Isteri Ku Cukup Tak Suka Lagu Ini


Salam semua, tak tahu entah kenapa kebelakangan ini mood dan minat saya hendak mendengar lagu-lagu lama menjadi-jadi pula . Kena pula bila layan lagu era 80 an seperti lagu nyanyian Ramlah Ram ini, "Diam-diam Jatuh Cinta". Mengembalikan nostalgia kenangan lama  di zaman persekolahan sekitar 80 an dahulu bersama rakan-rakan seperjuangan.


 

Tak tahu apa yang tak kena dengan lagu ini, adakah kerana liriknya atau  musiknya sebab orang rumah tak berapa suka lagu ni katanya. Tak berapa suka saja okey  lagi la..jadi saya pasang je sambil tersenyum sinis.


 

Lagu kedua ini bila saya pasang, orang rumah sudah mula naik keningnya yang cantik tu, ermmm "siapa penyanyinya tu?" tanya isteriku. "Alahai Encik Salih Yaacob rupanya..ermm, jangan nak buat idola pula". Lagu "Gadis Remaja" ini adalah nyanyian asal penyanyi era 50an, Jasni yang dinyanyikan semula oleh Salih Yaacob. Memang merdu lagu ini, kena pula di bahagian intro saya cukup suka.


 

Lagu ini bertajuk "Tengok-Tengok" nyanyian asal oleh Salih Yaacob sendiri, silap haribulan boleh  kena tarik telinga  jawabnya. Lagu perli katanya..he he..alahai, ada yang terasa la pulak. Kita nak berhibur je ni..adehh..Cuba pembaca semua dengar sekali, ada ke lirik bernada perli pada lagu ni..he he..LAYAN!


NOTA : Realitinya jiwa wanita memang sukar untuk kita fahami :) Sebelum terlupa ucapan TAHNIAH!  buat ipar dan biras saya, pasangan Mohd.Salman dan Mardiana kerana di kurniakan cahaya mata pertama semalam bersempena dengan sambutan Hari Malaysia. Ermm, harapan ibu dan anak dalam keadaan yang sihat. Selamat datang ke dunia baru, dunia keibubapaan, jangan lupa belajar tukar lampin anak..he he.


MY INSPIRATION

   

Arghh..saya rindukan saat-saat sebegini! Dari kiri, Cikgu Mat Ripin, Mat Syukri, Zulkbo dan duduk Abadi Romeo. Gambar sewaktu mendaki Gunung Senyum.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, September 17, 2011

17 Komen:

  1. Gunung Senyum itu banyak misteri kan?

    *Lagu 1st tu pon saye < gemar, sebab ade kejadian..

    BalasPadam
  2. i suka lagu abang Saleh "bergoyang i follow2"

    BalasPadam
  3. Hehe..ckLah tak suka lagu tu sebab nama penynyinya....org suka main-mainkan ma ckLah masa sekolah dulu!


    Abadiromeo tu kawan Zul? Dia selalu komen entri ckLah, tapi entah kenapa ckLah tk boleh akses blognya. Macam ada malware. Terima kasih ya Abadiromeo...

    BalasPadam
  4. Banyak salah eja...ma ckLah tu = nama ckLah

    BalasPadam
  5. mst ada sebab nape org rumah tak berapa suka lagu Ramlah Ram tu...

    p/s abadi romeo rajin komen kt blog ckLah yer..tp kat blog sy tk penah pun wlupun sya ada gak komen kt blog dia..huhuhu

    BalasPadam
  6. Tak suka? Tentu bersebab :D

    BalasPadam
  7. Isteri saya pun kurang berkenan tapi saya suka sakat main video klip lagu kuat-kuat di YouTube :-) Marah-marah sayang katakan<--harap tidak ada yang meluat ha..ha..

    BalasPadam
  8. perempuan memang sukar difahami.setuju.jadi faham2kanlah :D

    BalasPadam
  9. Lagu lame ter yang sedak dengonye....

    BalasPadam
  10. eh2.. terkenang masa muda pula dia..
    ermmm.. sayang suamilah tu..
    kadang2.. usik-usik manja..
    cik abang pula rajin layan lagu masa dia nak ngorat saya dulu..
    bila dia dengar lagu tu.. mulalah dia kata..
    haaa.. lagu kitalah ni..
    :)

    BalasPadam
  11. Salam Zul, gamaknya kalau dah veteran mmg gitu suka dengor lagu macam tu :)

    BalasPadam
  12. ada makna dengar lagu lama tu hehehe
    gurau2

    BalasPadam
  13. salam
    perempuan...
    bila kita rasa nak faham je
    tiba2 jadi tak faham

    bila kita rasa tak faham
    tiba2 jadi tak faham
    huhu

    BalasPadam
  14. assalam..

    lgu lma mmg best jg.. ada mkna tu knp dpt jelingan dr isteri hehe

    BalasPadam
  15. Assalam..
    Suka juga dengan lagu 1 dan 2. Yang ke 3 tu, jarang dengar pulak..
    My hubby pulak suka dengar lagu hindustan 70-80an...Kalau perjalanan jauh (balik kg) sangatlah bosan kalau dia mula pasang DVD hindustan. Saya perlahankan sikit volume, dia kuatkan..bosan..bosan..bosan..

    BalasPadam
  16. bising kot tu sebab orang rumah marah...

    BalasPadam
  17. mesti ada sebab tuh lagu tuh..hehe

    BalasPadam