dia lapor kena sembur..bagitau la yg dia ni gila seks...

    BalasPadam
  3. laporkan pd pihak berkuasa ganguan seksual satu jenayah berat...ada berani, pernah terjadi kat sekolah isteri saya dulu, GPK gatal, lapor, terus kena tukar 24 jam

    BalasPadam
  4. Terkadang mungkin perkara sekadar usik mengusik ringan namun jika dibiarkan mungkin akan menjadi lebih berat.

    BalasPadam
  5. salam
    kalau ada webcam boleh juga rakam perangai dia tu

    BalasPadam
  6. laporkan kepada pihak polis.....kalau di KL pergi IPK dan jangan buat di balai biasa

    BalasPadam
  7. kena buat laporan cepat2..benda2 gini kalau dibiar jadi melampau

    BalasPadam
  8. selalu jadi mangsa perempuan, tapi gua yang lelaki ni penah gak kena

    BalasPadam
  9. wah ngeri jugak ....apa kata lapor pada polis?

    BalasPadam
  10. salam,
    bagi saya.. kena ada rakaman sebagai bukti..
    suara..
    atau lebih baik videolah..
    setakat aduan memang orang tak layan..
    rakaman pun mesti lebih sekali..

    BalasPadam
  11. buat kes pun 50-50 juga sebab bukti perlu kukuh,GM ni mesti banyak duit pakai lawyer baaaek punya,yang penting saksi dan kalau tak nak pening kepala balun je..abis cerita ..puas hati..

    BalasPadam
  12. betul juga.. buat kes tapi bukti takde.. nanti sendiri yg tertekan....

    BalasPadam
  13. salam, terjerat dlm situasi yg payah krn mgkn syrikat bukan Islam....langkah terakhir cari kerja kat syarikat orang Islam...

    BalasPadam
  14. berhti bkje d situ lebih baik dari meneruskan bkje nnti lagi teruk

    BalasPadam
  15. bersabar dlm menempuh ujian sb yang lalui tu bukan satu pkra yg amat mudah d terima olh semua org.kuatkan smgt dan jgn bhti berharap keke kt stu btr baik pindah dri kedaan melarat anda juga yg sush..

    BalasPadam
  16. Inilah realiti..di mana-mana shj wanita terdedah kpd gangguan seksual...cara yg terbaik, mengadulah kpd pihak atasan..tp haruslah dibawa bukti yg kukuh bersama..huhu

    BalasPadam
  17. ish ..tertekan jiwa raga kalu jadi masalah mcm ni. apa2 pun kena kumpul bukti sblm di bawa ke muka pengadilan

    BalasPadam
  18. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  19. Dulu pernah kena kat office tapi nasib baik boss jenis yang baik. Sampai lah sekarang ni, orang tu berdendam dengan saya...dia tak de lah sampai meramas, cuma kadang2 nak pegang jari atau membayangkan sesuatu yang tak patut dia bayangkan (berkaitan tubuh saya) and cerita kat kawan2.

    BalasPadam