Taufan Talas yang membawa hujan lebat dan angin kencang melanda barat Jepun hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala tiga lagi hilang.
Taufan yang membawa angin selaju 108 kilometer sejam itu turut menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di pulau Shikoku, kawasan pantai Pasifik pada pukul 10 pagi (9 pagi waktu Malaysia), menurut agensi Meteorologi. Jepun.
"Taufan itu kini dilaporkan bergerak perlahan ke arah utara dan dijangka melalui seluruh wilayah barat Jepun menuju ke Laut Timur awal esok," tambah agensi itu.
Jurucakap polis tempatan berkata, mayat seorang wanita berumur lingkungan 30 tahun ditemui di sungai Tokushim di bandar utama Shikoku. Sementara itu, Agensi Polis Kebangsaan memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 17 orang cedera dengan enam daripada mereka serius.
Lebih 300 rumah dinaiki air dan beberapa kejadian tanah runtuh turut dilaporkan, lapor agensi itu. Agensi Meteorologi turut mengeluarkan amaran banjir dan tanah runtuh di barat Jepun ekoran hujan lebat.- AFP
NOTA: Terkini, setakat berita ini di tulis khabarnya kadar kematian semakin meningkat berikutan terjadinya kejadian tanah runtuh berikutan hujan lebat yang melanda. Takziah buat keluarga mangsa dan rakyat Jepun amnya yang tak sunyi dari menghadapi malapetaka bencana alam. Bersyukur kita di sini yang di kurniakan Allah kesejahteraan dari malapetaka di saat menyambut bulan Syawal dalam keadaan aman dan makmur.
Sumber Foto: AFP, Yahoo News
tak ade teknologi mmpu menandingi kekuasaan Allah bg mereka berfikir
BalasPadamSlam Zul, dahsyat juga yak... begitulah kekuasaan Allah. Semoga kita mengambil iktibarnya jua...
BalasPadamSubhanallah..
BalasPadamAssalamualaikum Zulkbo,
BalasPadamAllah Maha Berkuasa atas segalanya. Memang kesian dengan negara Jepun ni, lepas satu, satu bencana menimpa.
Semoga kita disini dijauhkan semua perkara-perkara buruk ni.
Firman Allah Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” surah Ar-Rum ayat 41;
BalasPadamNamun terlalu sedikit di kalangan kita yang ingin mengambil iktibar disebalik sesuatu yang ditimpakan Allah SWT. Mereka lebih meyakini teori dan pandangan manusia yang hanya bersandarkan pengalaman berbanding ancaman Allah SWT.
semoga negara kita dijauhkan dengan bencana sebegini..amin..
------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
burasak vs lepat loi
Assalamualaikum...
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya..
Hendaknya kita menjauhkan diri dari kemurkaan Allah Taala agar Dia tidak menurunkan bencana ke atas kelalaian kita
Semoga dipermudahkan urusan mereka di sana....
BalasPadambegitulah tanda betapa lemahnya kita.
BalasPadamapabila DIA berkata "kun"- "fayakun"
tanpa tercepat atau terlengah walau sesaat.
sama2lah kita ambil iktibar, insya-Allah...
salam
BalasPadamjepun tak lepas2 dengan bencana
kesian dengan mereka
dan kita pula patut sangat bersyukur
وعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah dan mencoretkan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khair..