Jom Main Mercun




Salam semua, bunyi mercun dan hari raya sekarang sudah tidak dapat di pisahkan. Jika dahulu bunyi-bunyian mercun datang dari meriam buluh buatan sendiri untuk meraikan kedatangan hari lebaran memecah kesunyian malam dengan dentuman silih berganti dari satu kampung ke kampung yang lain.

Dunia semakin moden, kemunculan mercun buatan kilang yang kebanyakkan di import dari negara China memenuhi pasaran dalam negeri. Ini sudah pasti adalah di pasaran gelap,  kerana rasanya kerajaan Malaysia tidak pernah membenarkan penjualan bahan letupan ini secara terbuka.

Walaupun sedemikian, penjualannya secara terbuka di pasar-pasar malam mahupun di kampung-kampung seolah sudah menjadi tradisi penjual yang mengaut keuntungan biarpun menghadapi risiko di tangkap penguatkuasa. Selagi ada permintaan, penjualan secara terbuka tetap berleluasa dengan beraninya.

Dalam keseronokkan bermain mercun itu, acap kali kita dengar kemalangan yang menimpa mereka yang bermain mahupun yang menyaksikannya. Berita terbaru seorang pemuda, melecur seluruh muka, malah berkemungkinan kehilangan mata akibat letupan mercun yang terkena mukanya.


 
BACA

Bagi saya sendiri, permainan mercun semasa kanak-kanak dahulu hanya tinggal memori kenangan peribadi.  Sekarang,  anak-anak saya langsung saya tidak menggalakkan bermain mercun. Tidak mahu mengambil risiko dan mengajar mereka, seolah bermain mercun sesuatu yang wajib tak kala menyambut hari lebaran.

Walau pulang ke kampung halaman Tok Nenek mereka ada di kalangan saudara mara yang membawa mercun pulang untuk bermain bersama, saya terpaksa membenarkan untuk menjaga hati saudara mara tetapi, saya tetap menanamkan dalam jiwa anak-anak saya bahayanya ketika bermain dengan mercun dan mereka takut.

Alhamdulillah, walau orang kata " anak siapa nih, macam jakun tak pernah main mercun ", tidaklah saya peduli. Asalkan demi masa hadapan mereka kerana malang tidak berbau. Langkah pencegahan adalah lebih baik dengan didikan dari kecil. Itu pandangan saya, apa kata anda? Biarlah pahit menelan sindiran, asal saya tidak menangis di kemudian hari. Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, September 04, 2011

15 Komen:

  1. keknyer mercun tu diharamkan, tapi yg berlambak jual kat tepi2 jalan tu apa cerita...pelik bin ajaib sungguh malaysia nih..

    BalasPadam
  2. kome setuju dgn pendapat deme te
    lega mlm td hujan kat kampung jadi perang mercun x berlaku la

    BalasPadam
  3. Pihak berkuasa mesti lebih bertegas...

    BalasPadam
  4. alam Zul, Sebenar budaya main mercun bukanlah budaya kita. Ada baiknya kita terapkan nilai budaya dan agama supaya anak2 tidak terikut budaya seperti ini.

    BalasPadam
  5. main meriam la kalo berani keh3

    BalasPadam
  6. Entah mengapa org kita ni tak suka main mercun tapi kalau ada yang main mercun, kita ikut teruja menyaksinya

    BalasPadam
  7. Assalam..
    Betul tu. Sebolehnya saya pun tak nak anak main walaupun bunga api tapi apa boleh buat,ramai sepupu-sepapat yang mengajaknya bermain..

    BalasPadam
  8. Sejak kecil Saya memang tidak sukakan mercun. Bila sudah berkeluarga, Saya sentiasa berpesan pada anak-anak tentang bahayanya mercun atau bunga api.

    Harap mereka mengingati pesan Saya...

    BalasPadam
  9. salam
    saya juga tak benarkan anak2 main mercun
    tapi tu la, bro
    ada saudara mara yang balik kampung siap bawa mercun banyak2

    dah tak dapat nak kata apa lagi dah...

    BalasPadam
  10. kadangkala klu malam raya tak dengar bunyi mercun rasa macam tak meriah pulak...

    BalasPadam
  11. Nyepoh kat bandor ande jual.Kit nye pehak berkuase jeling2 je koi nengok.Gamoknye dapat sebeloh tangan dah.

    BalasPadam
  12. Tiap2 tahun pasti dengar kes mercun. mercun. mercun Bila perayaan cina tak ada pulak ?

    BalasPadam
  13. mujurlah sy pun dalam kalangan anak-anak yg jakun main mercun..hehe..

    BalasPadam
  14. tak kisah nak main mercun.. tapi keselamatan kena jaga... yang jadi tak gemarnya , main mercun .. baling2 member... zik--<< mangsa keadaan... grr..

    BalasPadam
  15. salam encik zul..
    xper la apa org nk kata pun jnji keselamatan terjamin.. sebut pasal mercun teringat kat jiran sbelah yg kne sound ngan jiran2 lain.. main mercun papan kul 11 malam raya ke 3.. mcm x hormat jiran lak kan.. arap2 jadikan sebagai pengajaran..

    BalasPadam