Sebuah agensi pemantau mendakwa Malaysia kini menjadi sebahagian rangkaian penyeludupan hidupan liar antarabangsa berikutan penemuan 794 batang gading gajah di Hong Kong yang dikatakan telah dibawa dengan kapal dari sebuah pelabuhan di Malaysia.
Badan berkenaan, Traffic, mendakwa gading-gading berkenaan yang kesemuanya seberat 1.9 tan disembunyikan di dalam sebuah kontena."Rampasan terbaru itu menunjukkan adanya 'peranan' Malaysia sebagai negara perantaraan bagi penyeludupan gading dari Afrika ke Asia.
"Sudah tiba masanya Malaysia bertindak tegas terhadap penyeludup gading ini yang telah mencemar imej negara," kata Tom Milliken, penyelaras program gajah dan badak bagi agensi itu, dalam satu kenyataan.(BERNAMA)
NOTA : Bukanlah satu pencapaian yang membanggakan apabila seluruh dunia galak mengadakan kempen memulihara alam sekitar dan hidupannya, negara kita di labelkan sebagai negara perantara hasil dari pembunuhan hidupan yang mungkin semakin pupus di muka bumi ini contohnya gajah yang di bunuh untuk mendapatkan gadingnya.
Disebabkan segelintir golongan yang mementingkan wang ringgit, akhirnya nama negara tercalar tak kala menyambut hari kemerdekaan-54 negara di mata dunia semalam. Harapan pihak berwajib lebih tegas dan melakukan sesuatu yang drastik dalam mencegah aktiviti penyeludupan yang sudah sampai ke tahap kronik sebegitu.
Salam zul, ginielah jadinya bila manusia itu hanya mementingkan diri sendirinya sahaja.
BalasPadamSalam.
BalasPadamKarang bila dah pupus, menyesal pun tak guna.
salam
BalasPadamnampak kita dapat 'anugerah' lagi
dulu dah dapat sekali mengenai perdagangan manusia
hehehe
penyeludup manusia pun, kita antara yang ter'top' . ish, memalukan
BalasPadamsemua jadi rosak kerana DUIT...
BalasPadamrasanya Malaysia sekadar tempat singahan seludup binatang, seludup manusia pun sama
BalasPadamtak guna ada undang-undang kalau tak tekal...
BalasPadam