Bila PM Najib Naik Bas



 
PERTAMA KALI NAIK BAS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak, Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) . Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan. Perdana menteri melahirkan rasa teruja dan gembira bila pertama kali menaiki bas ini.(foto-BERNAMA)

NOTA: PM kita pertama kali naik bas? Agak terkejut juga saya membacanya kerana adakah ini kali pertama? Kalau betul kali pertama kenapa bas yang di bekalkan pada PM kita nampak terlalu selesa sekali? Patutlah PM kata selesa dan seronok naik bas. Hairan juga kenapa tak di beri PM kita gambaran sebenar bas-bas yang rakyat jelata naik selama ini, barulah pemimpin berjiwa rakyat. Tak gitu..?


 
MY IDEAS?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, September 25, 2011

26 Komen:

  1. Kehkehkeh. Nak naik bas, tapi nak bas yang 5 bintang punya. Macam mana lah nak rasa keperitan sebenar rakyat marhaen yang tiap-tiap hari naik bas. Cuba rasa naik bas yang berhenti-henti tu. Lepas tu buat review / post-mortem. Huehuehue.

    BalasPadam
  2. haha...tgk sofa dia punya lah empuk.huhu

    BalasPadam
  3. tu bukan naik bas tu cam naik kapal terbang
    dekat2 PRU ni sanggup buat apa saje utk tawan hati rakyat semula

    BalasPadam
  4. kalau macam tu rupa basnya, memang la selesa hehee.. cuba bagi naik bas Thong - Thong yang nak pergi kuala kangsar tu hak3..

    BalasPadam
  5. Salam Zul, Sayaa sebagai anakpahang memohon juga pada PM kita semoga beliau sudi menaiki Bas Pahang Ling Siong Jerantut - Benta.. dan rasai apa yang yang telah rakyat jelata rasakan.. setelah 54 tahun merdeka.

    BalasPadam
  6. nampaknya Wakil rakyat turun padang bila nak pilihanraya bukan YB2 jer...YA2 pu..huhu..YA tu Yang amat,YB:yang bawah

    BalasPadam
  7. Sebenarnya bukan PM 1st time naik bus tapi
    1st time naik bus untuk rombongan yg beliau pergi...
    selalunya beliau fly atau naik kereta kot...

    BalasPadam
  8. http://wanwidget.com
    bas nmpk mewah jer, heheh

    BalasPadam
  9. Orang naik bas , komen..
    Orang naik kapal terbang komen..

    Mungkin tabiat semula jadi orang kita.

    Siapa aku ha!

    BalasPadam
  10. semua perkara yg PM buat utk mengambil hati rakyat semua nya akan diketengahkan media..pemimpin sejati tak seharusnya begini..huhu

    BalasPadam
  11. Kalau ckLah...setakat bas yang di bawah tulah...


    Sampai rumah, sakit pinggul...

    BalasPadam
  12. pertama kali naik bas bila dah jadi Pm ni kot..
    nak rasa naik bas ke tanjung rambutan? Sesuai betul dengan tempatnya..

    BalasPadam
  13. Kalau dapat bas mewah macam ini senang hendak bawa famili berjalan-jalan tidak bimbang hendak cari hotel kerana bas sudah pun macam rumah bergerak

    BalasPadam
  14. ingatkan bas yg yg tingkap tarik ke atas tu...

    BalasPadam
  15. assalam..

    nk tnjuk prihatin le tu.. nape x naik bas biasa je hehe

    BalasPadam
  16. kalau bas mcm ni mcm mana lh nak merasai kesusahan rakyat. Ni bas bertaraf 5 bintang. Sepatutnya PM naik bas mcm bas yg rakyat naik.Saya yg dok kt ipoh ni selalu tgk bas dri ipoh ke sg siput. mmg teruk bas tu.

    BalasPadam
  17. ingatkan PM kita naik bas macam orang2 biasa, rupanya macam itu, memang selesa la sangat.. 1st time naik bas, memang pelik la..

    BalasPadam
  18. 1st time??? sangat terkejut... tun Dr m.. pun pernah naik train putra pakai baju ala2 2singlet.. cool jer..

    BalasPadam
  19. ha...sabar jelah..rasanya baik saya belaian jiwa dulu hee...

    naik bas buruk dg bas baru mana nak sama kan adei...

    BalasPadam
  20. suka naik bas yang bila masuk coner dfn badan2 saya pun turut ikut coner jalan tu heeee

    BalasPadam
  21. cess, naik bas selesa boleh laaaaa...huh

    BalasPadam
  22. salam
    agaknya bas macam ni ada berapa biji kat malaysia kita ni ya

    kalau macam ni gaya, bukan setakat sekali naik, hari2 naik gi kerja pun tak kisah

    BalasPadam
  23. he..he.. baik punya bas

    BalasPadam
  24. wat malu ka orhe jah...xpayoh...kabor..bo naik bah come bangat ...gini baik naik hak sbloh

    BalasPadam
  25. Zul, biasa macam itulah.. bila ada je menteri melawat kawasan mula le macam-macam dibuat. Jalan di tar baru, bangunan buruk di cat, makanan sedap-sedap di sediakan. Maka tak nampak lah keadaan sebenar yang ditanggung rakyat.. Bukan salah mereka, salah kita jugak..

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama10 Julai, 2012

    fitnah terhadap pm yang berterusan

    BalasPadam