Kurikulum Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah Tahun Depan





Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, bermula tahun depan pendidikan keselamatan jalan raya akan dijadikan kurikulum di sekolah menengah selepas ia diperkenalkan di sekolah rendah sejak 2007.

Pada April 2007, JKJR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya yang diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, bermula di 1,000 sekolah rendah terpilih.

Ianya adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk mendidik masyarakat supaya lebih berhemah di jalan raya sejak di usia muda, sekali gus membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Statistik pada tahun lalu menunjukkan 60 peratus kematian jalan raya di negara ini membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal berikutan lebih daripada 45 peratus jumlah kenderaan di jalan raya adalah motosikal. BERNAMA

NOTA: Pada Ops Sikap ke-24 yang baru lepas, menunjukkan peningkatan 16.6 peratus kes kemalangan iaitu kepada 19,606 kes berbanding 16,817 kes pada Aidilfitri tahun lalu. Harapan dengan adanya kurikulum yang baru ini, ianya membawa kesedaran pada pelajar yang bakal menjadi pemandu pada masa hadapan. Terdidik dari usia muda boleh menjadikan mereka pemandu berhemah di masa hadapan dan mengurangkan statistik yang semakin tinggi dari tahun ke tahun. Tak salah kita mencuba, apa kata anda?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, September 22, 2011

9 Komen:

  1. Memang kena mulakan program ini dari sekolah baru boleh berkesan.

    Tapi ibu bapa serta penjaga perlu juga didedahkan perkara yang sama agar mereka boleh memantau dan mengingatkan anak-anak apabila diluar sekolah..

    BalasPadam
  2. salam
    harap2 cikgu2 juga tunjukkan teladan yang baik ketika memandu di jalan raya
    sesekali terserempak dengan pelajar, dapat juga mereka ambil contoh teladan

    BalasPadam
  3. tudia .. mcm2 budak kena belajar sekarang ni kan ..

    BalasPadam
  4. dah tak pasal2 ada modul keselamatan plk hee....

    BalasPadam
  5. kelas moral, ilmu pendidikan skrg dah cam2 kena ikut klu tak sure ggal dlm subjek tu nnti =(

    BalasPadam
  6. salam

    baguslah gitu..at least terdidiklah pemandu2 kat msia ni

    BalasPadam
  7. salam..
    memang bagus la diterapkan program kurikulum itu, sekurang2 nya dapat didik mereka dari awal..

    BalasPadam
  8. elok sangat tu
    melentur buluh biar dari rebung

    BalasPadam
  9. Saya harap subjek keselamatan jalan raya ini tidak membebankan murid-murid dan guru sekolah. Jangan jadikan subjek ini sebagai salah satu subjek lulus periksa apa yang kita mahukan adalah kesedaran bukannya belajar untuk lulus periksa.

    BalasPadam