Salam semua, secara kebetulan dalam beberapa minggu di malam Jumaat lepas, blog ini mengalami masaalah template dengan pelbagai gangguan, termasuk widget yang tidak sepatutnya ada, tiba-tiba ada. Malam semalam, juga malam Jumaat, masaalah ini datang kembali.
Mood untuk berblogging memang jatuh merudum apabila kena masaalah sebegini. Setelah di tukar template baru beberapa kali, masih lagi tiada perubahan. Semalam, saya tidur jam 3 pagi setelah menggodek-godek blog ini, pun masih belum berjumpa masaalahnya.
Nasib baik, hari Jumaat saya bercuti. Jadi sejak lepas subuh, saya kembali menggodek-godek dan ada sedikit perubahan. Saya berhenti seketika ke masjid bersolat Jumaat bila tiba waktunya dan kembali menyambung proses menggodek-godek HTML dalam pukul 3:00 petang.
Akhirnya saya ketemui masaalahnya, berpunca kerana saya pernah cuba menukar "meta tag" blog saya ke "meta auto keyword" yang saya jumpa dari sebuah blog tutorial di Indonesia. Penggunaan meta tag auto tersebut rupanya menjadikan "blog post" saya menjadi 2 bahagian dan kelihatan ganjil pula.
Proses membuang secara auto melalui pertukaran template blogger, tidak mampu menghilangkannya. Dah macam spam pula jadinya, saya terpaksa membelek setiap huruf HTML yang ada dalam template blog saya dan memerhatikan mana yang agak luar biasa dan saya buang secara manual.
Sekarang jam menunjukkan hampir 7:00 malam, alhamdulillah, akhirnya semuanya telah berjaya kembali ke asal. Ramai yang singgah di blog saya sejak semalam dan hari ini. Meninggalkan komen atau share entri saya di laman sosial meraka. Jutaan terima kasih saya ucapkan.
Kunjungan anda semua amat saya hargai. Saya akan cuba membalas kunjungan rakan-rakan sekiranya saya termampu. Sudah hampir waktu solat maghrib tak lama lagi, dan malam ini ada mesyuarat JMB pula di rumah rakan. Sampai jumpa lagi, wassalam.
As salam...
BalasPadamSmlm try buka blog Abg Zul guna google chrome xleh...guna mozilla baru boleh...
selalu saya cuba msk ke blog ni tapi tak blh buka...moga semua masalah dpt diatasi segera
BalasPadampatutlah bukak jugalah tak emboh2
BalasPadamhok kena tengok satu2 huruf template tu berpino bijik mate weh.
selamat kembali :)
Salam Zul , mmg pening kalau blog buat hal dulu pernah kena macam tu lepas semua beres... malas dah nak menanpah risikonya lagi.
BalasPadamkalau saya mau nangis tak berlagu..nak2 kena belek html code tu satu2..dah la satu ape pun tak faham...
BalasPadamBlog saya pun ada masalah kadang kala kerana minta subscribe feedburner dan kalau Chrome langsung tidak boleh buka :-(
BalasPadamTadi buka ada 2 post brother..
BalasPadamlepas tuh nak komen pun tak nampak pula
linknya... ..
meeting ape tu bro? :-)
BalasPadammmg ada masalah sikit.
BalasPadammasalah yang timbul membuatkan kita semakin mahir tapi bab HTML ni memang buat kepala sakit..
BalasPadamJangan terdelete semua post dah la....
BalasPadamAs salam.. blog kalau dah kucar kacir skit lagi2 ada masalah, sure kita akan mula risau dan tak senang duduk.. kalau boleh, nak perbaiki secepat mungkin.. harap2 blog bro dah tiada masalah la ye :)
BalasPadamsalam
BalasPadambelek2 html ke, bro
macam cari antah beras tu
berpinar biji mata
hehe
alhamdulillah selamat akhirnya
Penat tak apa .. yang penting Zulkbo dapat kepuasan dan pengalaman dari masalah ini. Tu yg paling best sekali {",)
BalasPadamwww.anastasyea.com
Syukur selesai....
BalasPadamnampak gayanya blog template buat hal lagi bro..
BalasPadamapa bole buat,itulah yg kita kena lalui dulu bila dah buat template baru ni..
harap blog bro akan elok sentiasa seperti dahulu..
@tips
BalasPadamJMB adalah, JOIN MANAGEMANT BODY
juga di kenali sebagai Badan Pengurusan Bersama, sebuah badan sukarela dalam menguruskan pengurusan apartment tempat saya tinggal dan saya menjadi bendaharinya.
As'salammualaikum en.zul..
BalasPadamAlhamdulillah belog en.zul dah pulih dari sakit, mujurlah en.zul tahu mengadjust html kalau tidak parah juga,ialah takut nak delete lain terdelete lain baru meroyan kejap huhuhu....
Note: belog saya x meragam tapi asyik di hack je...
salam encik zul. itulah sebabnya saya tak berani nak tanggung risiko.hehehe.
BalasPadamala cik zul..sekali sekala je meragam...kena lah beri perhatian ckit :D
BalasPadamوعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah dan mencoretkan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khair..
benar bro klu meragam kita nak tdo mata tak senag..mmpi tak syok..makan pun tarak lalu...
BalasPadamharap skrh 26/9 ptg ni blog dan nmpk ok jer heee
setip dugaan ada batas sabarnya..teruskan berblog jgn putus asa keY
BalasPadam