Isu Mat Indera Pejuang Kemerdekaan Semakin Kalut




Di dalam buku ini (Pengukir Nama Johor)  terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO.

Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor dan bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. - LAMAN MARHAEN

 
Buku Pengukir Nama Johor 
terbitan Yayasan Warisan Johor



Mengenai buku "Pengukir Nama Johor", Abdul Ghani berkata, dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri.

Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.- BERNAMA

NOTA : Yang mana satu betul? Buku tersebut pun sudah lama berada di pasaran dan menjadi rujukan ahli sejarah, sebelum isu ini di bangkitkan Timbalan Presiden PAS.  Semalam Menteri Besar Johor sendiri pula menafikan dengan kenyataan yang saya sendiri tak faham. Semakin kalut isu ini jika di biarkan, dan rakyat mendambakan fakta yang sebenarnya. Bawalah berbincang, tolak tepi isu politik dan demi bangsa Melayu agar tidak menjadi bahan ketawa bangsa lain pula apabila isu ini terus bercakaran tanpa jalan penyelesaiannya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, September 08, 2011

27 Komen:

  1. malas betul lah... semua benda nak dipolitikkan.. kesian jadinya

    BalasPadam
  2. salam
    tiba2 saja nama mat indera jadi popular
    sebelum ni saya sendiri tak pernah tahu mengenai tokoh ni

    BalasPadam
  3. katakanlah yang benar walaupun ia pahit.

    BalasPadam
  4. Adalah malang apabila ada Melayu Islam yang memilih komunis sebagai wadah perjuangan.. dan lebih malang lagi apabila ada yang mengangkatnya sebagai wira.

    Benar tokoh yang dimaksudkan itu mencorak sejarah, tetapi jadikanlah ia iktibar agar tidak terpesong dengan memilih ideologi yang salah!

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..
    Saya pun tak faham, kadang yang benar jadi tak benar, yang palsu jadi benar..

    BalasPadam
  6. kita sebagai rakyat semakin pening mana fakta atau auta sejarah yg sebenarnya

    BalasPadam
  7. Bukankah Mat Indera tu menentang penjajah? Pejuanglah tu....

    BalasPadam
  8. Entahlah.. terkadang rakyat juga yang jadi pening dan huru-hara disebab fakta yang di putar-belitkan diatas kepentingan tertentu.

    BalasPadam
  9. Salam buar Saudara Zulkbo.Sejarah memang Sesuatu yang tidak tepat dan selalunya faktanya buat di jumpai sekaligus.Apa yang penting dalam Sejarah adalah pengajaran dari sesuatu peristiwa dan bukan betapa tepatnya peristiwa itu diceritakan. Berkenaan Arwah Mat Indera...biarlah Allah yang menentukannya kerana ia takkan terjawab kecuali kita ada mesin time travel...macam kes Anwar...kita takkan tahu kebenarannya sampai bila2..betulkan dia seorang "play at the back" atau bukan..kadang2 kita kena serahkan pada Allah ...Apa yang penting mat sabu telah membuka dan menterjemahkan isu politik dengan silap dan ia bukan ditujukan pada Mat indera tapi katanya komunia adalah wira sebenar...nampaknya kita telah dikelabui isu lain..itu kepakaran politik...balik kepada video asal!Wassalam..harap saudara dalam keadaan sihat sekeluarga:D

    BalasPadam
  10. semakin bosan cerita isu politik....kenapa ada melayu islam sanggup peningkan kita.

    BalasPadam
  11. Malas nk tumpang pening dgn isu yg sengaja dipolitikkan. Dan, mak sendiri tatau mana 1 betul dan mana 1 yg salah. Kita tunggu dan lihat ajelah

    BalasPadam
  12. emmm......kadang-kadang kena ada juga perasaan yang mengatakan sejarah kita ni banyak dimanipulasikan...tp hakikatnya, Allah jua lah yang mengetahui...pening2..

    BalasPadam
  13. Kadang pening kepala x tahu mana satu fakta dan mane satu auta..

    BalasPadam
  14. salam,
    datang kali kedua untuk baca komen2 yang ada..
    :)

    BalasPadam
  15. mgkin betul mat indera memperjuangkan kemerdekaan tapi dgn cara yg ganas dan kejam...

    ps: koi amik Geografi dulu, sbb tu tak jumpa nama mat indera.. :P

    BalasPadam
  16. blom lagi koi jadik mat sabu... tambah haru nanti...

    BalasPadam
  17. Pejuang atau petualang? Memang perlu difikirkan agar kita tidak tersilap nilai

    BalasPadam
  18. tidak kira bagaimana cara pejuang itu memilih jalan untuk berjuang,sejarah perjuangan kemerdekaan di dunia menceritakan kepada kita bagaimana untuk mendapat kemerdekaan tidak kira melalui pena,suara demokrasi,diplomasi mahupun mengangkat senjata dan sebagainya tetapi yang penting nilainya kepada generasi akan datang yang menikmati hasil perjuangan.Sejarah adalah catatan peristiwa,waktu dan tempat yang telah berlaku dan diambil dari sumber yang sahih namun sejarah tetap subjektif dan bukannya seperti matematik 1+1 = 2

    BalasPadam
  19. biskut raya banyak lagi. jom makan!

    BalasPadam
  20. Hello,lama tak kesini,dah pasang innity,Tahniah bro!

    Gadisbunga,hantar sikit kuih tue kat aku hehe..

    BalasPadam
  21. saya amat bersetuju dgn ASSOYFINGER67. langkah terbaik lakukan kajian smeula terhadap sejarah. utk apa dikecohkan kajian semula sbb KM melaka pernah juga telah melakukan kajian semula terhadap sejarah negeri melaka

    BalasPadam
  22. hmmmm macam macam hal.....

    BalasPadam
  23. assalamualaikum abg zul...yang jelas, sejarah ini telah dipolitikkan...cedihnya huhuhhhh

    BalasPadam
  24. saya setuju dengan En. Nidus 2..! sesiapa yang menentang penjajah adalah Pejuang...!!

    BalasPadam
  25. SALAM SEMUA,

    SAYA SETUJU DENGAN EN NIDUS 2, SEMUA YANG MENENTANG PENJAJAH ADALAH PEJUANG TANAHAIR. BAGAIMANA CARA MEREKA BERJUANG.... ADA YANG MENGGUNAKAN KUDRAT (FISIKAL), ADA YANG MENGGUNAKAN POLITIK (LISAN & DIPLOMASI), ADA YANG MENGGUNAKAN PENULISAN DAN SEBAGAINYA.

    SEMUANYA BERTUJUAN UNTUK MEMBEBASKAN DIRI DARI DIJAJAH OLEH PENJAJAH.....

    BalasPadam
  26. usah pening kepala tentang sejarah . sejarah tak boleh diubah . sejarah berbeza - beza mengikut pihak yang mengalaminya .yang penting portugis , belanda , british , jepun datang dengan matlamat nak kaut khazanah di nusantara . ada orang berada bersama penjajah tersebut , ada yang menjadi hamba ada yang jadi pegawai penjajah dan lain - lain dan ada yang tidak duduk dalam mana-mana kategori . so cerita sejarah adalah menurut dipihak mana narrator itu berada .

    BalasPadam