Kerana Lemang Sebatang Kita Boleh Jadi Pentingkan Diri Sendiri





Salam semua, bila berkisah tentang hari raya, kalau tak bercerita soal ketupat, ketupat palas, nasi empit dan lemang, tak sah hari raya orang Malaysia ini. Dari utara sampai ke selatan tanah air,  juadah ini di jadikan menu wajib setiap kali hari lebaran. Itulah Malaysiaku yang kaya dengan makanannya.

Pejam celik,  Ahad 18 September merupakan hari ke 20 kita menyambut kedatangan bulan Syawal 1432 Hijrah. Hanya tinggal 10 hari sahaja lagi pada mereka yang belum melaksanakan puasa 6 di bulan Syawal, ternyata rugi jika ketinggalan. Masihkah kita belum puas berhari raya? Tepuk dada tanya selera.

Sana-sini rakan sekerja, sahabat dan jiran tetangga mengadakan rumah terbuka sempena sebulan Syawal di raikan. Kalau di negara islam yang lain, sepengetahuan saya sudah tiada jamuan makan-minum seperti di negara kita ini. Patutlah sihat-sihat dan berisi belaka orang negara kita ye? Makan dan makan!

Saya sendiri, undangan ke majlis rumah terbuka tak putus-putus sehingga ada setengahnya terpaksa saya tolak kerana terpaksa bekerja di hari tersebut. Kalau saudara terdekat, saya wakilkan isteri dan anak-anak saya sahaja ke sana. Sebagai seorang guru, cuti beliau mengikut cuti semasa, sedangkan saya hari cuti umum pun kadang-kala kena bertugas.

Sambung ke kisah berhari raya sebulan dan lemangnya. Jika di Kuala Lumpur dalam bulan raya ini, peniaga lemang tepi jalanlah yang paling banyak mengaut keuntungan. Tempahan yang datang dari pelbagai pihak untuk mengadakan rumah terbuka, menjadikan perniagaan mereka tak putus sehingga ke lewat malam.

Kebanyakkan yang melakukan perniagaan ini adalah di tepi jalan untuk menarik perhatian pembeli, maka ramailah yang berpusu-pusu membelinya walau hanya sebatang lemang sahaja, mungkin untuk di makan sendiri. Yang menimbulkan masaalah ialah kereta yang di letak mengganggu lalu-lintas sewaktu membeli lemang.

Contoh, jalan menuju ke Ampang sewaktu saya pulang bekerja hari semalam, Sabtu. Kebiasaanya apabila saya pulang waktu begini, memang kurang kenderaan yang melaluinya, tapi semenjak di penghujung bulan Syawal ini, sesaknya berlainan pula dari selalu yang benar-benar menguji kesabaran saya.

Bila saya perhatikan rupanya, orang berbondong berhenti hendak membeli lemang dan meletak kereta di bahu jalan. Ada di antaranya sehingga "double parking" menjadikan jalan sesak kerana laluan yang tinggal sudah sempit untuk di lalui. Tapi ada di antara pembeli yang saya lihat, hanya menjinjing sebatang lemang sahaja ke dalam kereta.

Mungkin kerana tempahan yang banyak sehingga terpaksa menunggu lama, atau harga yang agak mahal menjadikan si pembeli hanya membeli satu batang lemang sahaja. Khabarnya,  harga lemang sebatang di Kuala Lumpur di musim perayaan ini mencecah sekurang-kurangnya RM 15 sebatang.

Begitulah realiti kisah lemang dalam musim perayaan ini di Kuala Lumpur, menjadi perhatian setiap orang, baik untuk di makan sendiri mahupun di jadikan juadah rumah terbuka. Kerana keinginan berlemang, sebatang lemang sahaja sudah cukup menjadikan kita mementingkan diri sendiri.  Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, September 18, 2011

30 Komen:

  1. lemang yg sedap mmg sesak sikit la tempatnya. tapi saya jenis yg tak sanggup berdouble park demi lemang. baik ayah yg beli, naik moto. senang. hu~

    BalasPadam
  2. Salam Zul, moralnya lemang yang sedap dan best payah nak cari walaupun ramai yang buat lemang.

    BalasPadam
  3. nampok gayanya kome boleh buat bisnes lemang pulak kat kuantan ni hehehe

    BalasPadam
  4. sikap memantingkan diri sendiri.. bukan hanya kerana lemang sahaja.. takkda salah apa pun lemang tu.. masnusia juga yang suka leka dan buat2 lupa..

    Soalan UPSR bocor - Kenapa ramai yang ingat itu betul betul soalan UPSR? | Semekar Kasih

    BalasPadam
  5. sy tak berapa suka makanan berasaskan pulut ni..tp lemang di jalan bangi lama menuju ke UKM memang sgt terkenal dn sedap..siap kena booking..paling mahal pun rasanya rm15-15 gitu..

    BalasPadam
  6. ohhhhhh... teringat kisah lemang semasa otw pulang ke kampung baru2 nih

    parking tepi jalan yang tidak sesak dan clear
    namun yang menjadi sedikit kekesalan adalah harganya
    yang agak mahal. Jika dibanding di kawasan kampungTerengganu
    3 batang sederhana hanya 10 hinggit shj dan rasanya memang sedap

    BalasPadam
  7. hanya kerana lemang kan...?hmm..apa2 pun jangan sampai menyusahkan orang lain. saya sendiri kalau nak membeli apa pun, setakat nak berhenti tepi jalan kalau boleh biar lah senang parking, tak ganggu pengguna jalan lain..

    apa2 pun..masih tak puas makan lemang..sini lemang yang best susah dapat..

    BalasPadam
  8. teringin nak makan lemang tapi tak sanggup nak bergadai nyawa letak kereta tepi jalan yang kereta lalu lalang macam peluru..tepi jalan ke BBBangi section 4.Raya tu hari beli satu batang rm16 sebatang.Wah...boleh buat duit peniaga lemang ni:)

    BalasPadam
  9. saya tak suka mkn lemang tapi tolog2 mak mertua dlm bahan penyediaan msk lemang blhlah heeee

    BalasPadam
  10. tahun ni raya ipoh tak smpt nak snp gamabr lemang tepung, lemang ubi,lemang pandan huuu...

    BalasPadam
  11. Ini baru cerita Lemang iaitu tentang makan orang sudah mementingkan diri sendiri. Bagaimana pula meletak kereta sesuka hati hingga menganggu trafik pada hari Jumaat. Datang ke masjid lewat dan balik pun lewat tinggal kereta di tengah-tengah jalan. Berbakul kena sumpah <--saya meminta maaf kalau teguran ini menyinggung perasaan sesiapa yang membacanya tapi jangan pentingkan diri sendiri.

    BalasPadam
  12. betul, kerana lemang sebatang pun boleh menyusahkan orang lain..kat tepi jalan sekitar selayang menuju ke ulu yam pun byk orang jual lemang, kadang2 pemandu kereta memberhentikan kereta sesuka hati je.

    BalasPadam
  13. Tahun ni kelurga kami tak jual lemang seperti tahun lepas..

    BalasPadam
  14. Belajo2 la buat lemang yek.....

    BalasPadam
  15. nakniaga lemang la tahun depaan..masyuuuk

    BalasPadam
  16. Salam sahabat
    Umi gemar sangat lemang,apa2 yang pulut sure suka
    Tapi tak la sampai nak beratur berbaris :)

    Terima kasih berbagi kisah.
    Salam sejahtera buat sahabat seisi keluarga
    Umi

    BalasPadam
  17. musim buat duit...dah tak kira dah...

    BalasPadam
  18. rasanya belum terlambat lagi kalau nak wish selamat hari raya untuk en zul n family...

    selamat hari raya Aidilfitri

    BalasPadam
  19. memang ramai yang suka makan lemang ni, kira sanggup buat apa saja demi lemang!

    BalasPadam
  20. salam
    parking kereta suka hati ni selalu je jumpa
    dah begitu sikap orang kita

    harap2 pihak berkuasa jenguk2 la sikit
    kalau dah kemalangan ke, apa ke...
    kita pun tak suka juga dengar banyak komen

    BalasPadam
  21. makanan punya pasal, ramai yang memakir kenderaan sesuka hati!!

    BalasPadam
  22. slm en.zul...
    semoga ceria di har isnin....

    mcm tu la prangai org kita...
    parking ikut suka2...
    belok ikut suka2...
    berhenti ikut suka2...
    adoyai....

    BalasPadam
  23. penjual 1 hal - dekat sangat ngan jalan. pembeli 1 hal - parkimg ikut suka. penguatkuasa lak wat bodoh je. Kalau dah ade kemalangan melibatkan nyawa baru le ade tindakan tegas.

    btw - lewang memang sedap.

    BalasPadam
  24. sy jarang layan lemang, abg..maklumla pulut kan berangin...

    BalasPadam
  25. tahun depan leh niaga lemang pulak hehe..dapat duit raya lebih hahaha..

    note: en.zul maaf lame x singgah sini dan hari ni baru berkesempatan untuk membalas kunjungan en.zul, baru balik out station...

    BalasPadam
  26. Omak oit.. gila mahal lemang. sampai RM15..pengsan2

    BalasPadam
  27. knp jadi begini tak akan kemana2 klu sikao di bawa ke tmpt org makah aka d pandang benci adalah huhu..

    BalasPadam
  28. baru bab lemang tepi jn klu bab2 lain tak tahu ar nak ckp apa..

    if tgok klu kemalangan pun dah tahu cam ner gayanya kan..kan..

    BalasPadam
  29. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  30. Cik Zul bercerita pasal org parking kereta kat tepi2 dan harga lemang yg mahal..kalau sentuh bab peniaga yg menipu pun ramai jgk..bila dah jual tepi jalan mmglah tak boleh nak cek..bila balik rmh tiba2 tengok lemang mentah..tak baik sungguh kalo peniaga lemang yg suka menipu mcm tu..huhu

    BalasPadam