Hari ini sepatutnya ulangtahun hari lahirnya, yang ke berapa saya kurang pasti tetapi yang nyata di awal 20 an. Seorang pemuda yang saya kenali cukup baik dan begitu menghormati orang, tidak kira tua mahupun muda. Kalau bertemu dengan saya pasti di ciumnya tangan saya ini.
Kalau nak di kira pangkatnya dengan saya hanya sepupu kerana emaknya adalah adik bongsu kepada emak saya. Beliau pula merupakan anak sulung dalam keluarga dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi yang terletak di Petaling Jaya.
Kali terakhir saya bertemu dengan beliau kira-kira 3 bulan lepas sewaktu majlis kenduri adik perempuan saya di Jengka. Beliau dengan semua ahli keluarga beliau singgah sebentar kerana kebetulan hendak ke majlis kenduri yang lain di Kedah pula.
Menurut cerita mak saya, jika tidak di pinang oleh suami adik saya sekarang, adik perempuan saya sebenarnya hendak di jodohkan dengan beliau (kahwin sepupu). Terlambat sekejap sahaja ibarat kerlipan mata kata orang, mungkin tiada jodoh dan Allah lebih mengetahui mana yang terbaik untuk hambanya.
Selain bekerja di syarikat telekomunikasi tersebut, sebagai orang bujang beliau masih tinggal dengan emak dan ayahnya. Seorang yang kaki surau, juga suka mengambil tempat bilal melaungkan azan bila tibanya waktu solat. Mengajar anak-anak kecil mengaji Al-Quran di surau setiap malam.
Seumur hidup saya mengenali beliau, tidak pernah nampak cacat celanya tentang perangai beliau, terlalu baik dan di senangi ramai orang. Jarang saya jumpa anak muda berusia 20an yang suka menghabiskan masa lapang di surau dan tidak suka berpeleseran serta membuang masa tanpa faedah.
Semalam (Sabtu) adalah hari ke- 6 berpuasa di bulan Syawal beliau. Niat di hati ingin berbuka bersama keluarga di rumah kerana mereka sekeluarga berpuasa bersama-sama. Di samping itu, menyambut ulangtahun hari lahirnya pada hari ini (Ahad) dengan mengadakan sedikit jamuan sebagai tanda kemenangan.
Berpesan dengan emak beliau, agar jangan lupa membeli barangan yang hendak di masak pada hari ini (Ahad) nanti. Menjemput rakan-rakan sekerja beliau agar tidak lupa datang ke majlis jamuan ulangtahun kelahiran beliau, merangkap jamuan sempena Hari Raya.
Semalam, sewaktu dalam perjalanan pulang hendak berbuka puasa dengan seisi keluarganya di Cheras, hujan agak lebat sekitar jam 5 petang. Motosikal yang di tungganginya terbabas dan beliau terpelanting menyebabkan kecederaan parah di kepala dan tengkuk.
Beliau meninggal dunia di tempat kejadian, dalam niatnya sebagai seorang anak yang baik hendak pulang berbuka puasa di rumah bersama seisi keluarganya terus dari tempat kerjanya di Petaling Jaya. Perginya takkan kembali lagi, innalillahiwainnailaihirojiun.
Semoga Allah tempatkan Allahyarham Mohamad Farid di kalangan orang yang soleh dan beriman. Allah lebih menyayangi beliau dari kita semua, tiada apa yang dapat di tangisi lagi kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..Al- Fatihah.
Ya Allah..semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman..dekat sungguh kematian dgn hari lahirnya..kita nnt mcmana lah ye :(
BalasPadamSemoga roh aruah dicucuri rahmat...
BalasPadaminnalillah semoga ditempatkan dikalangan org beriman
BalasPadaminnalillahiwainnailaihirojiun.
BalasPadamalfatihah utk beliau dan takziah utk keluarga arwah..
walaupun kome tak kenal siapa dia
BalasPadamtapi jiwa ni amat terharu membaca, payah nak cari pemuda sebegitu zaman ni
mudah-mudahan Allah memberkati segalanya
Al Fatihah buat Mohamad Farid
Semuga Allah memberi rahmat keatas arwah dan ditempatkan bersama orang-orang yang solleh..!
BalasPadamSalam Zul, seiring doa dipohonkan semoga beliau dirahmati dan ditempatkan bersama orang yang beriman Alfatihah.
BalasPadaminnalillahiwainnailaihirojiun.
BalasPadamalfatihah~
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
takziah utk keluarga arwah..
al-fatihah.... semoga roh beliau dicucuri rahmat
BalasPadamSalam sahabat
BalasPadamTerharu membaca cerita ini. Betul Allah lebih kasihkannya dan maha mengetahui.
AlFatihah
Wasallam
Umi
Alfatihah.. tumpang simpati buat si arwah...
BalasPadaminnalillahiwainailahirojiun...
BalasPadamorg2 yg baik ni cepat je ajal mereka...
Al Fatihah...beruntunglah beliau (berdasar cerita),Allah mengambilnya dimasa ia membuat ibadah (ingin bertemu ibu dan ayah)..InsyaAllah..Allah lebih menyayangi kepunyaanNYA!
BalasPadamsalam
BalasPadammula2 baca
ingatkan cerita gembira seorang anak muda yang taat
rupanya cerita sedih pulak
takziah kepada keluarga allahyarham
moga2 rohnya bersama hamba2NYA yang beriman
Innalillahi wan in lillahi rojhiun.
BalasPadamSemoga keluarganya sabar dan tabah untuk menghadapi dugaan ini. Semoga digantikan dengan yang lebih...
Innalillahi wan in lillahi rojhiun...
BalasPadamal-fatehah...
Ya Allah.. semoga dia ditempatkan dikalangan yang soleh.. ameen.
BalasPadamal fatihah utk beliau, abg zul...Allah sangat menyayanginya..semoga amalannya menjadi bekalan terbaek di sana nanti
BalasPadamalfatihah buat arwah...Allah lebih menyayanginya....
BalasPadamSemoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Allah lebih menyayanginya.
BalasPadamsalam encik zul..
BalasPadammenitik airmata saya..
moga rohnya di tempatkan bersama orang2 yg beriman.. salam takziah buat keluarga.. al-fatihah..
Rasa nak tengok aje wajah pemuda budiman yg dimaksudkan. Sejuk hati bila mendengar sifat baik beliau. tetapi sedih pula di penghujung cerita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau :-)
BalasPadamوعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana doa kalian
kepada Allahyarham..semoga rohnya di
berkati dan di cucuri rahmat Allah
jua hendaknya..amat saya hargai
..jazakumullah khair..